Semua orang berkebun sekarang ni. Walau punya ruang sekangkang kera, tiada halangan untuk berkebun. Tak cukup lantai, boleh kat dinding. Dinding dan lantai pun dah penuh, boleh gantung. Tambahan, berkebun tidak semestinya memerlukan bajet yang banyak.
Seperti perkongsian dari Youtube Chanel C4U Shaiju Mallu Media. Hanya menggunakan bahan-bahan terbuang seperti botol mineral dan batang paip PVC, C4U Shaiju Mallu Media berjaya menghasilkan ruang tanam tergantung seperti chandelier.
Nak tahu cara-cara hasilkan bekas tanaman gantung chandelier dari C4U Shaiju Mallu Media, boleh tonton video yang disediakan:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY Alas Periuk Menggunakan Penyepit Baju
- 2 pek penyepit kayu (1 pek 36 batang)
- Penyembur cat (mengikut warna pilihan)
- Botol kaca (diameter 4cm)
- Gam tembak
- Alat Pengering
- Tanggalkan dawai pada penyepit kayu dengan berhati-hati supaya penyepit tidak rosak.
2. Gamkan bahagian sisi penyepit kayu secara bertentangan. (seperti dalam gambar).
3. Selepas itu, gamkan bahagian hujung penyepit-penyepit kayu yang telah bercantum.
4. Susun penyepit kayu tersebut mengelilingi botol kaca bulat. Ia bagi menganggar ukuran agar membentuk bulatan yang sempurna.
5. Semburkan dengan cat warna pilihan.
6. Kemudian, keringkan ia dengan alat pengering rambut dan biarkan seketika. Siap!
Untuk menghasilkan alas periuk berukuran diameter 18.5cm memerlukan 26 batang penyepit kayu.
Jika tidak mempunyai alat pengering, boleh juga jemurkan ia seketika di bawah sinaran matahari.
Pilih warna-warna yang bertentangan (color blocking) untuk menyerlahkan lagi alas periuk berbanding rona senada.
Selain berfungsi sebagai alas periuk, ia juga boleh dijadikan dekorasi tambahan untuk menyerikan hiasan dinding.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
“Make Over” Laci Dan Almari Lama Jadi Glam
Baru-baru ini, ubah suai almari dan laci lama yang dikongsikan oleh Khairur Rijal Dzohri menjadi mirror furniture menjadi tular. Mana taknya, dari perabot yang kelihatan kusam dan sudah out dated, menjadi sebuah perabot serba moden yang sesuai untuk kediaman yang berkonsepkan moden glam.
Inilah antara perkara yang dilakukan ketika cuti sekolah hujung tahun ini. Mengubah suai perabot sedia ada menjadi mirrored furniture. Disebabkan harga mirrored furniture ini mahal. Maka saya. menggigihkan diri membuatnya sendiri.
Artikel berkaitan:
10 Wallpaper Hack Untuk Cantikkan Rumah
10 IKEA “Hack” Bajet Untuk Kediaman Pasangan Baru Kahwin
BAHAN-BAHAN:
1. Cermin
2. Gam construction beli di mr. Diy je bersama dengan senapangnya. Dlm projek saya ni saya guna 3 gam tersebut.
3. Drawer door knob atau tombol pemegang
4. Gam E6000
5. Pengapit yang besar, atau ragum
6. Spray paint warna Chrome
CARA-CARA:
1. Pastikan perabot anda bersihkan dari sebarang habuk.
2. Ambil ukuran pada setiap permukaan yang hendak di tampal cermin. Cara mengambil ukuran permukaan ialah mengurangkan antara 2mm hingga 4mm dari ukuran sebenar permukaan. Jika permukaan tersebut 30 cm x 30 cm maka ukuran untuk cermin tersebut 29.4cm x 29.4cm. Bawa ukuran tersebut ke kedai cermin atau kedai buat frame gambar. Pilih cermin yg lebih tebal. Minta mereka tumpukan bahagian tepi dan bucu untuk keselamatan.
3. Semburkan cat berwarna Chrome pada setiap bahagian bucu dan tepi. 4.setelah cat kering sempurna. Letakkan gam construction mcm gam silikon tu pada permukaan dalam cermin dan permukaan perabot. Letak cermin pada permukaan perabot. Tekan2 dgn perlahan untuk meratakan gam, kemudian tindih kan dgn benda berat atau Kapit guna ragam atau pengapit. Biarkan selama 5,6 jam.
5. Terus dan ulang perkara yang sama pada permukaan yang lain pula.
6. Untuk drawer knob tombol pemegang tu saya beli secara online. Hanya perlu lekatkan dengan menggunakan gam industri E6000. Gam ini memang bagus dan melekat kuat. Jadi kita tidak perlu menebuk permukaan cermin untuk pasang tombol tu. Letakkan pada kedudukan mendatar supaya dia tidak bergerak sebelum ia betul kering dan melekat. Biarkan ia selama 10 jam.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pasang PARTITION Sorok Dapur, Tak Perlu Naik Dinding Konkrit Pun Dengan DIY Ini!
Memang untung kalau pandai buat sendiri atau DIY ini.
Antaranya idea dari Mohd Azuan MD Turian , yang menutup pandangan ruang dapur dengan memasang sendiri partition menggunakan besi C dan pintu barndoor yang menarik.
DIY pasang partition untuk sorok dapur
Ini langkah projek DIY PARTITION Sorok Dapur beliau;
Projek diy pasang partition, wainscoating & barndoor. Boleh sorok dapur yang bersepah.
1. Rangka partition guna besi C
Guna tapping screw setengah inci. Untuk bahagian bawah, tebuk lubang screw lantai tile. Set drill dulu sebab tile mudah pecah
2. Dinding guna gypsum board dan kayu untuk railing pintu.
Kayu dipotong ikut ukuran antara besi. Tujuan pasang kayu adalah untuk menguatkan pemasangan skru railing pada dinding agar lebih kukuh. Jika tiada kayu skru susah nak ikat & tak selamat.
3. Siap pasang railing dan pintu.
Paling menguji kesabaran untuk bab adjust pintu & railing. Pintu custom made dengan tukang kayu, harga antara RM700-RM800. Bawah pintu ada track untuk elak pintu goyang. Besi barn door boleh beli di Shopee.
4. Sambung wainscoating. Siap
Shopee link:
Besi C Chanel
Gypsium board
Barndoor wheel
Semoga bermanfaat buat anda yang turut miliki dapur jenis nampak terus dari ruang tamu. Baru lah tak segan kalau tetamu datang, dapur bersepah pun tak nampak!
Sumber: Mohd Azuan MD Turian
Baca Lagi Di Sini: Cuci CERMIN Tanpa Sabun, Bersih Berkilat Guna 5 Bahan Ini!
Mesti Baca:Mop Guna AIR PANAS, Kotoran Cepat Hilang, Lantai Licin Berkilat Tak Berbau!
Artikel Menarik:TIP ‘Polish’ Peti Ais Jadi Cantik Berkilat Macam Baru Keluar Kilang
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI