Macam-macam cara dan kaedah digunakan untuk berkebun sekarang ni. Ia termasuklah penyediaan baja, teknik siraman, penggunaan bekas tanam dan pelbagai lagi. Selagi mana berhasil dan mudah, pasti menjadi ikutan.
Seperti kaedah tanaman secara vertikal. Ada yang menggunakan botol minuman terpakai, tong drum, paip PVC dan pelbagai lagi. Tapi kali ini LAMAN impiana nak ajak anda tiru cara HGTV buat vertical garden atau mereka panggil strawberry pot dengan menggunakan pasu terpakai.
Bahan-bahan:
– 3 biji pasu terpakai (Sebagai pilihan, kami cadangkan anda untuk gunakan besen)
– Paip PVC diameter 1 inci dan panjangnya mengikut ketinggian pasu atau besen. Lebihkan dalam 1/2 kaki panjang.
– Penutup atau topi PVC
– Cat semburan (jika perlu)
– Medium tanaman
– Batu kerikil
– Tanaman
1) Tebuk lubang sebagai ruang tanaman dengan menggunakan hole saw. Tebuk secara berselang dan pastikan jarak antara lubang bersesuaian dengan jenis tanaman.
2) Tebuk lubang pada bahagian bawah pasu/besen sebagai lubang saliran
3) Tebuk lubang kecil pada batang paip PVC untuk tujuan saliran dan pasang penutup pada hujung dan pangkal batang paip
4) Untuk lebih menarik, Sembur permukaan pasu/besen dengan cat semburan
Ads
5) Alas bekas dengan Landscape fabric. Kalau tak ada boleh guna plastik batas
6) Letakkan 2 inci lapisan batu kerikil untuk tujuan saliran
7) Masukkan medium tanaman sedikit
Ads
8) Buatkan lubang di tengah-tengah untuk anda letakkan paip PVC yang berfungsi sebagai saliran
9) Tambah tanah sehingga hampir penuh
10) Siram air pada medium dan padatkan
11) Letakkan pula pasu/besen untuk lapisan ke dua dan lakukan perkara yang sama seperti bekas yang pertama
Ads
12) Potong lebihan landscape fabric untuk kelihatan lebih kemas
13) Tebuk lubang pada pada ruang tanaman yang telah disediakan dan masukkan tanaman/pokok
14. Lakukan siraman terus melalui batang PVC yang telah disediakan.
Tiada apa yang mustahil sekiranya kita kreatif dan rajin mencuba. Bukan sahaja anda dapat jimatkan masa dan juga wang, malah jika berjaya fikir keluar kotak, anda juga dapat menukar sesuatu yang tidak berharga menjadi lebih berfungsi dan dihargai. Begitulah contoh DIY bakul mainan yang ditunjukkan oleh Puan Azuana Sajahan melalui perkongsian beliau dilaman sesawang fb.
Beliau pada mulanya berhasrat membeli rak atau almari buat menyimpan mainan anaknya yang semakin banyak tetapi menukar fikiran kerana harga rak yang tidak masuk akal mahalnya. Jadi, berbekalkan duit kurang RM50 Puan Azuana telah bejaya membinakan rak bakul buat menyimpan alat permainan ‘hero’ kesayangannya.
Menurutnya, tempoh yang diambil untuk menyiapkan rak bakul ini tidak sampai 2 jam pun! Dan anda hanya perlukan bakul, wallpaper bercorak dan batang paip.
Yang penting kena tahu saiz (panjang dan lebar) bakul sebelum memotong batang paip.
Rak bakul tiga tingkat ini amat mudah untuk dibina, mungkin anda bleh cuba DIY pada hujung minggu nanti. Selamat mencuba!
Si kecil juga ‘excited’ nak bantu ibu bina rak bakul mainannya.
Kertas dinding atau wallpaper dari kedai eco untuk menceriakan rak bakul anda.
Pada bahagian bawah boleh diletakkan lagi bakul untuk mengisi mainan.
SELAMAT MENCUBA SEMUA!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sejak kebelakangan ini, tidak dinafikan memang ramai yang sudah mula menjinak-jinakkan diri untuk bercucuk tanam di rumah. Tidak kurang juga yang membela tanaman hiasan dalam pasu sebagai salah satu langkah pembersihan udara dalam rumah selain sebagai penaik seri sesebuah ruang.
Tetapi tidak semua kediaman mempunyai kawasan laman yang lapang. Lebih-lebih lagi buat mereka yang tinggal di kediaman jenis apartmen atau kondominium. Balkoni sekangkang kera itu sajalah yang boleh dijadikan ruang untuk berkebun.
Perkongsian kali ini memberi solusi buat masalah tersebut. Melalui posting Abdul Hadi dalam group KKDIY. Bagi memenuhi keinginan isteri yang mahukan rak pasu untuk tanaman hiasannya, Encik Hadi telah bina sendiri rak dari paip PVC. Sangat kreatif dan jimat! Mari ikuti perkongsiannya.
Salam semua KKDIY. Kali ni nak share rak pasu diy dari paip pvc permintaan isteri tersayang.
Sambung2 paip pvc, alaskan kayu spin terpakai dan skru. Jadi lah rak pasu bunga ni. Sesuai untuk pasu yang agak kecil dan ringan.
Pemasangan fitting ni agak ketat. Memng tak guna gam langsung. Cuma kayu tu kita skru kan ke paip untuk lebih kukuh. Ada kayu yang disusun melintang, ada yang menegak untuk pastikan bahagian kiri, kanan, depan & belakang secure.
Cuma bab nak angkat kene pastikan hati-hati. Boleh tercabut kalau berat sebab tak gam
Next time nak adjust tinggi atau extend mana-mana bahagian, boleh cabut semula.
Dan boleh juga kalau pasangkan roda untuk mudah alih. Supaya lebih selamat, ikatkan pada dinding belakang supaya tak mudah tumbang ke depan.
Fittting tu semua online kat shoppe saiz 3/4 inchi. Semoga bermanfaat.
p/s ; Anda juga boleh cuba spray rak pvc ini bagi mendapatkan efek lebik menarik dan kemas.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Perabot lama atau rosak jangan dibuang kerana anda mampu mengubahnya menjadi sesuatu yang baru dan lebih menarik. Seperti lelaki ini, dengan kreativiti dia miliki, perabot yang rosak berubah menjadi perabot baru. Secantik dari gudang malah fungsinya juga telah di ‘upgrade’.
D.I.Y?
Tiga abjad yang semakin popular dengan masyarakat kita sekarang ini. Gedung besar dan kedai serbaneka seperti IKEA, ‘Mr. DIY’, Daiso, Kaison dan sebagainya sudah tidak asing lagi bagi kita. Banyak barangan yang memerlukan kreativi kita untuk memasangnya atau mengubah fungsi asal.
Kadang-kadang, berpusu-pusu orang ke gedung perabot yang mahal tapi hanya sekadar mencuri idea dan ‘window shopping’. Hal ini kerana dengan kenaikan kos barangan, servis dan cukai segala bagai sekarang ini, membuatkan dahi kita terkerut-kerut melihat tanda harga sesetengah barang keperluan bila tiba waktu berbelanja. Alternatif lain harus dicari ialah DIY.
Makeover yang telah dilakukan oleh Encik Salleh Saad sememangnya harus diberi pujian, kerana hasilnya sangat kemas dan menarik. Apa yang dilakukan oleh En Salleh, pada asalnya sofa sulaman rotan yang dimilikinya ini telah rosak kerana kualiti rotan yang reput. Tambahan pula, pemilik membela kucing, dan kucingnya suka mencakar rotan tersebut. Hendak dibuang sayang, jadi pemilik telah membuat ‘ubah wajah’ terhadap sofanya itu.
Bahan-bahan yang telah digunakan adalah papan plywood 9mm, gam kayu, paku kecil, pemegang laci dan syelek warna mahogany.
Ukuran yang tepat telah dibuat mengikut saiz rangka sofa lalu di potong plywood mengikut saiz yang telah diukur.
Pemilik telah membuat penambah suai tiga laci penyimpanan pada bahagian bawah sofa.
Untuk pemasangan, pemilik hanya menggunakan gam kayu dan juga paku kecil.
Akhir sekali, kemasan telah dibuat dengan sapuan syelek bewarna mahogany.
Sumber: Salleh Saad
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.