Pintu bilik bukan sahaja berfungsi sebagai penghalang antara bilik-bilik tetapi juga memainkan peranan penting dalam reka bentuk dalaman dan keselamatan.
Jika ingin menukar tombol pintu yang telah rosak, mungkin anda boleh memastikan keselesaan dan kemudahan dalam sesebuah kediaman atau bangunan.
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) berbanding tombol (knob).
Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombo menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang.
InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa, ibubapa kita pun akan selesa.
Semoga bermanfaat!
Semoga perkongsiaan ini bermaanfat. Jadi jika nak tukar pintu bilik atau rumah, pastikaan pilih tuil jenis Pemegang (Handle) berbanding tombol (Knob). Barulah ia mesra golongan warga emas, kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya.
Mesti Baca:Kepala Gas Berbunyi & Berbau, Jangan Panik Lakukan Step Ini!
Baca Lagi Di Sini:5 Sebab Dekorasi Rumah Jadi Tak Menarik & Nampak Lagi Serabut
Artikel Menarik:7 Cara Asas Untuk Mulakan Dekorasi Rumah Anda!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Artikel ini diambil dan diolah dari MW.
Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan