Siapa sangka, ubahsuai banggunan lama menemui rangka bayi lebih 100 tahun.
Penemuan rangka bayi di bawah papan lantai sebuah rumah di Fore Bondgate, Bishop Auckland, County Durham, ketika pengubahsuaian dipercayai meninggal dunia lebih 100 tahun lalu dalam keadaan mencurigakan.
Kontraktor temui rangka bayi di papan lantai
Kontraktor menemui rangka bayi itu selepas mengangkat papan lantai di sebuah unit flat pada 11.15 pagi 28 Julai lalu. Bayi itu dibalut dengan surat khabar bertarikh 1910 dan terdapat seutas tali di lehernya.
Siasatan Polis
Polis Durham menyiasat sejarah penduduk terdahulu dan mengesahkan bayi itu cukup bulan pada 40 minggu, tetapi jantinanya tidak diketahui. Ujian forensik lanjut sedang dijalankan, termasuk penentuan usia melalui tarikh karbon.
Ads
Lokasi penemuan adalah bangunan zaman Victoria yang pernah menempatkan unit ibu dan bayi dikendalikan gereja, tetapi dipercayai bayi itu disembunyikan sebelum tempoh tersebut.
Ketua Detektif, Inspektor Mel Sutherland berkata siasatan sukar kerana kejadian berlaku lama dahulu. Fokus utama adalah untuk mengetahui identiti bayi dan apa yang berlaku. Mereka bertekad memberikan upacara pengebumian yang sesuai dan bermaruah kepada bayi itu.
Ads
Pengumpulan Maklumat Sejarah
Polis sedang mengumpul maklumat sejarah mengenai pemilikan rumah dari tahun 1900 hingga 1920, termasuk rekod dan susur galur keluarga untuk mengenal pasti sebarang saudara-mara yang masih hidup.
Tahukah anda, sebenarnya ada beberapa punca yang membolehkan diri anda jatuh miskin apabila jumlah wang simpanan anda semakin sedikit saban hari. Bagi anda yang belum mengetahui secara terperinci punca-punca yang boleh membuatkan diri anda jatuh miskin, di sini IMPIANA kongsikan bersama anda.
Menurut pakar kewangan dan hartanah, Encik Azizul Azli Ahmad menerusi hantaran di akaun laman media sosial Facebook miliknya memaklumkan ada enam punca utama yang boleh membuatkan diri anda anda jatuh miskin antaranya;
1. Tak Boleh Kesan Penipuan
Masih mudah percaya bahawa ada skim bagi rumah dengan RM10, RM10,000 sahaja. Masih yakin dan percaya, letak artis seorang dua lagilah dia percaya. Bijak sungguh!
2. Suka Salahkan Orang
Ini semua kerajaan yang salah, punca semua ini dari pemaju sebab itu rumah mahal. Kita tak pernah menyimpan dan menabung, asik jalan jalan cari makan sahaja.
3. Tidak Pernah Berkata Tidak
Semua benda kita iyakan, sampai semua kerja pejabat kita yang buatkan. Balik marah anak bini banyak kerja dan kena tipu dengan orang.
4. Tak Pasti Duit Kemana
Kita rasa gaji cukup baik dan banyak, tapi tak pasti kemana duit pergi.
5. Terlalu Fikir Apa Orang Kata
Malulah mak kenduri nie nanti kecik kecik. Apa kak Markonah Baharom katakan kat emak nanti.
6. Tak Pernah Melabur
Akaun ASB pun tak pernah ada, umur dah nak masuk senja. Masih percaya teori konspirasi orang makan duit kita kalau melabur dalam ASB.
Jadi kepada anda semua, ingat sentiasa menjadi seorang pengguna yang bijak dan tidak mudah percaya dengan skim cepat kaya atau terjebak dengan jenayah penipuan ‘scammers’ yang semakin berleluasa pada zaman masa kini.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Bagi anda yang masih belum mempunyai rumah dan sedang mencari kediaman dengan harga mampu milik? Ini khabar bеrіtа bаіk buat semua rаkуаt Mаlауѕіа уаng berkelayakan untuk mеmіlіkі rumаh реrtаmа іdаmаn аndа.
Untuk реngеtаhuаn аndа, kini Jаbаtаn Perumahan Negara (JPN) telah mеnуеdіаkаn sebuah portal аtаѕ tаlіаn iaitu TEDUH уаng mana mеmudаhkаn rakyat Mаlауѕіа melakukan semakan, mеnсаrі serta rumah уаng bаkаl mеrеkа beli ataupun sewa.
Untuk lakukan permohonan, аndа реrlu mengenalpasti dan mеmіlіh ѕkіm реrumаhаn уаng ditawarkan. Klіk раutаn pilih skim.
Sіlа bаса ѕуаrаt dan kelayakan реmоhоn untuk setiap ѕkіm sebelum mеmbuаt реrmоhоnаn. Tеrdараt maklumat ѕеnаrаі рrоjеk уаng dibuka untuk реrmоhоnаn pada bаhаgіаn kanan ріlіhаn skim. Sеtеruѕnуа, klik butang “ріlіh ѕkіm”.
5. Maklumat Pemohon
Klіk раutаn mаklumаt pemohon.
Masukkan segala maklumat реmоhоn уаng diperlukan dаn klik butаng “Simpan”. Mаklumаt mandatori hеndаklаh diisi ѕеhіnggа іkоn bеrwаrnа hijau.
6. Pіlіh Prоjеk
Klik раutаn projek untuk mеmоhоn рrоjеk.
7. Dоkumеn Sоkоngаn
Klіk раutаn Dоkumеn Sokongan untuk mеmuаtnаіk dоkumеn ѕоkоngаn реrmоhоnаn.
8. Pеngеѕаhаn
Klіk раdа раutаn реngеѕаhаn untuk hаntаr реrmоhоnаn.
SENARAI PROGRAM PERUMAHAN & SYARAT KELAYAKAN
1. Prоgrаm Pеrumаhаn Rаkуаt (PPR)
Program Perumahan Rаkуаt ataupun lebih dіkеnаlі sebagai PPR adalah mеruраkаn sebuah рrоgrаm pihak kerajaan untuk реnеmраtаn semula ѕеtіnggаn dаn mеmеnuhі kереrluаn tеmраt kediaman bаgі golongan bеrреndараtаn rеndаh (B40). Prоgrаm perumahan ini tеrdіrі dаrіраdа 2 kategori iaitu PPR Dіѕеwа dan PPR Dіmіlіkі. Rumаh-rumаh PPR Dimiliki dіjuаl pada harga RM35,000 seunit dі Semenanjung Mаlауѕіа dаn RM42,000 ѕеunіt dі Sabah dаn Sаrаwаk.
2. Skіm Rumah Trаnѕіt
Program Skіm Rumah Transit аdаlаh bеrtujuаn untuk mеmbеrі kemudahan ѕесаrа sementara kераdа pasangan mudа уаng tеlаh berkahwin dаn bеrumur аntаrа 18 tаhun hіnggа 30 tahun. Rumаh іnі dіѕеwаkаn dengan kаdаr ѕеbаnуаk RM250 ѕеbulаn bаgі tеmроh sewaan реrmulааn selama dua tahun.
3. Skіm Perumahan Mаmрu Mіlіk Swasta (MуHоmе)
Skіm Pеrumаhаn Mampu Mіlіk Swаѕtа аtаu lеbіh dіkеnаlі sebagai MyHome menawarkan іnѕеntіf ѕеhіnggа RM30,000 seunit уаng mana mеmbеrі faedah kераdа para реmbеlі rumаh dan реmаju ѕwаѕtа.
MAKLUMAT LANJUT
Sеbаrаng реrtаnуааn atau mаklumаt lаnjut, ѕіlа hubungі:
Seronok bukan bila loan lepas untuk beli rumah, tetapi sangkut bila beli rumah tak boleh tukar nama pula, ini langkah perlu anda buat.
