Kalau di rumah ada kabinet atau almari tv yang lama macam ini dan masih elok boleh tranform ikut idea yang dikongsi oleh Ahmad Ammar ini.
Mudah sangat, kos pengeluaran pun rendah.
Ini Perkongsiannya :
Kabinet televisyen lama ini, nak buang sayang. Banyak nilai sentimental. Ia masih kukuh dan ‘solid’. Jadi saya ‘makeover’ kabinet itu untuk lebih cun dan terkini sedikit. Modalnya adalah cat, rattan webbing dengan knob sahaja. Hasilnya tak mengecewakan!
Musim durian dah tiba. Bagi peminat tegar, pemburuan durian perlu dilakukan segera. Sebab nanti dah lewat musim, durian mula rasa tak sedap. Buah pula biasanya pada hujung-hujung musim kurang mengancam. Biasanya buah pada kitaran pertama musim sentiasa terbaik.
Tangkai menceritakan segala-galanya ketika hayat si durian
Tapi agak mengecewakan jika buah yang dibeli tidak memuaskan apabila dimakan, kurang nikmat durian. Biasa nya peniaga akan bagitahu semua buah terbaik jadi bagi mengatasi masalah terbeli buah yang tidak sedap ini, jadikan 8 tip ini sebagai panduan
1. Tangkai
Pertama sekali ketika memilih durian perlu lihat pada bahagian tangkainya. Tangkai menceritakan segala-galanya ketika hayat si durian. Durian kalau dah masak ia akan jatuh sendiri kan. Jika durian yang jatuh sendiri, tangkainya kelihatan bergigi. Manakala yang licin itu, maknanya belum masak lagi tapi telah dipetik.
Tangkai yang masih segar, bermakna ia baru gugur. Ini menunjukkan buah masih segar dan kandungan gas dalam buah pun tak banyak dan isinya enak.
Cungkil sikit pada bahagian kulit tangkai. Kalau kulitnya tebal, ia bermaksud isinya pun tebal. Kalau bahagian dalam kulit nya kuning, ini bermakna isi dalamnya kuning.
2. Pilih yang ringan
Jangan sibuk nak ambil durian yang berat. Ini antara salah satu kesalahan yang kerap dilakukan oleh pembeli. Bila berat, dia ingat isinya banyak. Buah berat tak bermaksud isinya banyak. Ia menunjukkan ia masih mentah atau terlalu berair dan kemungkinan busuk.
3. Goncang
Perasan tak kalau kita nak beli durian, penjual tua akan ketuk-ketuk dan goncang? Baik anda buat sendiri. Kot-kot ditipu. Kalau kedengaran benda bergoncang dalam tu, ia menunjukkan isinya kering dan sudah masak. Isi kering tak bermakna kering kontang. Ia bermakna enak dimakan lah tu.
4. Bentuk fizikalnya bulat
Orang kata kalau jenis bulat ini isi nya tebal. Tapi sebanrnya bergantung kepada jenis. Tapi kalau boleh, berusaha ambil yang bulat lah ya.. durian bukit banyak bulat. Itu yang sodap.. makan seulas pun dah kenyang
5. Tengok kulit
Durian dengan durinya halus dan rapat, ia menunjukkan isi dagingnya jenis yang lembik. Kalau yang durinya besar-besar dan jarang, ini menunjukkan isinya padat. Bila makan tu tak susah nak kemas. Isinya boleh kita makan sampai nampak biji bersih suci.
6. Tepuk manja
Tepuk-tepuk manja pada permukaan kulit durian. Jangan kuat-kuat, nanti tembus pula durinya. Kalau boleh gunakan sesuatu yang solid. Kalau peniaga, dia guna parang untuk belah durian tu. Kalau dengar bunyi merdu “buk-buk” maksudnya durian dah matang. Kalau bunyinya macam pantul cepat “kedepek” bermakna durian masih muda
7. Tampok/juring lima
Macam manggis, nak tentukan isi di dalam ada berapa kita akan tengok tampuk. Sama seperti durian. Anda perlu pilih yang ada tampuk lima di bahagian bawah durian. Kalu 6 atau lebih, jangan ambil. Ini bermakna isinya tak banyak. Pastikan juring atau tampuk tersebut jelas sampai ke sisi kulit durian.
8. Aroma yang menawan
Selesai ketujuh-tujuh tip, barulah tip ke-8 dilakukan. Bau durian sedekat yang boleh. Kalau boleh, biar durinya betul-betul terkena sedikit pada hidung. Kalau baunya harum manis, ini bermakna durian masih optimum. Kalau tidak berbau, ini bermakna durian sudah masuk angin. Durian yang dah masuk angin rasanya hambar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kebiasaanya, Ramai antara kita yang akan menukar set cadar yang digunakan setiap 1 minggu sekali. Ia bertujuan untuk memastikan nikmat tidur sempurna di samping mencegah kehadiran bakteria. Tapi adakah sarung bantal anda pun hanya perlu ditukar seminggu sekali?
Menurut Australian Cleaning Expert, Shannon Lush, Sarung bantal perlu ditukar lebih kerap. Berapa kekerapan yang perlu anda lakukan untuk tukar sarung bantal?
2 hari sekali
Terkejut? Kenapa?
“Sarung bantal harus ditukar setiap 2 hari sekali tanpa gagal” Ulas Shennon Lush kepada akhbar news.com.au
“Hal ini disebabkan oleh bahagian kepala dan muka anda adalah yang paling kotor berbanding bahagian lain anggota badan walaupun kita telah lakukan cucian setiap hari”
Bahagian kepala tanpa kita sedar merupakan tempat yang paling banyak terkandung kulit mati. Kotoran pada kepala yang melekat pada sarung bantal juga merupakan antara punca wujudnya blackhed.
Dengan iklim Malaysia pula yang lembap sepanjang tahun, lebih kerap sarung bantal dan cadar katil perlu ditukar. Bagi mereka yang kuat berpeluh dan tidak memakai baju ketika tidur, anda lah penyumbang utama kepada pembiakan bakteria di atas katil. Ia boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria dengan lebih cepat, tungau, kulat dan pelbagai lagi yang tidak baik untuk kesihatan kulit anda kelak.
Anda lebih kerap dan galak memperuntukkan produk kecantikkan dan penjagaan kulit, tapi ada satu benda yang paling penting dan ringkas anda abaikan. Sarung bantal dan alas cadar.
Dah buat treatment mahal-mahal di spa, balik rumah anda dengan selesanya memeluk bantal dan ada tu yang cium macam dapat candu tanpa hiraukan kebersihannya.
Lebih mengejutkan, Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Australian Cleaning Expert, hanya 42% manusia yang dikaji akan menggantikan set cadar dan sarung bantal mereka 1 minggu sekali. Selebihnya 36% setiap 2 minggu sekali dan 15% 1 bulan sekali. Ini bermakna, sebersih mana dan cerewet anda kepada kebersihan, jika anda tidak menukar set cadar anda seminggu sekali dan sarung bantal 2 hari sekali anda bukan lah seorang yang pembersih.
Boleh dikatakan ramai di kalangan kita yang menggunakan peralatan elektrik seperti seterika untuk mengosok pakaian bagi menghilangkan kesan kedutan supaya tampak lebih kemas.
Penggunaan peralatan elektrik ini sememangnya sudah menjadi kebiasaan dan pilihan ramai di kalangan pengguna di rumah. Ini kerana umum mengetahui penggunaan seterika ini amat berkesan untuk menghilangkan kesan kedutan.
Meski begitu, tahap keselamatan penggunaan seterika ini adakalanya membimbangkan oleh kerana kebanyakan peralatan elektrik ini menggunakan teknologi pemanasan yang berbahaya.
Tetapi jangan ada pula di kalangan anda yang tidak tahu, kini sudah ada cara yang lebih mudah dan peralatan selamat boleh anda gunakan bagi menghilangkan segala kesan kedutan pada pakaian anda.
Caranya, anda disarankan untuk menggunakan penyembur khas keluaran jenama Downy Wrinkle Releaser.
Untuk pengetahuan anda, penyembur khas ini dipercayai terbukti berkesan untuk menghilangkan kesemua kesan kedutan dengan sangat mudah tanpa menggunakan seterika. Menarik bukan?
Bukan sahaja mudah dan selamat untuk digunakan, tetapi hasilnya juga sangat menakjubkan dan kedutan pada pakaian tidak lagi kelihatan selepas beberapa semburan.
Bagi anda yang ingin mengetahui harga penyembur khas Downy Wrinkles Release ini dijual harga bermula serendah RM89.90 sahaja!
Jika anda mahu memiliki penyembur istimewa ini, anda boleh sahaja boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.