lipas

Lipas, rumah bersih macam mana pun tetap ada. Habitat yang sesuai untuk lipas adalah kawasan yang gelap dan lembap seperti dalam almari dapur. Ditambah pula dengan sumber makanan yang banyak. Lagi lah sesuai menjadi tempat pertapaan lipas dalam tempoh yang lama.

Kebiasaannya, habitat lipas adalah di dalam almari dapur, almari baju dan sofa. Macam tak percaya kan sofa? bagi sofa lama yang mempunyai struktur kosong, kebiasaanya ia menjadi habitat paling digeamri lipas terutamanya apabila sofa tersebut jarang di pindahkan . Kalau nampak kewujudan habuk hitam di bawah sofa, itu petanda lipas sudah mula bersarang.

Selain penggunaan racun serangga yang mungkin akan mengundang bahaya kepada kesihatan tanpa anda sedari, apa kata guna resepi mudah dari bahan dapur yang memang mujarab ni.

UMPAN LIPAS

BAHAN BAHAN :

1 sudu makan baking soda
1 sudu makan gula

Ads

CARA-CARANYA:

Mudah sahaja, campurkan kedua-dua bahan tersebut di dalam satu bekas dan gaul rata. Letakkan atau taburkan bahan campuran tadi di tempat yang anda rasa berpotensi menjadi tempat laluan lipas.

NOTA:

Gula akan menarik minat lipas untuk makan dan baking soda ni akan membunuh lipas secara senyap.

Ads

Mesti Baca:‘Hartanah Overhang’ Membimbangkan, Banyak Rumah Siap Dibina Bawah RM300K Tak Dapat Terjual!
Baca Lagi Di Sini:Jual Beli Hartanah, Jangan Sampai Tertipu, Elok Dapatkan Khidmat Nasihat Peguam/Ejen
Artikel Menarik:Beli Hartanah Tapi Tak Boleh Pindah Milik Nama Anda? Peguam Ini Kongsi Cara Yang Boleh Anda Buat

Ads

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI