Tukar Langsir Lama Jenis Hook Jadi Eyelet, Mudah Je

Share

Nak tukar langsir dari jenis hook ke eyelet, tapi sayang pula langsir lama. Takkan nak buang pula. Tambahan pula jenis langsir yang ada eyelet ni mahal. Tak jadi masalah, langsir lama tu kita boleh ubah jadi langsir eyelet. Nak tahu macam mana cara mudah pasang eyelet ring pada langsir? jom ikut cara Lyns han

ni

KITA BELI LANGSIR NI DEKAT KAISON. TAPI JENIS CANGKOK BIASA. LEPAS TU RASANYA MACAM LEBIH CANTIK KALAU LANGSIR NI JENIS EYELET RING. TERHASIL LAH IDEA DARI ABAH KU SAYANG. JADI, SIAPA-SIAPA YANG ADA LANGSIR LAMA TU, NAK TUKAR KE STYLE EYELET NI BOLEHLAH CUBA MACAM NI. SENANG SAHAJA

1. Beli ring secukupnya mengikut rekabentuk yang sesuai dengan corak atau konsep langsir

nak murah boleh beli online (klik sini https://invol.co/clr47y)

2. lukis bulatan mengikut saiz dalam eyelet ring. Lebih mudah ambil satu eyelet ring sebagai contoh

3. Gunting bahagian yang telah dilukiskan tadi dan pastikan ia berlubang dan menembusi belakang

4. masukkan ring di bahagian bawah dahulu dan selitkan langsir betul-betul kemas

5. Pasangkan ring di bahagian hadapan pula dan tekan kan bagi kemas

SIAP

Published by
Impiana