Pelbagai jenis pokok sebenarnya sesuai di jadikan bonsai. Tidak terkecuali pokok kelapa, anggur dan sebagainya. Sebelum ini, IMPIANA pernah kongsikan cara untuk hasilkan pokok kelapa bonsai. Kali ini, apa kata kita cuba bonsaikan pokok betik pula.
Artikel berkaitan: (VIDEO) Lelaki Indonesia Ini Tunjuk Cara Pokok Kelapa Jadi Bonsai
Namun, betik bonsai tidak lah hasilnya begitu artistik berbanding pokok bonsai yang lain. Namun, hasilnya memang unik.
Jom tonton video yang disediakan:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
D.I.Y Pintu Barn Door Modal RM 400, Barang Beli “Online” Je
Sliding door atau pintu gelongsoran adalah pilihan terbaik untuk ruang kompak. Namun, nak nampak lebih bergaya dan menjadi salah satu elemen dekor yang menarik, gaya barn door menjadi pilihan. Ramai kata baran door ni mahal. Tapi aats dorongan dan kemahuan, Nurlailah Khadijah dan suami berusaha buat sendiri pintu barn door yang diingin kan. Yang menarik, track pintu dibeli di dalam shopee sahaja dan kos keseluruhan untuk membina pintu barn door ni hanyalah RM 400
Sistem lengkap rail barn door https://invol.co/cl3y2i4Track lantai https://invol.co/cl3y2lg
Kekunci pintu 90 darjah https://invol.co/cl3y2fq12″ Barn Door Handle Sliding https://invol.co/cl3y2qq
Cara-cara pasang barn door
1. Lepas ukur, tandakan tempat drill. Perlu pakai mata skru yang besar sebab skru barn door ni tebal dab panjang.
2. Dah siap pasang railing, ukur roda nak skru dekat pintu
3. Then sangkutkan pintu yang siap skru dengan roda dekat railing. Pintu pine order dari shoppe. Ni link nya https://invol.co/cl3y2v8
4. Pasang handle. Handle ni sebenarnya handle cabinet dapur, tapi kami buat handle pintu.
5. Tambah menarik, buat design pintu bentuk chevron. Kayu MDF
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Perunding Hartanah Kongsi Susun Atur Ruang Rumah Apartment Yang Praktikal, Jangan Lupa ‘Check’ Kiblat
Perunding hartanah kongsi susun atur ruang rumah apartment yang praktikal, jangan lupa ‘check’ kiblat. Apartment adalah sejenis rumah bertingkat tinggi (high-rise) yang memang biasa di Malaysia, dan telah wujud berabad lamanya. Kediaman jenis ini ditawarkan dengan unit bertaraf rendah pada harga yang berpatutan.
Sebuah apartment atau pangsapuri ‘dikawal’ dan berada dalam kawasan pagar, serta lebih dari lima tingkat. Ia dilengkapi dengan lif dan disambungkan dengan ruang letak kereta di luar.
Apartment mempunyai kemudahan asas seperti taman permainan dan kawasan landskap. Kediaman jenis ini didatangkan dengan status kediaman (strata) dan dilindungi oleh HDA.
Jika anda pemilik sebuah apartment, pernahkan anda terfikir cara yang praktikal untuk mendekorasikan kediaman anda? Apakah dekorasi yang sesuai dan terbaik agar kediaman dengan keluasan terhad ini dapat disempurnakan dengan baik demi keselesaan penghuninya?
Berikut perkongsian bermanfaat daripada perunding hartanah, Azizul Azli Ahmad
APARTMENT YANG BAIK?
1. Ini antara contoh susun atur ruang bagi sebuah apartment yang baik. Apartment ini hanya rumah mampu milik sahaja.
2. Dengan ruang terhad, arkitek berjaya bahagikan ruang ini kepada tiga zon ruang yang jelas.
*Public
*Semi public
*Privasi
3. Ruang dapur sedikit tertutup dan menghalang pandangan orang lain.
4. Kedudukan ruang makan menjadi pengikat antara ruang dapur dan ruang tamu.
5. Zon bilik jelas dan terjaga privasinya ketika pintu bilik dibuka.
6. Kedudukan bilik airnya juga baik untuk penghuninya.
Sebagai catatan tambahan, sebagai Muslim, buat semakan kedudukan kiblat kita di mana nantinya. Lebih manis jika kita solat, tidak menghadap bilik air kita.
Elakkan membeli unit studio soho, sovo, sofo sebagai kediaman pertama anda. Ia bukan pulangan yang baik bagi sebuah pelaburan.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Kredit foto (top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ambil Tahu! Tip Merawat Kayu Supaya Ia Kekal Cantik Dan Tahan Lebih Lama
Kayu merupakan bahan semulajadi yang unik kerana mempunyai sel-sel yang lain dari yang lain berbanding bahan binaan seperti konkrit dan keluli. Kayu mempunyai nilai ketumpatan, kelembapan, dan ruang udara yang berbeza dengan bahan binaan yang lain
(Breyer, Fridley dan Cobeen,1999)
Kayu boleh digunakan untuk tujuan-tujuan berikut:
-Anggota struktur yang ringan dalam struktur kekal ; rasuk, tiang, rangka bangunan, bumbung kayu, lantai, pintu.
-Pembinaan berat seperti kekuda bumbung berat, cerucuk, jambatan, jeti.
-Tujuan hiasan seperti dinding sekat, perabot, para-para.
-Struktur sementara seperti acuan konkrit, peranca, tupang
-Pembinaan alat pengangkutan seperti kapal, jeti, landasan keretapi.
-Perusahaan berasaskan kayu seperti papan lapis, kayu lapis, papan serat.
- Kayu sesuai dijadikan bahan untuk binaan disebabkan oleh sifat kekuatannya dalam menanggung beban.
- Kekuatan kayu ini adalah berbeza mengikut jenis pembebanan dan boleh dikelaskan kepada beberapa iaitu kekuatan tegangan, kekuatan mampatan, kekuatan ricihan, kekuatan lenturan, kekerasan dan ubah bentuk serta rintangan terhadap api.
- Kandungan lembapan
- Ketumpatan
- Kecacatan
- Rawatan pengawetan
- Suhu
- Masa
Semulajadi :
•Buku – bahagian dahan yang terdapat di dalam batang pokok kayu itu
•Hati – ia merupakan kawasan atau bahagian rosak yang terdapat pada pokok
•Gerigis – tumbesaran yang luar biasa seperti tombol kecil pada pokok akibat luka atau ransangan pada lapisan kambium
•Berongga – merupakan lubang yang terdapat di tengah-tengah balak kerana kayunya telah hilang atau reput dimakan oleh anai-anai
•Anai-anai – menyerang kayu yang tinggal berdekatan dengan tanah dan dalam keadaan lembab
•Serangga Pengorek Kayu – kumbang yang hidup di dalam batang kayu
•Cendawan Reput Lembab dan Kering – menyebabkan kayu menjadi reput
TUJUAN PENGAWETAN KAYU
Rawatan awet terhadap kayu-kayu biasanya dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan kimia. Rawatan ini penting kerana ia membantu mengekalkan ketahanan kayu dan memanjangkan usia terhadap rintangan cuaca ekstrem. Antara tujuannya ialah:
- mengelakkan kayu diserang serangga dan cendawan
- melambatkan rebakan api ketika kebakaran
Ciri-ciri bahan pengawet :
- Amat beracun terhadap kulat, cendawan, serangga perosak.
- Boleh kekal dalam kayu dan tidak meruap atau tersejat keluar.
- Terdiri daripada bahan yang mudah meresap serta menembusi ke dalam sel kayu.
- Tidak toksik kepada manusia dan haiwan serta mudah digunakan.
- Murah dan mudah didapati.
Jenis pengawet :
Pengawet asas air
- Larut dalam air, tidak berbau dan mudah diaplikasikan
- Contoh: kuprum arsenat, zink biflourida.
Pengawet asas minyak
- Pelarut minyak meruap seperti diesel / kerosene. Kayu akan berbau minyak tersebut.
- Contoh: pentaklorofenol, zink naftenat, kreosot.
Teknik sapuan cat keatas permukaan kayu
- Jika anda mempunyai struktur kayu di taman seperti gazebo, pergola, pagar kayu, dek kayu dan sebagainya anda wajib membuat rawatan kayu dalam tempoh dua atau tiga tahun sekali.
- Gunakan berus sebagai medium sapuan. Sebaiknya sapuan tersebut mestilah dua atau tiga lapisan kerana andai hanya sekali sapuan maka ia kurang berkesan dalam memberi perlindungan kepada permukaan kayu anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI