Track tingkap dan sliding door biasanya akan mempunyai kesan kotoran habuk, tahi cicak dan bermacam kotoran. Sebabnya kita jarang membuka tingkap dan juga tidak mengelap bahagian tersebut. Ia kurang diberi perhatian kerana tumpuan kita lebih kepada membersihkan ruang yang besar. Akibatnya kotoran degil berkumpul dan jadi degil untuk ditanggalkan.
Impiana kongsikan video dari lovelygrtt tentang teknik mudah membersihkan track tingkap hanya 5 minit. Nasihat kami pakai lah sarung tangan dan juga gunakan kain yang lebih sesuai untuk proses mencuci.
Bahan-bahan
Soda bikarbonat dan hidrogen peroxide
https://youtu.be/-GSxmizjL5k
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 “Makeover” Langsir Lama Paling Mudah Dan Jimat Untuk
Nak raya ni banyak modal perlu diperuntukkan bukan setakat persiapan pakaian untuk keluarga malah, rumah pun perlu dihias indah. Kebiasaanya, keperluan kediaman yang akan diberiperhatian terlebih dahulu adalah langsir. Langsir pun harganya boleh tahan juga, mau makan ratusn untuk siapkan satu rumah. Betul tak? Apa kata, tahun ni, tak perlu beli langsir tapi kita buat langsir lama nampak baru. BETUL-BETUL JIMAT. Berikut 5 Makeover mudah yang boleh anda lakukan untuk langsir kediaman
1. Stencil
Stencil ni banyak gunanya, bukan sahaja untuk mengecat dinding malah pada fabrik. Cuma yang membezakannya adalah jenis pewarna. Sebaiknya, pilih pewarna khas untuk fabrik. Stenscil ni anda boleh dapatkan di kedai-kedai kraf atau, print je sendiri dari mana-mana laman sesawang dan potong. Lagi jimat. [klik sini untuk tutorial lengkap]
2. Langsir pom-pom
Tambah renda pom-pom pada langsir anda. Renda tersebut anda boleh dapatkan di kedai-kedai yang menjual alatan menjahit. Tapi, pastikan renda yang dipilih bersesuaian dengan keseluruhan rekabentuk kediaman anda. Kalau tak, ia akan kelihatan lebih buruk dan tidak kemas. Tak ada mesin jahi! taka ada masalah, boleh jahit emnggunakan tangan ekna renda macam ni lebih kukuh dengan jahitan tangan atau gunakan gam panas. [klik sini untuk tutorial lengkap]
3. Buat garisan
Gunakan pewarna fabrik atau cat plaka untuk tambah pattern pada langsir anda. Paling mudah, buat garisan lurus pada langsir. Dengan menggunakan garis melintang sahaja, langsir anda berubah menajdi konsep nautika [klik sini untuk tutorial lengkap]
4. Tambah pattern guna pen fabrik
Gunakan pen fabrik seperti Sharpie untuk melakar pattern atau corak pada langsir anda. [klik sini untuk tutorial lengkap]
5. Tampal perca
Selain menggunakan pewarna untuk membentuk pattern pada langsir anda, apa kata jahitkan perca untuk menambah seri langsir lama. [klik sini untuk tutorial lengkap]
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Makeover Meja Kayu Lama Guna Wallpaper, Jadi Meja Marbel Nampak Mahal
Isi Kandungan
ToggleNak dekor rumah nampak baru, tak semestinya perlu beli perabot dan aksesori tambahan. Yang sedia ada di rumah tu kita boleh diperbaharui atau baik pulih. Seperti yang dilakukan oleh Intan Nasirah. Meja lama yang masih kukuh di beri nafas baru dnegan menggunakan marbel vinyl yang di beli online. Berikt item yang digunakan oleh Intan untuk makeover meja makan
Nak beli PVC tablecloth macam dekat atas, klik sini terus https://invol.co/clqob0
Nak beli wallpaper marbel berkualiti tapi murah, boleh klik sini https://invol.co/clqobe
Saja nak share saya buat DIY meja makan.. asal meja nie owner lama punya. Sebab masih kukuh dan elok rasa sayang plak nak buang. Jadi saya transform bagi nampak baru
Sebelum
Selepas
Cat kaki meja dengan lebihan cat cinding
Balut dengan wallpaper marbel
Lapik dengan PVC table cloth
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ibu Ini Kongsi 3 Bahan Hilangkan kesan Conteng Anak-Anak, Dinding Terus Bersih Bekilat!
Bagi anda yang mempunyai anak kecil, pasti sudah sering berhadapan dengan keletah “artis” cilik yang menunjukkan bakat mereka pada dinding kediaman. Bukan tak disediakan kertas, tapi dinding juga yang menjadi kanvas pilihan mereka. Stress tapi ini memang sudah menjadi sebahagian proses pembelajaran yang penting bagi merangsang minda si kecil.
Jadi ibubapa diharap bersabar dulu, dan tak perlu marah anak-anak. Selain boleh dicat semula, yang mungkin agak remeh dan menelan belanja, apa kata anda cuba petua dari ibu ini. Hanya dengan dua bahan ajaib yang boleh didapati di pasaraya, dinding anda akan kembali bersih seperti sediakala.
PETUA HILANGKAN KESAN CONTENG DI DINDING
Disebabkan dekat rumah ramai budak-budak art.
Nak cat pula dekat nak raya dah.
BAHAN YANG DIPERLUKAN ;
- CIF
- AIR
- BERUS SPAN
CARA-CARANYA ;
Korang ambil cream cif picit dekat sponge hijau cuci pinggan tu,Tonyoh dekat tempat conteng-conteng tu.Lepas tu ambil span biasa rendam sikit dalam air dan lap-lap guna span tu dekat tempat korang tonyoh tu.Bilas dia.
Selamat mencuba!
Sumber : Sharifah Hanim Syed aslom
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI