Tak kira lah rumah saiz banglo atau PPR kalau bijak mengurus, memang rumah akan rasa selesa dan cukup je ruang yang tersedia.
Seperti yang dikongsikan di laman TikTok (@nurulsyazzz) apabila seorang wanita dikenali sebagai Nana berkongsi keadaan sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Muhibbah milik ibu bapanya.
Menerusi video perkongsian, Nana memulakan ‘house tour’ dengan menunjukkan keadaan di koridor flat berkenaan. Pada mulanya, kediaman tersebut kelihatan seperti biasa sahaja sama seperti flat lama yang lain.
Namun lain pula situasinya apabila Nana mempamerkan hiasan dalaman rumah yang megah. Kelihatan kediaman PPR itu diubah suai seolah-olah sebuah rumah kondominium.
Nana telah memilih perabot berwarna putih antaranya rak kasut bertutup dan juga kabinet dapur. Susun atur setiap ruangan di dalam rumah itu juga kelihatan kemas dan rapi.
Bukan itu sahaja, pemilik rumah terbabit juga menambah siling kapur (plaster ceiling) yang membuatkan kawasan ruang tamu lebih menonjol.
Menurut Nana, si bapa telah menggunakan hasil titik peluh duit simpanan kerjanya untuk mengubah suai rumah yang sudah didiami selama 20 tahun itu. Tambah wanita itu, kos keseluruhan pengubahsuaian berkenaan adalah kurang dari RM50,000.
“POV: Luar PPR dalam kondominium,” kata Nana di ruangan kapsyen.
@nurulsyazzz POV : Luar PPR dalam Condo #house #afterrenovation #fyp #abcxyz #tiktokmalaysia #kualalumpur #rumahppr ♬ Tuhan Tak Pernah Janji – Jangan Pernah Menyerah – Debbie Great
Sumber: TikTok (@nurulsyazzz)
Mesti Baca: Nubhan Beri Kejutan, Cantik Hasil Renovasi Dapur Baru ‘Mak Jenny’
Baca Lagi Di Sini: Kemas Hasil Kerja Pelajar Tingkatan 4 & 5 Kemahiran (PVMA), Buat Kabinet Dapur Macam ‘Pro’!
Artikel Menarik: Rancang Betul-Betul, Elak 10 Kesilapan SEBELUM Bina Kabinet Dapur Supaya Tak Menyesal
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.