Tukar Almari Lama Dengan ‘Open Wardrobe’ DIY Sendiri. Praktikal & Jimat Ruang!

Share

Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang sangat diperlukan dalam semua bidang kehidupan manusia. Seperti projek membuat open wardrobe oleh saudara Izat Akmal ini.

Walaupun nampak simple tapi sesuai untuk meletakkan pakaian terutamanya bagi anda yang mempunyai anak lelaki.

Ini perkongsiannya :

Assalam semua..
projek pkp open wardrobe baju sekolah anak..
disebabkn budak laki ni dia lasak sikit sampai almari baju lama trcabut pintu, so diy sendiri yg lebih kukuh.

Material


besi hollow 1.5inci x 0.5inci


kayu hevea board
besi jaring diamond mesh

heveaboard
siap cat rangka
cat alas

nampak tegap, harap dpt la bertahan

Amik masa 2 hari untuk siap rangka, dan 1 hari untuk cat kering..
alhamdulillah, siap dan puas hati.

dah siap susun baju,walau sekolah lambat lg nk buka

 

Published by
Nana