Konsep 3R (Reuse, Reduce, Recycle) bukan lah sesuatu yang baru dalam melestarikan persekitaran. Namun kemungkinan yang menjadi isu adalah apabila ramai beranggapan ianya leceh nak mengangkut untuk ke pusat kitar semula tambahan jika ia melibatkan dalam kuantiti yang banyak.
Sedar akan keperluan tersebut dan seiring zaman teknologi, sebuah syarikat kitar semula memperkenalkan aplikasi atas talian bagi mengumpulkan bahan dan barang kitar semula terus depan pintu anda. Yang menariknya, setiap hasil bahan kitar semula yang berjaya dikumpulkan akan ditukar kepada wang tunai mengikut berat.
Aplikasi yang diberi nama Trash4Cash bukan sahaja mengumpulkan barang kitar semula yang ingin dijual di depan pintu rumah anda, malah ia sedia berkhidmat untuk kawasan industri, sekolah dan pelbagai lagi sektor.
Ads
Apa lagi tunggu, surat khabar dan majalah lama dah bertimbun dalam stor tu. Muat turun aplikasi Trash4Cash di telefon bimbit anda sekarang dan tempah waktu pengambilan barang yang telah dikumpulkan di atas talian. Mudah je!
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pandemik Covid 19 cukup memberi impak kepada semua masyarakat. Tidak kira apa sekali pun. Begitu juga dengan IMPIANA, jika dahulu mudahnya kami diberi peluang untuk menjamu mata melihat keindahan kediaman miliki peribadi kediaman diluar sana. Kini, IMPIANA hanya boleh bertemu dialam maya dengan pembaca dan pemilik yang kami sayang. Hasrat untuk berkongsi ilmu dalam dekorasi tidak pernah putus walaupun dalam keadaan apa sekali pun.
IMPIANA diberi peluang untuk berkongsi kisah sebalik pemilik rumah ini yang bermurah hati untuk berkongsi konsep kediaman mereka dengan pembaca IMPIANA yang lain. Pemilik, Puan Khairunnisak Ramli dan Suami Encik Azaini Abd Aziz yang mempunyai tiga orang anak cahaya mata kesemuanya sudah besar panjang. Puan Khairunnisak yang mesra dengan panggilan Puan Nisa ini telah bersara dari TNB kini bergiat aktif dalam aktiviti memasak dan laris menjual diatas talian. Manakala, suami beliau masih bekerja sebagai juruaudit.
Kediaman ini dibina di atas tanah lot berkeluasan 7500 kaki persegi yang terletak di Sungai Udang, Klang. Pada tahun 2017 pasangan ini mula merancang untuk membina sebuah banglo idaman. Rumah ini berjaya didiami pada tahun 2018.
Kediaman jenis banglo berkonsepkan English Garden diilhamkan oleh Puan Nisa sendiri dari sudut luaran dan dalaman. Manakala usaha menyiapkan susun atur hiasan dilakukan oleh suami dengan bantuan anak-anak.
“Banglo kami yg diberi nama IZZA SOPHEA adalah bersempena gabungan nama dua anak perempuan kami. Didiami oleh kami suami isteri dan tiga orang anak, seorang lelaki dan dua orang perempuan), seorang menantu perempuan dan seorang cucu. Mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik air, satu ruang solat, satu ruang dapur kering dan satu ruang dapur basah serta ruang tamu, terang Puan Nisa”.
Cukup luas dan sempurna kediaman ini. Banglo ini meriah dengan kehadirann cucu Puan Nisa dan suami. Binaan dalam rumah ini sengaja dilakukan dalam pelanlantai yang sama dan kurang denga liku rekaan agar ia tampak lebih luas dan selesa bagi setiap ruang.
Terdapat jugak ruang makan tetamu yang dihiasi dengan jubin pada dinding dan gayakan dengan akuarium dinding bagi menaikkan mood dan suasana pada ruang makan tersebut. Ruang solat yang berasingan juga disediakan bagimemudahkan para tetamu yang datang bertandang ke rumah mereka.
“Sejujurnya saya amat meminati hiasan berkonsep English Style dan kebanyakan perabot bertemakan warna putih. Kebanyakan hiasan dalaman juga dibeli di SSF dan Ikea. Saya juga minat memasak. Oleh kerana itu ruang dapur kering saya sering menjadi tumpuan setiap kali saya mengambil foto masakan saya. Ruang ini juga adalah profile picture untuk Instagram saya iaitu Izzasophea.kitchen, cerita Puan Nisa.”
Selain dari minat memasak saya juga minat menghias taman. Saya dan suami telah menghasilkan taman mini diruang santai bersebelahan ruang dapur basah dan ruang menonton kami. Saya gabungkan pokok2 bunga dan beberapa jenis pokok masakan seperti bromeliad, orkid, siti zubaidah, fiddle fig, pokok daun kesum, daun pandan, pucuk kadok,daun sadri dan beberapa jenis pokok gantung ditaman mini kami. Tambah beliau lagi.
Walaupun perkarangan rumah tidak berapa luas, kami juga ada menanam beberapa jenis pokok buah-buahan seperti mangga,rambutan,longan,
limau dan nenas. Ada setengahnya di tanam di dalam pasu bagi menjimatkan ruang kerana saya lebih mengutamakan keselesaan ruang santai di setiap sudut. Contohnya dikawasan belakang rumah saya juga menyediakan meja taman untuk keselesaan kami sekeluarga menikmati suasana di mini kebun buah-buahan.
Saya juga ada menanam pokok doa di tepi rumah. Selain sebagai hiasan ianya juga meredupkan kawasan rumah. Bersebelahan pokok doa ada disediakan kerusi taman dan beberapa jenis tanaman berbunga. Manakala, disebelah kawasan pakir, terdapat jugak pokok mangga dan beberapa jenis pokok hiasan serta kerusi taman bagi menghiasi laman.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kediaman yang sempurna tidak semestinya bergantung pada saiz nya yang besar mahupun penggunaan bahan binaan serta perabot yang mahal. Tetapi cukup sekadar memenuhi keperluan pemilik dan juga selesa didiami.
Rumah moden yang terletak di negara Thailand ini dilengkapi dengan 2 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan dapur. Dengan keluasan lebih kurang 90 meter persegi, kediaman ini kelihatan cukup selesa dan lengkap serba-serbi.
Pemilihan rona kelabu untuk bahagian luar menjadikan rumah ini lebih moden dan trendy. Segala kemasan telah dibuat dengan teliti dan memenuhi citarasa pemilik.
Walaupun ruang didalam masih belum di tatarias dengan sebarang perabot, rumah ini tetap nampak selesa dan sempurna.
Sumber : esanlumsing.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebeanrnya, Tak sesuai mencuci periuk menggunakan teknik sentalan lebih-lebih lagi dengan berus dawai. Ia bukan sahaja menyebabkan periuk anda calar, malah lapisan anti lekatnya pun hilang. Tapi kalau tak sental, tak hilang pula kotoran degil tu lebih-lebih lagi pada bahagian bontot.
Hal ini turut dikongsikan oleh Zalina Slc di dalam group #kemasrumahwithhani. Dari perkongsian ini, terdapat pelbagai cadangan. Namun, kebanyakannya menggunakan produk mahal termasuk lah tuala kayagan tu.
Ada sesiapa boleh bagi petua nak tanggalkan kotoran ni..nak sental dengan berus besi anti rosak pula. Guna “cif” pun masih tak tanggal..
Tapi, IMPIANA tertarik dengan beberapa perkongsian super jimat dan mujarab iaitu dengan menggunakan Abrasive sponge dari kedai RM 2.10 je. Rupanya banyak kegunaan Abrasive sponge ni seperti perkongsian Shima Mia
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.