Seperti kebanyakkan rumah yang lain, sudah tentunya kita mahukan yang terbaik buat kediaman sendiri. Tidak kira lah rumah sendiri ataupun rumah sewa. Apabila tiba waktunya, setiap rumah perlu di’servis’ dari segi keselamatan, dekorasi dan lain-lain.
Antara ruang yang paling kerap memerlukan upgrade ialah tandas atau bilik air kerana kawasannya lembab menggalakkan pertumbuhan lumut dan pelbagai benda kotor. Tetapi tidak semua orang sanggup atau mampu nak lakukan renovasi setiap tahun. Jangan risau, anda juga boleh melakukan touch up sendiri tanpa berbelanja dengan banyak.
Seperti perkongsian dari Encik Auzaie Mahamud di laman FB, beliau hanya DIY menggunakan bahan-bahan bajet untuk memberi tandas di rumahnya nafas baru.
Langkah-langkahnya :
1) Cuci tandas sehingga bersih terlebih dahulu. Gunakan acid untuk hilangkan kotoran dnegan lebih berkesan.
2) Cat Hycote Nippon Pain (coating)
3) Pilihan warna:
-EA4 Nippon Paint (putih) untuk bahagian atas
-EA4 Nippon Paint (hitam) untuk bahagian bawah
4) Lekatkan pelekat jubin dengan corak menarik.
SIAP!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Teknik Susun Atur Dapur Memudahkan Kerja Anda
Susun atur dapur ni jantung rumah, boleh mudahkan tugas siapa yang memasak. IMPIANA sediakan 6 jenis susun atur dapur yang terbaik untuk anda supaya ceria dan seronok je memasak. Jom baca!
Penting Ke Nak Susun Atur Dapur?
Macam mana kita jaga jantung kita supaya dapat berfungsi dengan baik, macam tu jugalah kita patut menjaga jantung rumah kita, iaitu DAPUR!
Kalau susun atur dapur berselerak, tak kemas, tak cantik, nak masak pun tak ada mood kan? Last sekali, bungkus atau makan dekat kedai je. Tapi, rugi tau kalau asyik makan dekat luar.
Satunya sebab membazir, lagi satu, serius cakap kalau masak sendiri lagi-lagi kalau ada keluarga yang nak makan sama memang lagi terasa kesedapan dia tu. Bak kata orang, masak dengan kasih sayang!
Bila dapat buat dapur cantik-cantik, dan ada kelengkapan dapur yang cukup mesti hari-hari rasa nak masak. Kalau boleh, pagi, petang, siang dan malam tu nak masak dan makan dekat rumah je semua!
Dapur ni ada banyak jenis, ada dapur basah dan dapur kering atau nak buat dapur dalam atau luar rumah. Tapi, letaklah banyak mana dapur pun, kalau susun atur tak menarik, tak best juga, kan?
Apakah Jenis Susun Atur Ruang Dapur Yang Ada?
Ada 6 jenis utama susun atur ruang dapur yang selalu dipilih bila hendak membina bahagian dapur. Selalunya ia bergantung pada jenis rumah, saiz dapur dan mengikut keselesaan penghuni rumah.
Ada yang suka dapurnya nampak luas dan minimal kelengkapan dapurnya, tapi ada juga yang lebih suka kalau dapurnya cukup lengkap dengan pelbagai barang dan ada banyak ruang kabinet.
Semuanya bergantung pada anda. Yang penting, anda perlu tahu yang setiap dapur memerlukan tiga pusat kerja yang penting:
- Dapur memasak
- Sinki
- Peti sejuk
Jadi, mari kita tengok dulu apakah jenis susun atur dapur yang ada.
1) Dapur Satu Dinding
Dapur satu dinding adalah susun atur dapur yang sangat sesuai untuk tempat tinggal yang kecil seperti unit studio atau pangsapuri kerana ia menggunakan ruang yang minimum.
Susun atur dapur kecil ni menempatkan ketiga-tiga pusat kerja dalam satu barisan, dengan kabinet dan peralatan memasak yang dipasang pada satu dinding tunggal.
Ada yang mengatakan pusat kerja di dapur tak sepatutnya diletakkan bersebelahan begitu kerana tak ada ruang kosong antara mereka.
Namun, konsep dapur satu dinding ni adalah yang paling murah dan sangat sesuai untuk ruang yang kecil. Memasak juga sangat mudah kerana semuanya senang dicapai.
2) Dapur Bentuk-L
Susun atur dapur ni sesuai untuk rumah yang didiami oleh keluarga kecil, dan mungkin juga untuk mereka yang mempunyai ruang lantai dapur yang tak terlalu besar.
Ia menggunakan dua dinding dalam bentuk-L untuk meletakkan kabinet, countertop, dan peralatan dapur.
Ketiga-tiga pusat kerja dapur juga diintegrasi dengan cekap dalam dapur bentuk-L untuk memudahkan proses memasak anda.
Jika anda masih ada ruang kosong, anda juga boleh menambahkan meja makan kecil atau pulau mengikut kesesuaian ruang anda, barulah nampak cantik je susun atur dapur anda tu!
3) Dapur Bentuk-U
Design dapur bentuk-U pula mempunyai tiga dinding kabinet dan peralatan. Jika anda mempunyai ruang dapur yang besar atau mungkin menghabiskan banyak masa di dapur inilah susun atur yang anda mahu.
Ia menyediakan tempat kerja yang lebih besar, dengan kaunter dan ruang kabinet tambaham Pusat kerja dapur juga sangat berkesan kerana susun atur ni membantu menjimatkan masa dan tenaga ketika memasak.
4) Dapur Peninsula atau Bentuk-G
Dapur Peninsula selalunya direka dengan pulau yang bersambung. Ruang ekstra ni selalunya digunakan sebagai meja sementara, ruang penyimpanan atau tempat makan.
Berbeza dengan pulau yang selalu diletakkan di dapur tu, ruang ni boleh diakses dari tiga sisi sahaja.
Pada yang teringin untuk menambahkan pulau di dapur mungkin boleh menggunakan susun atur dapur ni kerana anda juga boleh menggunakan ruang tu untuk menyediakan bahan masakan.
5) Dapur Dengan Pulau (Island)
Susun atur dapur menggunakan pulau akan memberikan anda lebih banyak ruang untuk bekerja dan menyimpan jadi nak masak pun rasa lagi mudah.
Pulau ni boleh digunakan untuk ruang kabinet, perkakas, sink, kaunter, atau tempat makan.
Jika anda menambahkan pulau pada dapur bentuk-L ia akan menjadi seperti dapur bentuk-U, dan kalau pulau ditambah pada dapur satu dinding, ianya terus akan menjadi seperti dapur design galei. Menarikkan?
Ada juga design terbaru di mana susun aturnya meletakkan dua pulau dalam satu dapur, seperti gambar di bawah.
Ini hanya praktikal untuk ruang dapur yang sangat luas, dan mungkin kalau ada ramai yang suka memasak dalam rumah anda.
Jika tak digunakan sebagai tempat penyediaan untuk memasak pun, mungkin satu lagi pulau ekstra boleh dijadikan tempat anak makan dan bermain ketika anda sibuk di dapur.
Walau bagaimanapun, sebelum anda menambahkan pulau ni, pastikan dulu yang ruangan dapur anda memang cukup besar.
6) Dapur Galei (Galley)
Dapur design galei adalah salah satu susunan yang paling cekap. Ia juga dikenali sebagai dapur selari dan sangat sesuai untuk ruangan yang kecil kerana dapat menjimatkan ruang lantai.
Susun atur dapur jenis ni menggunakan dua dinding yang bertentangan antara satu sama lain, yang mewujudkan satu jalan di tengah-tengah.
Semua bahan yang diperlukan ketika memasak boleh diambil dengan mudah dan pusat kerja juga diletak dalam posisi yang praktikal.
Jika masih ada ruang yang besar di bahagian tengah, anda juga boleh menambahkan pulau untuk membuatkan dapur anda nampak lebih moden.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(VIDEO) Tip Dan Rahsia Cekodok Bilis Tanpa Bahan Premium Rangup Sampai Esok
MCO 3.0 bermula 1 Jun 2021. Lebih banyaksekatan perjalanan dan sosial dilakukan untuk membendung penualran wabak Cocid-19. Ini bermakna, lebih lama lah masa kita bertapa di dalam rumah. Bagi Mak-mak sudah pasti, dapur beroperasi seperti kedai mamak.
Antara menu paling mudah, tapi mendapat permintaan tinggi adalah cekodok. Tapi, cekodok ni kalau dah sejuk selalunya tak garing. Kalau tak garing, memang kurang seera dan enak nak makan cekodok walaupun menggunakan bahan premium dan sos mahal.
Nak tahu resepi cekodok rangup dan ringkas? boleh tonton video yang disediakan oleh
Ummi AtiyahAtif’s Kitchen
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Masih Mencari Pasu Bunga ‘Premium’ Dengan Harga Yang Berpatutan? Boleh Singgah Di Kedai The Pot Concept!
Masih lagi mencari pasu bunga yang premium supaya dekorasi laman dan hiasan dalaman rumah tampak lebih mewah? Ini satu khabar berita gembira buat anda!
Baru-baru ini, IMPIANA telah berkesempatan untuk singgah di sebuah pusat membeli-belah, Tropicana Gardens Mall yang terletak di Kota Damansara.
Kemudian, terjumpa pula sebuah kedai bernama The Pot Concept yang menjual pelbagai jenis, bentuk dan rekaan pasu bunga yang menarik di sini.
Bukan sahaja ada pelbagai rekaan yang menarik, malah semua pasu bunga yang dijual di kedai berkenaan memang tidak dinafikan tampak cantik dan sungguh mewah.
Harga pasu bunga yang dijual di sini berbeza-beza mengikut jenis bentuk, saiz dan rekaan. Meski harga yang dijual agak sedikit mahal berbanding kedai lain di pasaran luar, namun kesemua pasu bunga yang dijual di sini semuanya berkualiti tinggi dan harga berpatutan.
Jadi apa salahnya berbelanja lebih bagi mendapatkan pasu bunga yang premium dan berkualiti tinggi, baru lah dekorasi laman dan hiasan dalaman rumah anda tampak lebih cantik sehingga memukau mata tetamu yang datang!
Kalau dah semuanya cantik-cantik belaka, memang rambang mata dibuatnya sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Jadi, sekiranya anda masih mencari-cari pasu bunga yang ‘premium’ dan cantik, boleh lah cepat-cepat singgah di kedai The Pot Concept sekarang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Nak Beli ‘Wing Chair’ Tapi Tak Tahu Nak Pilih Mana Yang Sesuai? Ini Tips Untuk Anda!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI