Kobis, hanya boleh tuai apabila mencecah usia 3-6 bulan. Tapi kebiasaanya, selepas dituai sisa pokok akan dicabut hingga ke akar dan dimusnahkan. Sebenarnya selepas dituai, tinggalkan sisa pokoknya untuk beberapa tempoh. Untuk tahap ini, kobis akan menghasilkan lagi anak pokok di sekekliling bahagian tunggul yang dipotong
Anak pokok yang tumbuh kebaisaanya dipanggil baby kailan kerana rasanya seperti sayur kailan. Namun, Kak Azz dari Kakazz.blogspot.com ada cara lain untuk manfaatkan anak pokok dari kobis.
Alhamdulillah, ini merupakan eksperimen untuk cuba tanam kobis bulat dengan menggunakan anak pokok yang tumbuh setelah buah kobis dituai
Nak tahu cara semai anak pokok kobis yang tumbuh pada tunggul yang tersisa, boleh baca dekat blog kak azz (klik sini)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
9 Langkah Berjaga Sebelum Makan Sayur Dan Buah Yang Dibeli, Takut Sudah Tercemar Dengan Bahan Kimia!
Buah-buahan dan sayuran mengandungi bahan nutrien yang sangat tinggi dan menjadi salah satu makanan asasi manusia. Oleh sebab mengandungi 1001 nutrien yang baik untuk kesihatan, ia adalah antara bahan semula jadi yang mudah rosak. Jadi bagi mengekalkan kondisi ini adalah melalui kaedah pengawetan menggunakan bahan kimia. Bahan ini terutamanya diletakkan pada buah-buahan dan sayuran segar import bagi mengekalkan rupa dan kesegarannya.
Selain daripada itu, bahan kimia dipercayai digunakan pada tanaman sayuran dan buah-buahan untuk mempercepatkan proses ia matang dan menggalakkan penambahan saiz supaya kualiti kekal selama ia dijual. Biarpun bahan ini dimasukkan dalam kuantiti kecil, penggunaan yang kerap barangkali boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan untuk jangka masa panjang.
Racun serangga pula boleh meninggalkan kesan buruk kepada sistem saraf. Sesetengah racun serangga boleh menyebabkan penyakit kanser, jangkitan buah pinggang dan hati. Sebagai pengguna, kita tidak dapat mengawal penggunaan bahan ini namun boleh mengurangkannya melalui beberapa kaedah.
Untuk mengelakkan daripada mendapat penyakit yang disebutkan, selain daripada menanam sendiri anda juga boleh mengamalkan langkah-langkah ini semasa pengambilan sayuran dan buah-buahan:
- Pilih sayuran & buah-buahan yang tidak mempunyai bintik, celaan atau rupa yang tidak normal seperti daun kerinting, lebam dan sebagainya.
- Cuci buah-buahan dan sayuran menggunakan air mengalir sebelum masak dan makan.
- Beli makanan semula jadi ini daripada pembekal yang telah dikenali.
- Kupas buah-buahan sebelum makan dan sayuran sebelum masak dapat mengurangkan pendedahan kepada racun serangga.
- Elakkan membeli sayuran dan buah-buahan siap dipotong yang dijual di pasar terbuka
- Buangkan sayur dan buah-buahan yang telah ditumbuhi kulat
- Untuk mengurangkan bahaya racun serangga, buang bahagian luar sayuran terutamanya salad dan kubis.
- Jangan basuh makanan ini menggunakan sabun keran ia akan meresap masuk ke dalam melalui liang-liang seni.
- Basuh tangan anda menggunakan sabun dan air yang mengalir, peralatan dapur bersih serta pisau tahan karat.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Mengapa Golongan Umur Lebih 25 Tahun Tidak Digalakkan Membuat Pinjaman Rumah Untuk Tempoh 30 Tahun?
Tidak dinafikan, kebanyakan orang terpaksa membuat pinjaman dengan bank bagi mahu memiliki sebuah kediaman atau rumah idaman.
Umum mengetahui, terdapat beberapa tempoh masa pembiayaan pinjaman rumah yang ditawarkan oleh pihak bank kepada peminjam bergantung kepada syarat kelayakan pemohon. Kebiasaannya, pihak bank akan menawarkan tempoh pembiayaan pinjaman selama 15 hingga 30 tahun.
Tetapi tahukah anda, bagi mereka yang golongan berusia lebih 25 tahun tidak digalakkan untuk membuat pembiayaan pinjaman rumah untuk tempoh 30 tahun. Ingin tahu mengapa?
Pakar kewangan dan hartanah, Encik Azizul Azli Ahmad menerusi hantaran di akaun laman media sosial Facebook miliknya ada memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut serta nasihat kepada orang ramai.
Jelasnya, untuk melangsaikan hutang pinjaman rumah dengan segera adalah tindakan yang amat disarankan supaya masalah bebanan hutang di hari tua dapat dielakkan.
SELESAIKAN HUTANG SEBELUM USIA 55 TAHUN!
1. Rancang baik baik hutang kita kawan kawan.
2. Jika kita nak ada hutang rumah 30 tahun, belilah rumah diusia 25 tahun. Pada usia 55 tahun hutang akan berakhir.
3. Jika beli pada usia 30 tahun, pendekkan tempoh jadi 25 tahun atau bayar deposit lebih sikit sebelum beli.
4. Jika nak beli kereta, pastikan usia 55 tahun hutang kereta dah tiada. Sepanjang 30 tahun kerja, tukar sahaja berapa kali kereta. Janji sebelum 55 kita dah tiada hutang lagi.
