Ikuti beberapa tip yang kami ingin kongsikan dalam membantu menguruskan ruang dapur sempit anda dengan baik.
1. Ketahui kedudukan jarak tempat anda memasak dan menyediakan makanan. Barangan yang sentiasa digunakan untuk penyediaan makanan harus diletakkan berhampiran. Ia akan memudahkan penyimpanan, selain memberi keselesaan buat anda tanpa perlu bergerak jauh.
2. Di manakah anda boleh mencari ruang penyimpanan tambahan? Cari semua ruang-ruang yang tersembunyi seperti di atas almari dinding dan belakang pintu kabinet.
3. Mana-mana peralatan untuk membuat biskut atau kek yang hanya digunakan sekali-sekala boleh disimpan di satu tempat seperti di dalam laci. Ia bukan sahaja memudahkan anda mencari barangan tersebut malah lebih kemas.
4.Penyimpanan seperti pinggan atau mangkuk tambahan boleh disusun secara bertindih di dalam laci yang di buat khas. Ia menjimatkan ruang yang terhad.
5. Bekas penyimpanan harus disusun mengikut saiz yang betul untuk disesuaikan dengan peralatan dapur. Ia akan memberi lebih paparan menarik dan praktikal untuk digunakan.
6. Ruang hadapan atau mungkin juga belakang pintu jangan dipandang kosong. Ia boleh digunakan untuk tujuan menyangkut apron atau tuala tangan.
7. Sudu dan garpu diletakkan pada satu bekas di dalam laci.
8. Barang-barang yang kerap digunakan andai tidak ada lagi ruang di dalam kabinet sebaiknya di gantung sahaja pada bahagian dinding. Bina sebuah atau para untuk meletakkan barangan dapur dengan kemas.
9. Bakul rotan menjadi suatu daya tarikan apabila diletakkan di ruang dapur. Ia menjadi pilihan selain laci yang sedia ada.
10. Simpan makanan dalam bekas pelbagai saiz mampu menjimatkan ruang di dapur. Dengan pelbagai corak dan warna menjadikan ruang penstoran lebih ceria. Selain itu, ia juga praktikal dan selamat untuk digunakan.
Mesti Baca:5 Kesilapan Besar Yang Wajib Anda Jauhi Ketika Mengubahsuai Rumah
Baca Lagi Di Sini:Ubahsuai Rumah Flat 30 Tahun Dengan Sentuhan Kontemporari Dan Tropikal Ini menarik!
Artikel Menarik:Sebelum Pindah Masuk Atau Ubahsuai Rumah Baru, Wajib Periksa 10 “Defect” Ni Dulu
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI