Trik Bijak Untuk Pastikan Lipatan Langsir “Eyelet” Sama Saiz Dan Sentiasa Kemas

Share

Langsir merupakan aksesori wajib ada bagi sesebuah kediaman. Jika tiada langsir, bagaikan tidak sempurna ruangan yang ada.

Untukpastikan langsir eyelet yang digantung sentiasa dalam keadaan yang tersusun,seorang pengguna Facebook (Lia Johari) ada berkongsi tip yang genius

dengan pembaca. Ikuti petua ini..

Sakit mata bila tengok susunan/gelembung langsir eyelet tak sekata kan.
Saya kongsikan cara jimat DIY curtain devider guna cawan plastik je.

Cara
Belah dua cup dan potong bawah cup bentuk bulat untuk muat masuk dalam rod langsir.
Kemudian letakkan cup pada rod langsir di setiap bahagian gelembung kain langsir.

*boleh lihat step pada gambar.

SEBELUM
Senget sana sini.
Bila di tiup angin asyik bergerak dan hilang susunan. Stress saya!

CARA-CARANYA :

1. Guna plastik cup macam ni

2. Potong cawan plastik guna gunting dan kemudian potong bentuk bulat bahagian bawah cawan tersebut.

3. Masukkan cawan yang telah di potong tadi pada rod langsir mengikut gelembung langsir

SELEPAS
Siap! Langsir nampak lebih kemas dan tersusun

Selamat Mencuba!

SUMBER

Baca juga : Makeover Bersama Elyza’s, Himpunan Langsir Terbaik

Published by
amalina