Ada sebabnya pada peringkat usia masih muda disarankan menyewa kediaman terlebih dahulu, simpan duit dan pada umur 40 tahun baru belilah rumah.
Bukan apa, jangan terburu-buru untuk memiliki kediaman sendiri apatah lagi dengan pinjaman penuh dari bank.
Memiliki rumah adalah satu kebanggaan kepada banyak orang. Awas, Panjang
Tapi memiliki rumah sendiri bukanlah satu kewajiban. Berteduh di bawah bumbung adalah satu kewajiban.
Kecuali anda ialah peminat Manchester United. Selamanya terperuk di dalam gua yang lembab.
Kalau korang tanya Abe, “Patutkan saya sewa atau beli rumah sendiri?” Ini jawaban ringkas Abe.
Antara usia 23 tahun dan 40 tahun, sewalah rumah.
Pada usia itu anda masih muda dan kerjaya anda belum lagi stabil.
Anda mungkin perlu melompat-lompat dari satu syarikat ke syarikat yang lain. Fokus anda ialah untuk meningkatkan pendapatan anda.
Jadi anda tak mahu potensi kenaikan pendapatan anda diikat dengan bebanan rumah sendiri.
Cubalah sewa rumah dengan sewaan hanyalah 12.5% daripada pendapatan bersih anda dan pasangan anda.
Mungkin pada peringkat awal, anda perlukan lebih daripada 12.5% itu. Tapi setiap tahun cubalah cari kenaikan gaji dan pendapatan dan capai sasaran sewa 12.5% itu secepat mungkin.
12.5% lagi simpanlah di instrumen jangka masa panjang melebihi 5 tahun seperti di MIGA-i, AHB, dan dana unit amanah yang ada kandungan saham patuh shariah dari USA.
Kalau anda pandai melabur saham, melaburlah.
Anda patut sasarkan beli rumah pada usia 40 tahun.Seeloknya simpanlah duit sehingga anda mampu belinya secara tunai.
Namun, kalau jalan ini tidak mampu anda capai,
Pada usia itu, kalau anda berjaya simpan 12.5% daripada gaji bersih anda dan pasangan anda,
anda patut dah ada cukup wang untuk bayar cengkeram rumah idaman anda sebesar mungkin.
Cubalah ada 40% daripada harga rumah itu untuk wang deposit itu.
Anda perlukan lagi dalam 5% ke 10% daripada harga rumah untuk kos guaman dan duti setem dan sebagainya.
Kemudian buatlah pinjaman perumahan untuk tempoh 15 tahun.
Ansuran itu tidak boleh melebihi 25% daripada pendapatan bersih anda dan pasangan anda pada usia 40 tahun itu.
Kemudian, langsaikanlah hutang 15 tahun tu secepat mungkin sebelum anda mencecah usia persaraan.
Banyak orang masih berhutang dengan bank walaupun sudah berusia 69 tahun.
Sebab kadar sewaan pun akan terus-menerus meningkat akibat faktor inflasi.
Baru-baru ini Abe terbaca kajian yang kadar sewaan rumah di negara kita sudah mulai naik.
Ini mungkin kerana dah banyak dah pelabur ‘extreme’ sudah hilang dari radar pelaburan hartanah. Dah tak sebanyak macam zaman ‘bull market dahulu.’
Namun populasi semakin meningkat terutamanya di Lembah Klang.
Di tambah dengan masalah kenaikan tarif elektrik yang menghenjut kos pembukaan lampu di parking lot dan tempat awam, kebanyakan kos penyelenggaraan turut meningkat.
Jadi jika anda menyewa sehingga akhir hayat, anda mungkin akan terpaksa menanggung kos kenaikan sewa ini.
Dalam Perbankan Islam, ada benda yang dipanggil kadar keuntungan bank.
Lagi panjang tempoh pembiayaan rumah itu, makin besar laba untuk bank.
Di tambah pula bank di Malaysia mengamalkan kiraan ‘Rules of 78’. Memang agak kejam bagi Abe.
Pada peringkat awal, majoriti duit ansuran itu hanya masuk ke dalam poket bank. Anda pulak yang jadi hamba bank.
Kadang-kala adalah lebih baik anda menyewa daripada belanja bank sebegitu sahaja.
Ambil contoh kawasan kejiranan Abe ni di Setia Eco Park ini.
Harga rumah 2 juta ke atas. Kalau ansuran bank biasa, sebulan adalah keluar 9 ribu Ringgit.
Jadi dalam tempoh 30 tahun, anda bayar 3.24 juta Ringgit.
Tapi kalau anda sewa mungkin dalam RM 3000 ke RM 5000 sahaja.
Sebab itulah, kalau boleh sewalah dulu semasa anda muda. Lompat kerja, cari pendapatan sampingan.
Sewa rumah dulu tapi anda mesti kena simpan duit.
Masalahnya anda tak menyimpan pun. Abe tahulah, Abe kan perunding unit amanah.
Jadi simpan dan laburlah duit itu dan gabungkan dengan wang dari akaun 2 KWSP anda dan belilah rumah pada usia 40 tahun.
Kalau anda gigih menyimpan, tak mustahil pun anda boleh beli rumah pertama anda tanpa berhutang dengan bank.
Tapi kalau nak buat hutang juga, buatlah ansuran selama 15 tahun sahaja dan tak lebih 25% pendapatan bersih anda dan pasangan anda.
Janganlah menyewa sampai mati kalau boleh kecuali anda memang ada pendapatan pasif yang besar yang mampu menampung hari tua anda.
Dengan menyewa pada usia muda, anda tak perlu bayar kadar keuntungan bank yang boleh berubah-ubah mengikut OPR, kos baiki rumah, kos takaful kebakaran, cukai pintu, cukai tanah, yuran pengelenggaraan, dan lain-lain lagi. Inilah yang kita panggil ‘phantom cost’.
Tapi kata kuncinya ialah, anda kena simpan dan labur duit. Kalau tidak, sia-sialah anda menyewa semasa anda muda.
Semoga post ini bermanfaat. Sehingga ke coretan seterusnya, selamat merancang demi masa depan anda
Mesti Baca:Isteri Bosan Hadap Pemandangan Sama, Suami Bina Rumah Boleh Berpusing 360 Darjah!
Baca Lagi Di Sini:Habis Bayar Ansuran, Jangan Ingat RUMAH Terus Jadi Milik Kita!
Artikel Menarik:Bina Rumah Atas Tanah Sendiri, Cari Arkitek Dulu Bukan Kontraktor!
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat menjadi panduan bagi yang masih berkira-kira sama ada untuk menyewa atau beli rumah sendiri.
Sumber: Abe Nazz Zain
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.