Baru-baru ini, terdapat satu perkongsian telah tular di laman media sosial sehingga meraih dan menjadi perhatian wargamaya ekoran tindakan seorang pekerja kedai serbaneka 24 jam terkemuka di Malaysia.
Menerusi perkongsian tersebut telah memaparkan tindakan seorang pekerja kedai serbaneka berkenaan sedang mencuci ketuhar gelombang mikro atau ‘microwave’ yang disediakan di premis bagi kegunaan orang ramai.
Apa yang lebih mengejutkan lagi, perkongisan menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik, individu berkenaan kelihatan sedang mencuci ketuhar gelombang mikro di premis berkenaan menggunakan mop lantai.
Rentetan perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga tular di laman media sosial. Bukan itu sahaja, tindakan individu itu juga mengundang pelbagai komen negatif daripada wargamaya.
Ads
Ads
Sumber: Facebook Bawang Rangers
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Seperti sedia maklum, idea dan konsep bagi rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti ini adalah untuk mengetengahkan hasil dekorasi makeover di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan.
Menerusi episod ketiga rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture telah menyaksikan transformasi dekorasi makeover di kediaman selebriti Karl Shafek.
Dalam episod kali ini, Karl telah memilih ruang tamu dan makan di kediamannya sebagai ruang pilihan bagi melakukan transisi perubahan hasil dekorasi yang sedia ada di rumahnya.
Maklum Karl, untuk dekorasi hiasan dalaman kediamannya sedia ada ketika ini adalah berkonsepkan maskulin dan dia juga turut memiliki sebanyak 22 ekor kucing peliharaan di kediamannya.
Bagi merealisasikan transformasi dekorasi makeover di ruang berkenaan, Karl memberitahu dia menginginkan dekorasi makeover yang berkonsepkan klasik dan retro.
Ketika sesi temu bual oleh hos rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, Catriona Ross di samping pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus bersama pengasas Ella Furniture, Puan Ella Alway telah mencadangkan pemilihan material sofa yang anti-cakar dan ‘easy clean’.
Jelasnya, pemilihan material seperti ini sangat penting dan sesuai untuk persekitaran kediaman Karl yang mempunyai haiwan peliharaan kucing di rumah.
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan Karl Shafek? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Siapakah pula selebriti pilihan untuk episod akan datang? Jadi jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Setiap pasangan suami isteri yang telah mendirikan rumah tangga bersama sudah pastinya akan menghadapi transisi perubahan fasa hidup masing-masing.
Bukan itu sahaja, setiap pasangan suami isteri yang telah berkahwin juga bakal mengalas tanggungjawab besar untuk melayari bahtera perkahwinan yang bahagia dan harmoni.
Namun begitu, apabila berbicara soal tanggungjawab antara pasangan suami isteri dalam menguruskan rumah tangga, ia sering menjadi satu isu topik yang hangat di kalangan masyarakat sekeliling.
Menerusi program rancangan bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran langsung di saluran TV3 sebelum ini, telah membincangkan serta mengupaskan isu tersebut bersama tetamu jemputan iaitu Perunding Motivasi, Encik Amin Idris.
Ketika sesi perbincangan bersama hos rancangan program bual bicara berkenaan, Encik Amin telah menjelaskan perkara tersebut bersama para penonton.
Jelasnya, ada terdapat beberapa sudut perpektif yang berbeza mengenai soal tanggungjawab pasangan suami dalam menguruskan kerja rumah.
“Isu ini kita kena lihat dari tiga sudut dimensi yang berbeza. Pertama, dari sudut budaya, adab dan masyrakat, kedua pula dari sudut undang-undang dan yang ketiga adalah dari segi agama.
“Sebelum kita nak sentuh tentang tanggungjawab isteri ni, kita kena sentuh dahulu bab mengenai tanggungjawab seorang suami. Untuk maklumat semua, suami ni ada tiga benda kewajipan yang dia kena buat iaitu ‘Makan’, ‘Malbas’ dan ‘Mataab’.
“Istilah ‘Makan’ ni bukan seperti tingkah laku makan itu tetapi sebenarnya adalah tanggungjawab suami untuk menyediakan tempat tinggal untuk isteri, mana ‘Malbas’ pula tanggungjawab menyediakan pakaian dan ‘Mataab’ menyediakan makanan.
“Sebab itu haram hukumnya seorang suami guna duit isteri untuk bayar bil eletrik, haram ambil duit isteri untuk bayar duit kereta. Itulah dia kewajipan seorang suami,” jelasnya.
Dalam pada itu, Encik Amir Idris berkata manakala dari sudut agama pula, kesemua para ulamak mengatakan pendapat bahawa golongan para isteri ini tidak wajib untuk menjalankan tanggungjawab mengemas rumah.
“Dalam bab agama, semua majoriti para ulamak dan juga empat mazhab mengatakan isteri tidak wajib menguruskan kerja rumah. Namun demikian, perbincangan itu agak sukar untuk ditentukan kerana terdapat berbeza pandangan antara mazhab,” katanya lagi.
Ingin ikuti perbincangan lanjut mengenai topik ini? Sila tonton video penuh pada pautan di bawah:
Sumber: YouTube Wanita Hari Ini, TV3
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Satu khabar gembira buat peminat dan pengikut setia IMPIANA kerana kini telah mempersembahkan sebuah rancangan terbaharu iaitu Impiana Makeover Ruang Selebriti di kaca televisyen anda.
Mesti ada yang tertanya-tanya mengenai rancangan program terbaharu ini, untuk maklumat anda Impiana Makeover Ruang Selebriti adalah sebuah program yang memaparkan hasil dekorasi di kediaman para selebriti tanah air.
Rancangan yang dihiasi dengan Ella Furniture ini bakal bersiaran sebanyak 10 episod akan memaparkan hasil dekorasi makeover seramai 10 kediaman para selebriti terkenal tanah air antaranya Zulin Aziz, Raja Azura, Izreen Azminda, Vanidah Imran, dan ramai lagi.
Menariknya lagi, rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti turut dimeriahkan lagi dengan hos Catriona Ross dan digandingkan bersama pakar hiasan dalaman, Ben Firdaus Azrai.
Di samping itu, rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti ini dekorasi hiasan dalaman turut diserikan dengan Ai Curtains, Embun Group of Companies dan Kayangan Living.
Ingin lihat bagaimana hasil dekorasi yang telah dilakukan di kesemua kediaman para selebriti tanah air kita? Jadi, jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti mulai 6 Januari 2023, setiap Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria dan On Demand.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!