Trik Dekorasi Untuk Pemilik Rumah Jenis Townhouse

Share

Di Malaysia banyak projek perumahan yang dijalankan berbentuk rumah teres semi-D, pangsapuri, kondominium dan banglow. Masih lagi relevan untuk dikatakan projek rumah jenis townhouse atau rumah bandar sudah banyak dibangunkan di negara ini dan disebabkan itu, IMPIANA kurang mendedahkan kepada umum dekorasi rumah jenis townhouse ini.

Sebelum kita pergi lebih mendalam tentang rumah townhouse dan trik dekorasinya, adalah molek untuk kita mengenalpasti ciri-cirinya terdahulu kerana ramai yang keliru rumah townhouse dengan rumah teres kerana fizikalnya yang dibina seakan sebiji rumah teres kerana dalam lot dan bumbung yang sama

Ciri-ciri am

Rumah townhouse kelihatan seperti sebiji rumah teres. Sebenarnya ia merupakan sebiji rumah yang dibahagi kepada dua pemilik atau unit kediaman.  Setiap unit mempunyai akses sendiri. walaupun kelihatan dalam lot yang sama, bagi pemilik yang unit nya terletak di bahagian atas mempunyai pintu masuk dan tangga sendir. Ia bagi mengelak gangguan pemilik unit atas kepada kediaman dibahagian bawah.

Kebanyakkan unit townhouse yang dibina mempunyai plan lantai yang memanjang ke belakang. Di Malaysia, terdapat dua jenis townhouse iaitu pembinaan secara tiga tingkat serta dua tingkat. Jenis tiga tingkat membuatkan pemiliknya berkongsi sebanyak 1 1/2 tingkat yang mana tingkat bawah mempunyai ruang tamu, dapur dan bilik tidur manakala di sebelah atas pula adalah bilik tidur utama dan beberapa lagi bilik tidur. Manakala jenis dua tingkat dibina dalam satu tingkat yang mana tangga tambahan menjadi laluan untuk pemilik unit di sebelah atas.

Townhouse 2 tingkat dengan 2unit (setiap unit mempunyai keluasan ruang satu tingkat) 

 

Townhouse 3 tingkat untuk 2 unit (setiap unit mempunyai keluasan ruang 1 1/2 tingkat) 

Tips deko rumah bandar

Rumah townhouse selalunya dikenali dengan fizikal yang memanjang, jadi segala perancangan deko kediaman sebegini opitumum dan dirancang baik. Untuk memastikan setiap keperluan aktiviti mendapat ruangnya yang tersendiri, penyediaan partition perlu dilakukan.

  1. Dari pintu masuk hingga ke balkoni

Jika sudah memanjang, anda perlukan partition. Disini ianya bermaksud sempadan di antara ruang yang memisahkan antara seksyen dalam kediaman. Contohnya, jika balkoni anda terletak di sebelah hadapan, secara automatiknya, ruangan disebelahnya adalah ruang tamu, sempadankan ia dengan meja makan kerana pasti seksyen seterusnya adalah dapur dan terus ke bilik tidur belakang.

Trik lain berbentuk partition adalah dengan meletakkan tiang sebagai ilusi yang bertindak sebagai pembahagi di antara seksyen. Anda boleh meletakkan tiang sebagai pembahagi di antara ruang tamu dan makan. Ilusi sebegini berupaya membuatkan kediaman yang memanjang kelihatan luas dan lapang.

Selain itu, penggunaan dan pemilihan rona cat juga memainkan peranan yang penting. Jika ruang kediaman townhouse anda kecil dan kekurangan tingkap untuk pencahayaan di waktu siang, sebaiknya gunakan warna-warna yang cerah. Antara warna yang paling mudah untuk dipadankan adalah putih, kelabu cair dan sebagainya

Akhir sekali, rumah jenis ini sangat sesuai untuk golongan muda tidak kira masih bujang atau berkahwin. Purata harga jualannya sekitar RM400K kebawah, tetapi bergantung kepada harga pasaran semasa. Kapasitinya terdiri daripada 3 bilik tidur dan 2 bilik air disertai dengan balkoni.

 

 

 

Published by
Impiana