Rupanya salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang berbanding tombol.
Ini kerana walaupun ia hanya perkara kecil, namun pemilihaan rekaan Tuil Jenis Pemegang ini menjadikan ia lebih selesa, memudahkan dan besar maknanya bagi golongan warga emas, kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya.
Baca perkongsiaan daripada Doktor Perubatan Rehabilitasi Fizikal ini iaitu Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan sebagai rujukan.
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) berbanding tombol (knob).
Kenapa saya sarankan tuil pintu jenis pemegang?
Mesra Warga Emas
Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
Mesra Kanak-Kanak
Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
Tak Licin & Mudah Dipulas
Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombo menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
Mesra OKU
Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa, ibubapa kita pun akan selesa.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor Perubatan Rehabilitasi
Ilustrasi oleh: Azari Mat Yasir
Baca Lagi Di Sini:Buat Sendiri Pintu Gerbang BUNGA KERTAS Cantik Merimbun, Berseri Laman!
Mesti Baca:Pasang ‘Tinted’ Pada Pintu & Tingkap Kaca Rumah Sendiri Lebih Menjimatkan, Caranya Mudah Sahaja!
Artikel Menarik:Cara Betulkan Pintu Yang Dah Tak boleh Tutup Rapat
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermaanfat. Jadi jika nak tukar pintu bilik atau rumah, pastikaan pilih tuil jenis Pemegang (Handle) berbanding tombol (Knob) iya. Barulah ia mesra golongan warga emas, kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI