
Selain juadah yang enak, cara dipersembahkan juga salah satu penambah selera kepada mata yang menjamu. Belum masuk perut lagi tu
Hari ni IMPIANA nak tunjukkan DIY SUPER MUDAH. Tak sampai 5 minit pun dah siap. DIY Pinggan hidangan ni sesuai untuk pelbagai jenis hidangan kering atau tidak berkuah. Tapi lebih cun untuk kuih muih dan kek.
Terpulang kepada anda nak gunakan pinggan plastik atau kaca. Yang penting padanan mesti lah cantik.
BAHAN-BAHAN:
Pinggan
Gelas minuman
Gam panas
Untuk cara-caranya, boleh lihat dalam video yang disediakan
https://www.youtube.com/watch?v=3-Xmo7-_1_Q
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
{Video} Kebun Sayur Tunku Azizah Di Istana Negara

IMPIANA tertarik dengan video yang berdurasi 1:09 minit ini. Melihat kebun sayur Tunku Azizah yang rapi dan cukup sempurna. Kebun sayur ini juga boleh dijadikan inspirasi untuk kita semua mula bercucuk tanam dihalaman sendiri.
Seperti mana yang IMPIANA selalu kongsikan tidak semestinya mempunyai laman yang luas sebegini rupa baru boleh bercucuk tanam. Boleh mula bercucuk tanam di dalam pasu dan planter box yang sesuai dengan ruang kediaman anda.
Sebelum kita lihat video kebun sayur Tunku Azizah, Jom join komuniti GENG LAMAN IMPIANA di TELEGRAM
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bukan Sekadar Stool

Tertarik dengan reka bentuk bangku pilihan pereka dari luar negara ini, IMPIANA ingin berkongsi keunikan Not a Cube ini, mana nak tahu ada yang berkenan. Not a Cube adalah komposisi geometri yang mengikuti kecenderungan reduksionis Minimal Art, muncul di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1960-an.
Terutama dipengaruhi oleh karya Donald Judd, di mana artis memaparkan corak emapat segi, sama dan kosong dalam komposisi berbentuk persegi (Untitled, 1991), reka bentuk Not a Cube juga dilahirkan di luar dataran sebagai bentuk geometri tulen. Dalam komposisi Judd, visualisasi dari titik tengah set menunjukkan kedalaman dua bahagian dalam muka setiap objek asas.
Perincian dua hala inilah yang diterokai dalam Not a Cube. Untuk dapatkan kesan kedalaman, dua sisi yang bebas dari tempat duduk, memberikan keselesaan pada bahagian belakang. Persegi yang dengan melompat ke realiti tiga dimensi akan menjadi kubus, tetapi tidak. Ia adalah latihan komposisi dan pemurnian geometri yang tidak bermaksud menjadi potongan minimum. Not a Cube adalah bangku kontemporari yang tarikan dengan kegunaan dan ciri diserlahkan di bahagian dalaman yang paling dipelbagaikan.
Mengapa stool ini di beri nama Not a Cube, ini kerana i bukanlah sekadar stool yang biasa, malahan ia lebih trendy dan kompak untuk kediaman anda yang masa kini yang lebih kompak dan terhad ruangnya. Menarik kan idea rekaan stool ini?
.
.
.
.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
“Brother” Ni Tunjuk DIY Lengkap Buat Sendiri “Built-in Wardrobe”

Build-in wardrobe adalah idea bijak untuk penyediaan ruang penyimpanan di dalam bilik. Bukan sahaja cantik, ia kelihatan lebih kemas dan teratur. Kebiasaannya, pemilik rumah akan menggunakan khidmat kontraktor untuk membina build in wardrobe ni. Bila dah panggil kontraktor, pastinya harga boleh buat kita pengsan.
Bagi anda yang rajin dan suka buat DIY, Shariful Fadhli Haji Johari tunjukkan step-by-step lengkap untuk membina sebuah build in wardrobe berukuran 1600mm x 2600mm
Assalamualaikum..nak share 80% DIY wardrobe anak saya size 1600mmX2600mm ,saya tanya kedai buat perabot dengan custom full height build-in wardrobe kedai quote dalam RM 2600 keatas( mdf atau chipboard).
So saya decide buat sendiri je. Guna plywood dengan kayu 2×1 untuk body.sliding door guna aluminium frame. plywood besar saya potong siap dikedai. Boleh la untuk kegunaan sendiri. dalam perancangan nak tampal formica. Nampak sikit macam beli kat kedai. Tapi kekurangan bajet. so saya cat je la buat masa ni. lagipun kerja nk pasang formica ni rumit sikit.semua gambar2 tu masih kayu asal. blom syalek, cat atau tampal formica.
Bahan-bahan:
Body:
– plywood 3mm ( body ) 2 keping – RM20 sekeping (RM40)
– kayu 2×1 (2 ikat 20 btg )- RM75 seikat -(RM150 )
– aluminium alang gantung baju 16′ sebatang rm16buat rangka terus fixed ke dinding
sliding door
– antijump aluminium kiri kanan – 2 batang sbtg RM40 (RM80)
– centre and top aluminium – 1 btg – RM25
– bottom aluminium utk roda – 1 btg – rm40
– track atas bawah – set RM70
– roda full set RM9.50aluminium frame dgn plywood utk sliding door
plywood 3mm 2 keping rm40
kayu kayu beli di hardware furniture.mmg khas kayu utk perabot.jgn beli dkt hardware biasa.boleh pakai.tp kurang cantik
lain-lain
screw ,gam mmg ada lebih dari DIY yg sebelum ni.
kedai kedai yg selalu sy beli brg
aikta furniture hardware sungai chua ( kayu kayu )
teamstar sungai chua ( brg2 accessories furniture )
dragon city / yikloong ( kedai aluminium ) sungai chua
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI