Cara Cuci Kerak Cawan Tanpa Guna Bahan Kimia

Share

Cawan seramik mahupun kaca, bila kerap digunakan akan menyebabkan wujudnya lapisan kerak yang melekat dan sukar untuk tanggalkan. Lapisan tersebut terkesan  oleh pewarna yang hadir di dalam minuman seperti teh dan kopi. Ia sangat sukar untuk ditanggalkan jika hanya dengan menggunkan bahan pencuci pinggan biasa. Jika di biarkan, permukaan kerak terbentuk semakin gelap. Bukan itu sahaja, ia akan menjadi habitat kepada organisma yang berbahaya.

Untuk menghilangkan permukaan kerak tebal di dalam cawan, ramai menggunkan peluntur. Memang lah bersih, tapi tanpa anda sedari ia mengundang atau memberi ancaman lain kepada kesihatan. Peluntur tersebut berkemungkinan akan menyebabkan tidak balas terhadap bahan yang digunakan untuk membuat cawan seperti lapisan kalis air dan sebagainya. 

Sebenarnya, ada cara paling mudah dan tidak melibatkan bahan kimia untuk mencuci kerak di dalam cawan. Apa yang anda perlukan adalah garam. Untuk cara mencuci kerak tersebut sila tonton video yang disediakan

Published by
Impiana