Seperti sedia maklum, idea dan konsep bagi rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti ini adalah untuk mengetengahkan hasil dekorasi makeover di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan.
Jika siaran episod Impiana Makeover Ruang Selebriti sebelum ini, kita telah menyaksikan pelakon dan penyanyi terkenal Alif Satar menghadiahkan hasil dekorasi makeover istimewa khas buat pengurusnya.
Bagi episod ketujuh rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture kali ini pula telah menyaksikan pelakon terkenal, Vanidah Imran sebagai selebriti pilihan untuk episod kali ini.
Bintang filem The Red Kebaya ini juga telah sama membuat satu langkah kelainan dengan memutuskan untuk menghadiahkan hasil dekorasi makeover istimewa tersebut kepada pengurusnya yang lebih mesra disapa Kak Su.
Jelas Vanidah, hadiah pemberian istimewa ini adalah sebagai tanda penghargaan buat Kak Sue setelah berkhidmat sebagai pengurusnya selama 14 tahun.
Ads
Dalam episod kali ini, ruang tamu dan makan di kediaman pengurusnya telah dipilih sebagai ruang pilihan bagi melakukan transisi perubahan hasil dekorasi yang sedia ada.
Ketika sesi temu bual perbincangan oleh hos rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, Catriona Ross di samping pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus bersama pengasas Ella Furniture, Puan Ella Alway telah mencadangkan pemilihan perabot sofa yang berwarna terang untuk tampak kelainan pada ruang dalaman kediaman tersebut.
Ads
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan Vanidah Imran? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Siapakah pula selebriti pilihan untuk episod akan datang? Jadi jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Kediaman impian yang sempurna adalah subjektif dan tertakluk pada pelbagai faktor yang mempengaruhi gaya hidup dan kemampuan pemilik. Seperti yang dibuktikan lelaki bujang ini, dengan bajet kurang dari RM1,000 rumah flat 2 biliknya berjaya ditatarias menjadi lebih menarik dan selesa. Menurut saudara Muhd Faddie, rumah ini siap didekor dalam masa 2 hingga 3 bulan sahaja.
Keadaan kediaman sebelum dihias
SELEPAS
Bagi mendapatkan kediaman yang lebih selesa, teratur serta menarik, pemilik telah memilih konsep dan warna-warna yang bersesuaian dengan personalitinya.
Pemilik juga dapat berjimat dan mengurangkan kos perbelanjaan dengan menggunakan semula barangan terpakai yang masih elok selain membeli perabot “second hand” yang baginya masih bagus dan berbaloi.
Untuk mendapatkan dinding tumpu yang menarik, ada terdapat pelbagai seni reka yang boleh dijadikan pilihan antaranya termasuklah “wall panelling” yang merangkumi wainscoting, beading, shiplap dan lain-lain.
Bagi memberi karakter pada ruang tamu kediaman mereka, pasangan ini telah DIY sendiri panel kayu pada dinding dengan kos sekitar RM300 sahaja!
Projek ini mengambil masa 3 hari dan pemilihan warna hitam merupakan persetujuan kedua-dua Puan Azleen dan suami kerana baginya rona ini memberi kelaianan dan memberikan impak yang dramatik pada ruang.
Saja nak share sebab aritu xsempat nk share projek dinding DIY laki bini
Guna kayu jenis sebatang panjang 6kaki saiz 1 inci x 1/2 inci
Ukuran dinding – 26 kaki x 8 kaki jenuh woi nk buat guna 40 batang kayu
Kayu jangan lupa gosok dulu dengan kertas pasir bagi dia licin baru cantik kan.
Gam dan filler pulak bole refer gambar. Cat kami guna Jotun Majestic Matt colour Black.
DINDING SEBELUM
ALATAN YANG DIPERLUKAN
PROSES
HASILNYA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Salah satu aspek yang paling penting untuk mempunyai kediaman yang nyaman dan bahagia ialah kebersihan lantai dan permaidani. Walaupun terletak pada bahagian paling bawah, tetapi kita tidak boleh mengambil mudah dan tidak membersih permaidani dan lantai . Buat para ibu atau pemilik rumah yang prihatin dan peka, pastinya hal kebersihan dan penyelenggaraan dilakukan agar lantai rumah sentisa nampak baru dan bersih.
Membaik pulih permiadani yang terkena api puntung rokok.
Untuk permaidani yang terbakar sedikit akibat terkena puntung rokok, jangan khwatir, anda masih boleh guna permaidani tersebut dengan mengikut kaedah mudah ini.Pertama sekali, potong bahagian yang terbakar menggunakan gunting kecil yang tajam. Lakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan daripada tergunting terlalu dalam. Selepas digunting dengan cermat, sapukan cecair pencuci pada bahagian yang rosak, diikuti cairan cuka makanan sebelum ditekapkan dengan lapisan tisu atau kain bersih yang akan menyerap di atas permukaan bahagian berkenaan. Kemudian biar sehingga kering.
Menaggalkan kesan hitam dari tumit kasut pada lantai.
Anda boleh gunakan cara yang paling simple untuk mengembalikan kilatan lantai jubin yang telah dikotori kesan hitam menjengkelkan tersebut dengan menggunakan pemadam getah sahaja. Kemudian sapu habuk pemadam yang tinggal and you are good to go. Mudah kan?!
Hapuskan tompokan kotoran di atas permaidani tebal.
Cuba gunakan pewarna yang sama dengan warna latar permaidani tersebut. Campurkan pewarnadengan air panas bagi menghasilkan perekat nipis. Kemudian, sapukan pada tompok kotoran yang mencacatkan permaidani anda. Biasanya cara ini akan memberikan hasil yang memuaskan.
Menutup kesan calar yang dalam pada lantai kayu.
Isikan ‘longkang’ pada kesan calar yang dalam itu dengan kayu plastik. Bahan pengganti itu mestilah mempunyai warna yang sama atau mirip dengan kayu asal. Anda perlu melakukan beberapa try and error sebelum dapat warna yang benar-benar sepadan. Setelah plastik tersebut lekat dan kukuh, gosok permukaan dengan kertas pasir perlahan-lahan supaya lantai kembali licin dan rata.
Membetulkan bucu permaidani yang ‘melentik’.
Jahitkan sehelai kanvas dibawah bahagian bucu permaidani yang bermasalah. Ini akan menyebabkan permaidani tersebut ‘jatuh’ selain dapat membantu permaidani untuk tahan lebih lama.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.