Untuk Perabot Rotan Kekal Cantik Dan Tahan Lebih Lama, Ikut 5 Petua Ini

Share

Rotan merupakan bahan semulajadi yang boleh diperbaharui dengan mudah. Ia tumbuh di kawasan tropika sekitar Afrika, Asia dan Australasia. Kerana sifat rotan yang ringan, tahan lama dan agak fleksibel, ia digunakan untuk pelbagai tujuan seperti dijadikan perabot, kraf tangan, dan juga bahan bangunan. Rotan menjadi sumber pilihan yang mendapat permintaan tinggi di Asia Selatan dan Asia Tenggara kerana ia lebih mudah dan cepat matang berbanding pokok untuk mendapatkan kayu.

Perabot dan aksesori rotan bukan sahaja kelihatan cantik malah ia juga tahan lama, jadi kebanyakan perabot rotan hanya memerlukan pembersihan dan penjagaan asas untuk mengekalkan kekuatan dan warna semulajadi nya. Ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk menjaga perabot rotan anda agar kekal cantik seperti hari pertama anda membelinya. Selamat mencuba!

Langkah 1

Bersihkan permukaan perabot dengan kerap. Pembersihan mingguan atau bulanan adalah tempoh yang ideal bagi melindungi dan mencegah kerosakan serius. Bersihkan dengan pencuci pinggan mangkuk yang dicairkan sedikit dengan air. Alirkan air sabun dari atas menggunakan kain lembut dan kemudian lap permukaan perabot tanpa membasahkan kayu. Pastikan air masuk dan gosok ke dalam celah-celah dan alur dengan berus gigi atau berus kecil.

Langkah 2

Walaupun rotan boleh digunakan di luar rumah, adalah lebih baik jika anda tidak meletakkan ia direct dibawah cahaya matahari. Rotan akan lebih cepat rosak jika dibiarkan terlalu lama terdedah diluar rumah tanpa perlindungan.

Langkah 3

Jika terdapat kerosakan minor atau kotoran terpalit, cepat-cepat betulkan atau bersihkan. Gunakan bahan pencuci dan kain untuk gosok keluar kotoran sejurus selepas berlaku. Untuk kerosakan yang lebih serius seperti keretakan atau belahan, cuba rebuskan linseed oil untuk melembap semula bahagian tersebut.

Langkah 4

Adakan aktiviti pembersihan major sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Pembersihan menyeluruh boleh mengelak pengumpulan kotoran dan juga akan menghalang kerosakan yang lebih teruk. Gosok rotan dengan bahan pencuci, menggunakan lebih sedikit air daripada yang anda gunakan untuk pembersihan mingguan. Kemudian keringkan perabot rotan itu secepat mungkin, sama ada dengan menggunakan pengering rambut atau menjemurnya diluar. Akhir sekali, sapukan lapisan syelek atau lacquer

sebagai pelindung perabot sementara menunggu sesi pembersihan seterusnya.

Langkah 5

Jangan lupa letakkan rubber stopper di bawah kaki perabot rotan anda. Ruang antara rotan dengan lantai itu akan mengelakkan kerosakan yang tidak diingini untuk jangka masa yang panjang.

Published by
amalina