5. Ada lebihan duit, menabung atau selesaikan hutang segera.
6. Jangan ada impian beli rumah atau bina rumah selepas bersara. Ia akan habiskan simpanan kita. Kawan kawan, Hidup ini bukan untuk bekerja sampai mati, hidup ini untuk dinikmati juga.
Sumber: Facebook Azizul Azli Ahmad
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Antara Reka Bentuk Rumah Yang Cantik Dan Lokasi Kediaman Strategik, Mana Satu Paling Penting?
.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Teknik Betul Membasuh Kain Langsir Dalam Mesin Basuh
Bergantung kepada jenis material kain langsir tersebut sama ada ia boleh dibasuh dengan mesin basuh ataupun tidak. Sebagai contoh, material kain langsir yang lebih ringan adalah sesuai untuk pembasuhan di dalam mesin basuh manakala jenis material berat, tidak digalakkan. Berikut ialah teknik – tekniknya;
1. Jika mesin basuh anda dilengkapi dengan kitaran basuhan untuk fabrik lembut, pilih untuk menggunakan sistem itu. Jika sebaliknya, pilih penggunaan kitaran cool wash ataupun slow spin.
2. Tuangkan pencuci fabrik harian anda di dalam mesin basuh lebih kurang dua penutup.
3. Sekiranya kain langsir terlekat kotoran degil, sebelum membasuh dengan menggunakan mesin basuh rendamkan terlebih dahulu kain langsir lebih kurang 15 – 30 minit di dalam sebatian baking soda dan cuka putih. Kemudian bilaskan kain langsir dan masukkan ke dalam mesin basuh.
4. Jika anda bimbang kain langsir merenyuk, jangan ambil risiko membasuhnya dengan menggunakan mesin basuh. Lakukan dengan basuhan tangan sahaja.
5. Untuk mengekalkan langsir yang cantik dan bebas bau yang kurang menyenangkan, gunakan vakum ataupun berus lembut untuk menyingkirkan habuk dan kotoran. Serta semburkan dengan haruman fabrik.
10 TIP LANGSIR DARI IMPIANA
1.Sheer curtain anda menjadi kelabu? Jangan bimbang, rendam sahaja langsir anda dan biarkan semalaman. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Jika keadaannya masih agak kekuningan disebabkan oleh kesan kimia cahaya matahari, tukarkan fungsinya kepada hiasan katil seperti kelambu atau pembahagi ruang. Paling penting dengan cucian sempurna ia bukan sahaja berbau wangi dan segar, malah bersih serta masih boleh dikitar semula.
2.Kucing anda semburkan ‘haruman’ pada langsir anda? Jangan panik! Anda boleh rendamkan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda itu sahaja atau memilih untuk merendamkan keseluruhan langsir. Sebelum merendamkannya ke dalam cecair cucian, sapukan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda dengan ubat gigi. Biarkan dalam sejam dua. Kemudian terus merendam ke dalam cecair pencuci agar bau kencing kucing hilang, malah tidak boleh dihidu oleh kucing anda.
3.Bagi langsir yang menggunakan kain tebal, anda boleh menggunakan bulu yam atau fabrik pembasmi habuk. Anda boleh lap debu atau habuk yang melekat pada langsir. Lakukan seminggu sekali terutamanya jika anda menetap di kawasan bandar. Manakala bucu langsir pula boleh disedut dengan menggunakan penyedut hampagas. Ada kalanya debu-debu seumpama inilah yang menjadikan fabrik nampak kotor dan kelabu terutamanya bagi anda yang memilih fabrik daripada jenis renda kasar.
4.Bagi yang menggunakan renda, anda juga boleh merendam seketika dengan air panas bersama serbuk pencuci agar rongga jalinan terbuka dan membebaskan kotoran pada celah-celah jalinan benang.
5.Awas! Jika anda menggunakan fabrik sheer halus yang eksklusif, pastikan anda menggunakan mesin basuh daripada cucian lembut supaya ia tidak merosakkan kain.
6.Pastikan anda hanya mencuci langsir sahaja di dalam satu bekas cucian terutamanya jika anda membasuh langsir yang berwarna gelap. Ini bagi mengelakkan warnanya tidak berbelak atau luntur .
7.Anak anda suka menepek gula-gula getah pada langsir? Tentu anda sakit hati bukan? Tenang ya! Anda boleh terus menggosok gula-gula getah tersebut dengan air batu sehingga keras. Kemudian anda boleh menariknya dengan mudah.
8.Jika langsir anda mempunyai tiga panel, anda boleh menukar bahagian panel yang anda mahu dan gantikannya dengan fabrik baharu yang bersesuaian terutamanya di bahagian bawah yang selalunya lebih kotor daripada bahagian atas.
9.Elakkan membasuh swag dengan mesin basuh terutamanya jika anda menggunakan swag daripada jenis satin polos. Ini boleh menjadikan juraian kain langsir anda berkedut dan amat payah untuk anda menggosokkannya nanti.
10.Bagi yang memilih langsir klasik, tali ikatan dengan tassel jangan dibasuh dengan menggunakan mesin basuh. Seandainya kotor, memadai dengan merendamkan tassel tersebut semalaman. Gunakan berus gigi terpakai untuk menyental lembut segala kekotoran jika perlu.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI