Dekorasi

Ubah Suai Rumah, Penting Bayar Ikut Progress Kerja Elak Risiko Ditipu Kontraktor

Share

Ubah Suai Rumah, Penting Bayar Ikut Progress Kerja Elak Risiko Ditipu Kontraktor. Salah satu risiko apabila merancang untuk ubahsuai dan renovasi kediaman ialah apabila ditipu pihak kontraktor yang tidak bertanggungjawab. Banyak kes terjadi, pembayaran telah dibuat namun rumah tak siap dan terbengkalai tidak mengikut waktu yang dijanjikan.

Selebriti juga tidak terkecuali berdepan dengan kontraktor bermasalah sebegini,antaranya seperti Awal Ashaari, Rozita Che Wan, Amira Rosli, Mark Adam dan yang terbaru dilaporkan Datuk Chef Wan.

Mesti Baca:Chef Wan Ditipu Kontraktor, Bayar RM420,000 Kos Ubah Suai Rumah Ibu Terbengkalai

Baca perkongsian ini sebagai rujukan;

Geram orang kita kena tipu dengan kontraktor kontraktor tak jujur dan tak amanah.
Kenapa ramai orang kita susah sangat nak faham dan ikut konsep BAYAR IKUT PROGRESS?
Hampir setiap hari ada sahaja aduan tertipu dengan kontraktor, duit dah bayar habis, tapi kerja tak buat. Ada yang dah bayar sampai 98% tapi progress kerja hanya 40%.

Percayalah saya cakap, hampir pasti duit yang dah dibayar tersebut takkan dapat balik. Kontraktor tu akan lari dan tinggal sahaja projek tersebut dan takkan siapkan.

Ini contoh jadual pembayaran yang saya sendiri guna. Hanya bayar ikut progress. Siap satu stage, baru bayar. Bukan beri dahulu duit kemudian harap mereka buat.

Percayalah, di Malaysia ini banyak penipu dan penyonglap. Dapat duit mereka lesap.
Even yang minta duit pendahuluan sekalipun, beri hanya setelah barang sampai di site. Bukan boleh beri sesuka hati. Selagi barang tak sampai, jangan beri.

Jangan cair dengan kata kata kontraktor. Sebelum mula projek, pastikan mereka setuju untuk ikut progress dan ada hitam putih jadual pembayaran.

Kalau Osama Laden pun boleh terima bayaran ikut progress, takkan kita tak boleh ikut progress?
Saya hanya berpesan. Geram orang kita kena tipu dengan kontraktor kontraktor tak jujur dan tak amanah. Tapi nak marah pun, salah sendiri juga.

Semoga Bermanfaat.

IMPIANA: Memang ada benarnya apa yang dikongsikan ini. Sebaiknya jika ingin ubah suai rumah, pastikan kontraktror dibayar mengikut progress hasil kerja yang dilakukan. Ia bagi mengelakkan risiko ditipu dan ubahsuai rumah terbengkalai tidak mengikut waktu yang ditetapkan. Pastikan juga ada surat perjanjian ‘hitam putih’ sebagai jaminan menyelesaikan kerja renovasi yang dilakukan.

Namun demikian, ada sesetengah pemilik kediaman, bukan kerana tidak tahu pembayaran dilakukan mengikut progress kerja pengubahsuaian dan pembinaan namun menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pihak kontraktor atas dasar ‘kenalan’, setelah pelbagai janji manis dibuat.

Baca Lagi Di Sini: Nora Danish Ditipu Kontraktor, 4 Bulan Tidur Hotel Rumah Tak Siap-Siap!
Artikel Menarik:RUMAH Baru Beli Banyak Rosak, 10 Tindakan Boleh Dilakukan Elak Pemaju ‘Lepas Tangan’

Sumber: Tukang Apa Hari Ini

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Suhaidah Binti Abd Wahab