Lampu untuk kegunaan outdoor  harganya memang agak mahal kerana ia mempunyai ciri-ciri perlindungan khas terutamanya apabila terkena air. Di pasaran, harga sebiji lampu LED untuk outdoor mahu mencapai RM 14-15. Itu pun saiz nya kecil sahaja.

Bagi mereka yang nak pencahayaan extra tapi masih menjimatkan duit, Boleh cuba DIY lampu LED dengan menggunakan Cable raceway atau cable tray Sebagai kaki lampu.

1. Potong cable tray atau cable raceway sebagai kaki lampu pada ukuran 50cm untuk setiap satu.

2. Tebuk dua lubang di bahagian bawah sebagai ruang untuk meletakkan batang skru sebagai kaki pemegang pada tanah

3. Pasang dua batang skru 1.2 inci pada lubang yang telah di tebuk tadi secara bertentangan. Skru ini berfungsi untuk mengukuhkan pegangan batang lampu pada tanah supaya tidak mudah tercabut atau tumbang.

4. Potong LED Strip pada ukuran 15cm panjang untuk setiap satu.

5. buang atau potong sedikit lapisan isolation untuk memudahkan sambungan wayar pada bahagian lampu.

6. Solder Wayar pada bahagian lampu LED yang telah di buangkan isolation 

7. Gunakan tiub getah untuk melindungi bahagian sambungan.

8. Tampalkan LED Rope yang telah siap bersambung dengan wayar tadi di dalam bekas cable atau cable tray yang telah dipasangkan kaki tadi 

9. Tutupkan cable tray dengan penutup yang tersedia. Dah siap. Boleh dipasangkan pada laman anda