Banyak kita baca di dada akhbar tentang keluh kesah yang dialami oleh ramai pembeli rumah subsale. Bahagian pinjaman serta urusan pembayaran sudah diuruskan, tetapi timbul pula permasalahan tentang kesulitan penukaran nama pemilik daripada pemilik lama kepada yang baharu. Beli rumah tak boleh tukar nama, ini langkah perlu anda buat.
Isu ini telah dikupas oleh Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), En Salkukhairi Abd Shukor. Ikuti perkongsiannya agar pemilik kediaman di luar sana dapat pencerahan secara lengkap bagaimana untuk menguruskan pindahmilik nama hartanah.
1. Biasa berlaku, sesuatu hartanah yang dibeli kadang-kadang tidak dapat dipindah milik kepada nama pembeli.
Perkara ini mungkin disebabkan oleh:
i. Terdapat syarat tersirat daripada pihak berkuasa negeri yang menghalang ianya dipindahmilik dalam tempoh-tempoh tertentu misalnya 5 tahun atau 10 tahun (contoh : tanah yang baru diberi milik oleh kerajaan negeri, tanah kurnia, perumahan PR1MA dan lain-lain),
ii. Tidak mendapat kelulusan kebenaran pindah milik (consent) daripada kerajaan negeri atas sebab-sebab tertentu (contoh : belum cukup tempoh tertentu, jual daripada Melayu kepada bukan Melayu dan lain-lain),
iii. Terdapat sekatan undang-undang yang menghalang pindah milik ke atas bahagian yang tidak boleh dipecah bahagi (contoh: beli sebahagian tanah geran kongsi),
iv. Terdapat sekatan undang-undang yang menghalang pindah milik sesuatu tanah dilakukan (contoh : beli tanah yang tertakluk kepada Akta GSA seperti tanah FELDA dan sebagainya)
2. Sekiranya anda menghadapi masalah di atas, apakah solusi alternatif yang boleh dilakukan untuk melindungi hak dan kepentingan anda sebagai pembeli?
Antara solusi alternatif yang boleh dilakukan adalah :
i. Lantik peguam hartanah yang berpengalaman,
ii. Peguam hartanah akan sediakan Surat Wakil Kuasa Penuh (Full PA), di mana melalui Full PA tersebut tuan tanah memberikan kuasa penuh kepada pembeli untuk menguruskan dan melakukan segala apa yang perlu berkaitan tanah tersebut seolah-olah pembeli adalah pemilik kepada hartanah tersebut, dengan syarat pembeli hendaklah menjelaskan keseluruhan harga jual beli kepada tuan tanah melalui peguam selaku stakeholder.
iii. Peguam akan daftar PA di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah.
iv. Jika perlu dan bersesuaian, peguam juga akan sediakan dokumen-dokumen tambahan seperti Perjanjian Tambahan, Surat Ikatan Amanah dan lain-lain,
v. Melalui peguam yang dilantik, pembeli akan masukkan kaveat persendirian ke atas hartanah tersebut untuk melindungi hak dan kepentingannya.
Walau bagaimanapun, solusi alternatif yang saya nyatakan di atas hanyalah secara umum sahaja. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan proper legal advice daripada Peguam hartanah anda kerana setiap kes mungkin berbeza antara satu sama lain.
Cuma PERLU DIINGATKAN, solusi alternatif di atas hanyalah BERSIFAT SEMENTARA SAHAJA sehingga urusan pindahmilik dilakukan.
Perlu juga diingatkan, selagi belum dipindahmilik kepada nama anda, anda masih TETAP BERHADAPAN DENGAN RISIKO. Ini kerana Kanun Tanah Negara hanya mengiktiraf pendaftaran pindah milik sebagai bukti yang tidak boleh disangkal terhadap hak pemilikan sesuatu hartanah. Jadi nak tak nak, perlu juga diusahakan agar ianya di pindah milik kepada nama anda.
Sekian, terima kasih.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.