Cawan seramik mahupun kaca, bila kerap digunakan akan menyebabkan wujudnya lapisan kerak yang melekat dan sukar untuk tanggalkan. Lapisan tersebut terkesan oleh pewarna yang hadir di dalam minuman seperti teh dan kopi. Ia sangat sukar untuk ditanggalkan jika hanya dengan menggunkan bahan pencuci pinggan biasa. Jika di biarkan, permukaan kerak terbentuk semakin gelap. Bukan itu sahaja, ia akan menjadi habitat kepada organisma yang berbahaya.
Untuk menghilangkan permukaan kerak tebal di dalam cawan, ramai menggunkan peluntur. Memang lah bersih, tapi tanpa anda sedari ia mengundang atau memberi ancaman lain kepada kesihatan. Peluntur tersebut berkemungkinan akan menyebabkan tidak balas terhadap bahan yang digunakan untuk membuat cawan seperti lapisan kalis air dan sebagainya.
Sebenarnya, ada cara paling mudah dan tidak melibatkan bahan kimia untuk mencuci kerak di dalam cawan. Apa yang anda perlukan adalah garam. Untuk cara mencuci kerak tersebut sila tonton video yang disediakan
https://www.youtube.com/watch?v=OYZ4Wtid6XM
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dekorasi Kediaman Ni Tak Ada Sentuhan Pakar Pun Nampak Cantik
Kediaman ini dihiasi ikut minat, tanpa sentuhan pakar. Mengenali Puan Rozita Mohd Nor, 11 tahun lalu masih membuatkan hati tertarik dengan kejelitaan dan keayuan wanita ini. Memiliki susuk tubuh kecil molek dan ramah ini membuat sesiapa sahaja senang bersama beliau. Hati terpanggil untuk bertanya khabar sahabat lama ini dan ingin menjengahnya kediaman milik peribadinya yang terletak di Shah Alam ternyata disambut dengan baik.
Walaupun pendemik Covid masih menghatui kita semua, saya masih menjaga SOP yang ditetapkan sebelum melawat ke kediaman Puan Rozita yang mesra dengan panggilan Kak Ogy. Ternyata bila sampai di rumah beliau saya dan team IMPIANA di sambut baik dengan senyuman yang menawan di muka pintu rumah beliau. Kak Ogy ini memang tak lokek dek senyuman.
Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah, halaman rumah beliau sudah menarik perhatian saya dan team. Lihat sahaja jubin laluan sebelum tiba ke dalam rumah sudah memiliki citarasa yang menakjubkan. Jubin hitam dan putih dengan susunan retro membuatkan lalaun ini nampak lebih grand. Pintu masuk terbuka luas menyambut kami team IMPIANA. Perkataan pertama masuk kedalam ruang rumah ini adalah WOW! Macam pergi resort. Tersenyum Kak Ogy bila di usik begitu. Semangnya kediaman beliau kelihatan seakan gaya resort penggunaan sofa dan kemasan dinding yang mengenakan elemen kayu berwarna gelap serta fabrik putih pada material pilihan sofa serta langsir membuatkan ruang dalam kediamannya terasa nyaman dan tenang.
Bagi beliau konsep “evergreen” konsep yang tak lapuk dek zaman ini adalah konsep pilihan beliau dan suami. Pasangan ini cukup romatik jika anda follow Instagram beliau di @rztmhdnr, Kak Ogy adalah seorang gemar melancong sebelum musim pendemik ini semerata negara beliau akan jelajah. Di sinilah mulanya inspirasi menghias kediaman tercipta. ” Bila pergi melancong negara orang ini lah saat terindah, Kak Ogy akan bayangkan konsep yang mana akak suka dan boleh buat dekat rumah. Bila balik Malaysia projek dekor dan hias rumah pun mula la, cerita Kak Ogy”.
Baginya biarlah berdikit-dikit berbelanja untuk menghias ini, tidak perlu membeli barang yang mahal pun kalau nak rumah yang cantik kena pandai dan bijak memilih perhiasan sahaja. Kak Ogy adalah seorang yang pentingkan kualiti dan praktikaliti dalam menghias. Jika dilihat set sofa rumahnya ini sudah tahu pasti cukup berkualiti tinggi. Manakan tidak usia sofa ini sudah lebih 5 tahun bersamanya dan masih cantik dan tersergam indah dalam ruang tamunya.
Sebalik ruang tamu utama terdapar ruang makan yang dibina seperti glass house, ruang makan ini terus melihat halaman rumahnya cukup indah. terdapat juga pintu yang boleh menembusi ruang dapur.
Menyusuri ruang santai yang terletak bersebelahan ruang tamu ini membawa rasa yang lebih tenang pemilihan kemasan dinding wainscoting dikenakan pada ruang tamu utama dan santai sahaja. Ini sudah memberi elemen kalsik Eropah dalam tema sentuhan kediaman beliau. Laluan ruang santai ini membawa terus ke ruang dapur Kak Ogy.
Setiba ke ruang dapurnya pula, perkataan pertama yang terkeluar adalah WOW! Cukup luas dengan susunan kabinet dapur yang teratur dan cukup mengena dengan konsep Klasik Eropah. Tidak terlalu old school dalam sentuhan tetapi ia menyuntik rasa harmoni dan elegan dalam setiap sentuhan dalam ruang dapur beliau. Terdapat satu sudut yang dicipta seakan berada di sebuah cafe hipster dengan rimbunan juntaian pokok money plant yang menghiasi ruang itu membuatkan ia rasa di ruang yang lain.
Kediaman jenis Banglo ini dihiasi dengan cukup sempurna tanpa mengunakan khidmat pakar. Bagi Kak Ogy menghias rumah dengan citarasa dan sentuhan sendiri ini lebih puas berbanding memberi orang lain berkarya di dalam rumah milik peribadinya. Tambahnya lagi, ia lebih suka buat sikit-sikit baru la dapat menikmati keseluruhan dalam kediaman rumah, dan pastinya setiap ruang akan mempunyai keperluan yang betul.
Naik ke tingkat atas pula yang terletak bilik tidur. Kami team IMPIANA sempat merakam kamar utama beliau. Acap kali kita melihat walk in wardrobe akan berada di dalam bilik atau di bilik yang berlainan bukan. Lain pula dengan gaya dan rekaan yang di buat oleh Kak Ogy ini. Sebalik pintu bilik tidur kamarnya adalah binaan kabinet yang berkonsep terbuka untuk walk in wardrobe beliau dan suami dan kemudia barulah ke kamar utama mereka.
Menariknya rekaan binaan banglo ini ia mempunyai tingkap dari aras atas iaitu dari arah kamar utama untuk melihat terus ke ruang tamu di bawah. Rekaan tingkap kayu ini adalah elemen tradisional yang cukup menarik dalam senibina rumah banglo ini.
Jom lihat VIDEO kediaman milik Kak Ogy ini untuk tatapan anda semua.
Artikel Berikut: Idea Pilihan Dinding Dapur Estetik, Mampu Tonjolkan Ruang Luar Biasa
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Awas! Inilah Sebab-Sebab Jangan Guna Penghawa Dingin
Penghawa dingin ke kipas? Bagus ke penghawa dingin ni? Ya, memang kebanyakkan orang sekarang, suka dengan penghawa dingin sebab ia sejuk seperti ais batu. Penghawa dingin dapat menghilangkan haba dengan lebih cepat tetapi ia nya juga ada kelemahan dari segi lain terhadap penghawa dingin ini, yang kita tidak tahu. Anda mahu tahu? Mari sini saya bagitahu anda.
Antara kelemahan yang ada pada penghawa dingin ini adalah peredaraan udara adalah terhad jika menggunakan penghawa dingin ini. Satu isu biasa dengan penghawa dingin ialah peredaran udara di dalam bilik sentiasa sama. Ini menunjukkan bahawa jika seseorang batuk atau bersin, kuman akan kekal di udara dan merebak sepanjang hari. Lebih ramai individu bersin dan batuk, yang meningkatkan jumlah kuman dalam persekitaran berhawa dingin. Akibatnya, sistem imun anda akan terdedah kepada patogen.
Tidak seperti kipas, yang tidak menggunakan peredaran udara di satu lokasi. Jika dibandingkan dengan penghawa dingin, menggunakan kipas di ruang terdedah menyediakan peredaran udara yang lebih besar.
Selain dari itu, penghawa dingin akan menyebabkan bilik atau persekitaran yang terdapat penghawa dingin, menjadi kering. Apabila sudah kawasan tersebut itu kering, ia juga boleh menjejaskan kepada kulit kita. Sudah tentu, lebih lama dan lebih kerap anda menghabiskan masa di ruang berhawa dingin, lebih banyak kulit anda akan kering akibat kehilangan lembapan.
Di dalam bilik berhawa dingin, adalah mungkin untuk mengeringkan badan tanpa mengenalinya. Jika anda jarang minum dalam persekitaran berhawa dingin, ini agak berisiko. Walaupun peluh badan menyejat lebih cepat tanpa disedari, udara dalam penghawa dingin yang sejuk tidak menyebabkan berpeluh dan menyebabkan orang lupa minum. Bukan itu sahaja, tetapi anda juga menghabiskan lebih banyak masa di bilik berhawa dingin, bukan?
Ini bermakna cecair badan lebih mudah untuk dikeluarkan dalam ruang berhawa dingin. Badan anda cepat dehidrasi jika anda tidak minum air yang mencukupi.
Jadi, apabila sudah membaca kelemahan atau keburukan penghawa dingin ini, adakah anda masih mahu kerap menggunakan penghawa dingin? Fikir-fikirkanlah.
Sumber: shinkotoni central blog (https://www.shinkotoni-central-blog.com/articles/informasi-kesehatan/mana-yang-lebih-baik-bagi-kesehatan-kipas-angin-atau-ac.html)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
4 Bahan Dapur Tak Sesuai Buat Stok, Mudah Rosak Walaupun Belum Tiba Tarikh Luput
Ramai beranggapan cara selamat menyedia dan menguruskan keperluan harian di dapur adalah dengan memastikan bahan kering seperti tepung, gula, bawang, dan sebagainya sentiasa mencukupi. Sebab itu, ada antara kita akan beli stok yang berlebihan dari keperluan. Lebih-lebih lagi kalau nampak harga produk tersebut murah
Tapi, ada beberapa barang yang kita tidak digalakkan untuk dibuat stok. Ini kerana dalam tempoh simpanan, kualiti bahan tersebut akan berkurangan walaupun belum tiba tarikh luput yang tertera pada bungkusan. Antara barangan yang tidak sesuai untuk dibuat stok adalah:
MINYAK MASAK
Menurut NutritionFacts.org, minyak goreng mudah teroksidasi dan akan menyebabkan ia mulai berbau tengik walaupun belum tiba waktu luput.
TEPUNG GANDUM
Tepung merupakan bahan yang mudah menyerap kelembapan. Ini bermakna, ia juga mudah menarik kelembapan dari udara. Walaupun tersimpan di dalam plastik, masih terdapat banyak masalah pembungkusan terhadap tepung gandum lebih-lebih lagi yang jenis subsidi.
TELUR
Ini antara bahan WAJIB ada di dapur. tapi kalau beli 10, belum tentu ia akan habis sebelum tiba tarikh luput. Kualiti telur yang dibeli hanya mampu bertahan paling lama 1 minggu. Walaupun ada yang menyimpan telur di dalam peti sejuk, ia hanya akan merosakkan tekstur dan kualiti telur tersebut
KOPI
Walaupun kopi masih dalam kondisi baik dalam tempoh 3-5 bulan selepas tarikh lupu. Jika tidak di simpan rapi, ia akan mengeras. Tambahan, kesegaran kopi akan berkurangan jika disimpan daam tempoh yang lama walaupun belum tiba tarikh luput
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI