Ubahsuai Menakjubkan Buat Kediaman 40 Tahun Tampak Moden Dengan Pencahayaan Semulajadi

Share

Apabila kita sebut tentang kediaman satu tingkat yang terletak ditengah-tengah barisan kediaman teres yang lain, pasti kita terbayangkan suhu bahang di waktu tengah hari, kurang pencahayaan semulajadi dan mungkin juga ruang yang tampak sempit. Tetapi tidak bagi Jose House yang telah diubah suai oleh firma arkitek berpengalaman, Fabian Tan Architect. Terletak di Petaling Jaya, kediaman ini adalah sebuah rumah teres satu tingkat biasa yang berukuran 23 ‘x 75’ (7m x 23m).

Pemilik berhasrat untuk mengubahsuai dengan menerapkan pelan terbuka pada ruang disamping memberi penghormatan kepada neneknya yang cintakan alam semulajadi.

Maka, terhasil lah sebuah kediaman moden dengan rekabentuk unik yang dilengkapi oleh pencahayaan semulajadi, ruang terbuka yang luas dan juga tumbuh-tumbuhan yang segar menghijau. Kombinasi privasi dan nilai estetika yang tinggi juga telah menyumbang kepada keindahan senibina ini.

Lokasi : Petaling Jaya
Arkitek: Fabian Tan Architect
Keluasan : 1275.0 m²
Gambar : Ceavs Chua

SUMBER : ARCHDAILY

Published by
amalina