Berita

Vida Jelas Isu Hutang RM1 Juta Dengan Syarikat Kontraktor – “Kontraktor Enjoy Makan Duit Dulu, Kerja Tak Siap..”

Share

Tular baru-baru ini, barangan usahawan kosmetik sensasi termasuk keseluruhan barangan milik Datuk Seri Vida beserta empat buah kereta mewah disita Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur gara-gara hutang bernilai RM1 Juta.

Isu gagal menjelaskan bayaran baki tertunggak

Terpanggil untuk menjelaskan isu ini, Datuk Seri Vida memberitahu pihak kontraktor enjoy makan duit dulu dan tidak menyiapkan kerja antara punca timbulnya isu gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat, Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018.

Pemilik nama Hasmiza Othman, 53, berkata, buat masa sekarang dia meminta orang ramai untuk terus bersabar bagi mendengar penjelasan sebenar.

Vida yang kini berada di Shanghai, China berkata, sekembalinya ke tanah air, dia akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan kemelut yang menghimpit dirinya.

“Sabar, saya sekarang berada di luar negara, balik Malaysia nanti saya jawab dari A sampai Z.
“Sekarang saya cuma boleh cakap, biasanya projek bayar dulu bukan buat dulu baru claim. Dalam kes saya, kontraktor ‘enjoy’ makan duit dulu, kerja tak siap,”katanya.

Untuk info, syarikat berkenaan dikatakan telah bekerjasama dengan Vida bagi melakukan pengubahsuaian bangunan pejabatnya, Vida All Star Studio bertempat di Elite Industrial Park Seksyen 33, Shah Alam.

IMPIANA : Tak pasal-pasal barang DSV nak kena sita, kita tunggu jela tuan badan balik Malaysia nanti!

Mesti Baca: Nubhan Beri Kejutan, Cantik Hasil Renovasi Dapur Baru ‘Mak Jenny’
Baca Lagi Di Sini: Jual Rumah Teres Beli Rumah Flat Keluasan 753kps, Makeover Cantik & Selesa!


Artikel Menarik: Transformasi Rumah Flat 650 Kaki Persegi, Dekorasi Simple Tampak Elegan & ‘Cozy’!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Nana