Untung Beli Rumah Subsale Perumahan Lama Berbanding Kediaman Baru, Ini Sebabnya. Berbanding membeli kediaman baru di kawasan perumahan yang baru, boleh juga pertimbangkan untuk membeli rumah lelong atau subsale di kawasan perumahan lama yang mempunyai persekitaran yang telah matang dan membangun. Ada beberapa kelebihannya yang tidak dimiliki di kawasan perumahan baru.
Ini antara kelebihannya seperti yang dikongsikan oleh Dr Azizul Azli Ahmad yang merupakan Pensyarah Kanan Seni Bina, serta Pakar Hartanah dan Kewangan sebagai panduan.
Salah satu sebab saya suka beli rumah subsale atau lelong lama ialah ;
Kebanyakkan rumah lama bukaan depan ada 22’0″ atau 24’0″ lebar. Panjang ada yang 75’0 malah ada yang 88’0″ pun ada.
Kebanyakkan ruang dalaman rumah lama ada susun atur ruang unik, privasi, tidak sama dengan kediaman baru. Ada ruang air well juga.
Banyak rumah lama ada siling yang tinggi serta ada ruang cross ventilation bahagian bumbung. Ia mengurangkan haba terperangkap. Rumah lama direkabentuk bukan untuk tujuan pasang penghawa dingin.
Banyak rumah lama yang saya beli melalui lelongan atau subsale masih guna lantai marmar. Lantai batu semulajadi ini kekal sejuk dan baik.
Rekabentuk bumbung tropis masih baik melindungi struktur bangunan rumah agar tak kena cahaya matahari langsung. Ia kurangkan haba panas pada bangunan rumah.
Kebanyakan rumah lama mengunakan bata merah dan bukanya bata pasir. Ia baik untuk pengawalan haba dalam bangunan dan kualiti binaan berbanding kediaman baru.
Berbanding keluasan yang sama, kediaman lama biasanya lebih murah, persekitaran dah matang dan kita ada pilihan.
Kawan kawan,
Ini penilaian umum saya sahaja, hartanah subsale dan lelong biasanya tawarkan 25%-35% lebih rendah dari harga kediaman baru.
Jika kediaman baru harga RM500k, kita dah boleh jimat juga disitu.
Beli mana yang mampu, jangan ikut nafsu orang lain ya.
Azizul Azli Ahmad
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca: Bertahun Menyewa, Usahakan Beli RUMAH SENDIRI Walaupun KECIL Ini Sebabnya!
Baca Lagi Di Sini:
IMPIANA: Ada benarnya, jika ingin menambah aset hartanah, selain beli rumah baru, boleh juga pertimbangkan untuk beli rumah lelong atau subsale lama yang mempunyai matang pada harga yang lebih murah.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.