
Memang rimas jika rumah ditengah-tengah barisan kediaman teres yang lain, pasti kita terbayangkan suhu bahang di waktu tengah hari, kurang pencahayaan semulajadi dan mungkin juga ruang yang tampak sempit.
Pemilik kediaman ini berhasrat untuk mengubahsuai dengan menerapkan pelan terbuka pada ruang disamping memberi penghormatan kepada neneknya yang cintakan alam semulajadi.
Jose House ini merupakan kediaman jenis teres satu tingkat biasa yang berukuran 23 ‘x 75’ (7m x 23m).
Kediaman moden dengan rekabentuk unik ini dilengkapi oleh pencahayaan semulajadi, ruang terbuka yang luas dan juga tumbuh-tumbuhan yang segar menghijau. Kombinasi privasi dan nilai estetika yang tinggi juga telah menyumbang kepada keindahan senibina ini.
Lokasi : Petaling Jaya
Arkitek: Fabian Tan Architect
Keluasan : 1275.0 m²
Gambar : Ceavs Chua
Selesa betul kalau rumah jenis terbuka dan mesra alam ni kan.
SUMBER : ARCHDAILY
Artikel Menarik: Rupanya Ramai Tak Tahu Tandas Dalam Bilik Tidur Tidak Patuh Syariah
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kaunter Pulau Yang Praktikal Untuk Dapur Sempit Dengan Kos Kurang RM550!

Melalui perkongsian idea oleh Puan Betty Ramli di Facebook, ruang dapur sempitnya diubah suai kerana berasa tidak selesa dengan barang dan peralatan yang terlalu banyak di dapur sambil memberikan nafas baharu buat ruang tersebut.
Menurutnya, dia mendiami rumah sewa ini dengan dapur berkeluasan 10 kaki x 8 kaki dan demi menjadikan impiannya untuk memiliki sebuah meja kaunter idaman, beliau banyak merujuk kepada pelan susun atur yang disediakan oleh IKEA.
Ia bermula dengan pembelian base table Metod dan dipadankan dengan counter top Ekbaken dan dilengkapi dengan Utrusta Shelf yang ketiga-tiganya berharga hanya RM546.90. Ini cuma kos pembelian sahaja kerana segala pemasangan di dapur rumahnya dipasang sendiri oleh suaminya yang juga merupakan seorang mekanik.
Idea ringkas tapi praktikal ini sesuai untuk anda yang mempunyai dapur sempit dengan bajet mampu milik. Selamat menghias!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 Petua Dapur Orang Dulu-dulu Yang Makin Dilupakan, Rugi Tak Cuba

Biarpun ada pelbagai barangan atau peralatan yang memudahkan kerja kita namun, cara lama masih praktikal untuk diamalkan dan hasilnya lebih berkesan. Selain menjimatkan wang, cara ini juga diyakini selamat.
1. Mengharumkan dapur
Jika dapur anda berbau kurang menyenangkan seperti hanyir, rebus beberapa keping kulit kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lap air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur.
2. Membersihkan minyak goreng
Kebiasaannya, minyak menjadi hitam selepas digunakan. Jadi untuk menghilangkannya, ambil beberapa keping asam gelugur dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan goreng anda. Asam tadi akan menyerap hitam yang ada di dalam minyak dan hasilnya, anda dapat mengguna minyak itu beberapa kali. Selain asam gelugur, anda juga boleh gunakan halia yang dihiris nipis.
3. Membersihkan kesan hangus
Campurkan sedikit serbuk penaik bersama sedikit air di dalam sebuah bekas. Biarkan selama beberapa jam dan anda boleh guna air campuran itu untuk membersih periuk atau kuali seperti biasa.
4. Menghilangkan bau cili pada mesin pengisar
Bau cili sukar untuk dihilangkan walaupun dibersih menggunakan sabun. Apa kata kali ini anda cuba hilangkannya dengan mengisar beberapa keping biskut selama beberapa minit. Biskut ini akan menyerap semua bau cili tadi.
5. Elak semut di dalam gula
Kita sering berhadapan dengan masalah semut di dalam gula. Bagi mengelakkannya, anda boleh sapu minyak masak pada sekeliling permukaan bekas untuk menghalang semut masuk ke dalamnya. Anda juga boleh masukkan beberapa batang kulit kayu manis atau bunga cengkih ke dalam bekas gula.
6. Pisau mesin pengisar kembali tajam
Kisar satu cawan garam kasar sehingga halus. Pisau yang tumpul akan kembali tajam.
7. Menghilangkan kesan minyak di dapur
Sewaktu menggoreng, minyak akan tepercik ke seluruh kawasan terutama lantai. Membersihkannya cukup mudah jika betul caranya. Tabur tepung gandum secukupnya pada lantai yang terkena minyak. Kemudian, cuci menggunakan air sabun dan lap sehingga kering. Kesan licin akan hilang.
8. Mengelakkan kuali melekat
Selepas memasak atau menumis, masukkan semangkuk air biasa ke dalam kuali. Masak air sehingga mendidih. Selepas itu, basuh kuali seperti biasa.
9. Menghalau tikus
Letak beberapa helai daun durian belanda di kawasan yang ada tikus. Selepas beberapa hari, tikus tiada lagi.
10. Menghalau lalat
Masalah lalat di dapur mampu mengganggu kerja-kerja memasak. Untuk menghalaunya, anda perlu menitiskan sedikit cecair peluntur ke atas kain yang kering. Kemudian lap sekitar dapur terutama pada permukaan meja, kabinet dapur dan tempat-tempat lain menggunakan kain itu.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Elak Letak Barang Atas Peti Sejuk, Ini Alasannya Yang Perlu Anda Faham

Meletakkan barang atas peti sejuk adakalanya salah satu solusi untuk menjimatkan ruang. Bukan sahaja barangan ringan seperti bekas makanan malah peralatan berat seperti TV dan microwave. Tahu kah anda ia merupakan satu kesalahan?
Walaupun hanya satu kotak sereal atau beda kecil anda letak atas peti sejuk, ia mengundang bahaya, ia buan sahaja menyebabkan badan peti sejuk terjejas untuk membebaskan panas, malah dikhutiri bahan yang diletakkan di atas peti sejuk terjatuh dibelakang koil peti sejuk dan mencetuskan kebakaran
Baca juga: Modal RM8 Dapat Baiki Peti Sejuk Yang Rosak, Kongsi Lelaki IniTambahan, perlu diketahui apabila barang berat diletakkan akan berlaku sedikit pergerakkan apabila anda membuka dan menutup pintu peti. Akhirnya dikhuatiri barang atas peti sejuk akan jatuh. Ia mungkin membahayakan dan tidak selamat jika jatuh terkena pada orang
Sebaiknya ruangan yang ada itu seeloknya dibiarkan kosong atau jika perlu sekali pun hanya letakkan barang-barang kecil seperti hiasan, kotak dan bekas makanan.
Sumber:https://www.mstar.com.my/
Ada sesetengah bahan yang memang tak sesuai langsung untuk disimpan didalam peti sejuk. Dan mungkin anda juga tidak sedar yang selama ini anda telah praktikkan rutin yang salah. Jadi mari kita semak bersama apa bahan makanan yang tidak perlu disimpan dalam peti ais.
1. Bawang
Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan peti sejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang
kering.
2. Kentang
Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar petisejuk dalam keadaan kering.
3. Sos
Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.
4. Roti
Menyimpan roti dalam petisejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.
5. Makanan dalam tin
Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
6. Makanan panas
Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.
7. Rempah ratus
Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.
8. Mentega
Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.
9. Madu
Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.
10. Kopi
Cara terbaik untuk menyimpan kopi adalah dalam bekas kedap udara pada suhu bilik. Apabila ia sejuk, aroma kopi boleh hilang bahkan membina pemeluwapan yang boleh merosakkan kopi kisar.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Idea acuan kiub ais beku buatan sendiri dengan penutup peti ais kekisi ais kotak ais komersial dulang ais beku
UNTUK PEMBELIAN BOLEH KLIK DI SINI
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI