Lampu meja ibarat kunang-kunang yang memberi biasan cahaya indah dan pada masa yang sama tidak terlalu terang. Cukup dengan memberi suasana selesa dan sedap memandang. Malah kini rekaan lampu meja juga telah banyak berubah. Kita sebelum ini acap kali disajikan dengan idea lampu meja klasik, berterendak dan berbalang. Kini ada yang boleh di klipkan, ada yang seperti lampu kerja , ada yang meminjam idea lampu jalan, bumbung kediaman oriental, buju, bulat dan pelbagai lagi
Pun begitu anda sebagai tuan rumah kena bijak memilih. Biar padan dengan ata hias keseluruhannya. Masakan lampu moden untuk tata hias klasik? Atau sebaliknya. Ia pasati akan nampak pelik dan tidak sedap dipandang. Selalunya molek dihias sepasang baik di meja kopi, meja sisi katil, meja konsol dan sebagainya. Apa yang penting keserasian rekaan itu perli memberi satu kesempurnaan dalam tata hias keseluruhannya.