(VIDEO) Cara Hilangkan Karat Pada Sinki Tanpa Perlu Menyental

Share

Kebanyakkan punca penyakit adalah dari makanan. Bukan sekadar disebabkan oleh makanan yang terdedah boleh mengakibatkan penyakit, malah cara dan ruang kendalian yang digunakan turut mempengaruhi kebersihan makanan itu. Oleh itu, untuk memastikan sesuatu makanan selamat dan bersih, perkara pertama yang perlu diperhatikan adalah dapur.

Dapur antara agen paling mudah menyebarkan penyakit walaupun pada mata kasarnya ia kelihatan bersih. Oleh itu, sekecil-kecil perkara terutamanya kebersihan perlu diperhati. Antara tempat atau ruang yang ada kalanya kita tak perasan masih kotor adalah pada meja atau countertop

, papan pemotong, pisau dan pelbagai lagi. Namun, yang paling dilupakan adalah sinki.

Sinki adalah tempat paling mudah menjadi habitat bakteria yang mengundang penyakit kerana ia sentiasa dalam keadaan lembap. Ramai ingat, sinki yang digunakan untuk mencuci paling bersih di antara ruang lain di dapur kerana ia kerap dicuci. Hakikatnya ada masalah lain. Antara masalah yang kurang diteliliti pada sinki adalah karat. Karat kalau tidak diselesaikan cepat bukan sekadar mencemarkan makanan, malah berbahaya kepada keselamatan.

Selain itu juga, masalah kesan klorin atau bahasa sains nya hard water

. Klorin lama kelamaan jika ia bertindak dengan material seperti besi atau aluminium, ia akan meninggalkan kesan keputihan atau bercapuk. Lama kelamaan, sinki yang berkilat tadi akan cepat menjadi kusam dan kelihatan buruk. Bila penjagaan tidak dilakukan segera, maka kesan klorin tadi akan susah untuk dibersihkan. Maka, akan berlakulah kerja-kerja menyental dengan kuat. Bila dah sental dengan sepenuh hati, sudah pasti permukaan sinki tadi akan calar.

Tahukah anda, permukaan sinki yang bercalar tadi akan menjadi habitat bakteria? Haaa! terkejutkan. Jadi bagi mengatasi masalah ini berlaku, apa kata anda bersihkan kesan klorin pada sinki dengan cara yang dipaparkan dalam video ini. Hanay gunakan bahan dapur sahaja, kesan klorin tidak perlu disental.

 

Selain itu juga, masalah sinki tersumbat memang ramai yang selalu alami. Tapi ramai yang tidak tahu ada cara mudah untuk atasi masalah sinki tersumbat. Caranya ialah hanya gunakan baking soda dan juga cuka makan. [klik sini] 

Published by
Impiana