Tukar TV Kotak Jadi Smart TV, Jangan Buang TV Lama Kalau Masih Ada Berbaloi !
September 7, 2021
Share
Pasti di setiap rumah mempunyai Smart TV. Tapi mungkin masih ada lagi TV lama yang masih berfungsi sayang nak buang, mungkin ada ‘sentimental value’ di situ. IMPIANA tertarik dengan perkongsian Pemburu Tiket Murah ni. Beliau mengubahsuai TV kotak dijadikan Smart TV.
Jom tengok macam mana beliau buat dan hasilkan TV kotak lama jadi Smart TV.
Apa yang anda kena ada hanyalah 4 benda iaitu TV, Android Box, HDMI to AV Converter dan juga RCA Cable.
Sambungkan semua benda, terus TV kotak anda akan menjadi Smart TV. Boleh layan Youtube, Netflix, Disney+ buka FB dan macam-macam lagi. Senang sangat.
Jadi sesiapa yang ada TV lama yang sayang nak buang, elok berikan TV tu peluang kedua. Tapi pastikan anda sambungan internet la ye.
Antara android box paling recommended ialah Mi Box S. Tak pun nak lebih simple, beli Mi TV Stick. Link dekat bawah: