Tuala kayangan tengah sibuk diperkatakan. Tapi, berbaloi ke beli tuala kayangan ni? harga sehelai pun bukan kepalang antara RM 50-RM350. Sebut microfiber, banyak tuala yang lebih murah diperbuat dari microfiber. Rupanya, ada sebab lain kenapa tuala kayangan ni mahal. Ia jauh lebih hebat dari tuala microfiber biasa. Ia dibina berasaskan formula sains. Facebook Ini Sains Beb
berkongsi penjelasan ringkas yang mudah difahami ramai. Kenapa tuala kayangan ni hebat.Tuala yang berasal dari Norway ini sebenarnya telah lama berada di pasaran, dibangunkan sejak 1994, namun menembusi Malaysia sekitar tahun lepas dan semakin dikenali tahun ini. Pelbagai produk dipasarkan menerusi syarikat ini termasuk, tuala dapur, sarung tangan, pelitup muka, tuala muka dan sebagainya.
Tuala N yang dibincangkan ini lebih kepada produk tuala dapur. Komposisi tuala ini adalah dari mikrofiber yang cepat menyerap air dan kotoran lain. Dengan pora yang lebih kecil, ia menyebabkan serapan yang lebih baik berbanding kain dapur biasa. Namun, mikrofiber adalah mikrofiber, jika anda menggunakan tuala lain yang mempunyai komposisi yang sama, maka konsepnya masih sama.
Tuala N sebenarnya dibangunkan dengan komposisi perak (silver). Tuala ini berfungsi membunuh kuman dengan kehadiran ion perak (silver) yang boleh mengganggu pertumbuhan dan penyebaran bakteria. Ion ini mengganggu enzim dalam bakteria yang diperlukan dalam metabolisma oksigen (pengangkutan transmembrane). Ion perak ini juga boleh merosakkan DNA yang menganggu dalam proses reproduksi bakteria.
Jika dibandingkan dengan spray D atau bahan kimia lain, kesan tuala N lebih lama sebenarnya disebabkan oleh ion perak ini. Walaupun ia tidak membunuh bakteria secara langsung, bakteria lazimnya akan terlekat pada tuala N dan lambat laun ia akan mati.
Sumber: https://www.facebook.com/inisainsbeb/posts/1288052018220717