(VIDEO) DIY Strawberry Pot dari Pasu Terpakai

Share

Macam-macam cara dan kaedah digunakan untuk berkebun sekarang ni. Ia termasuklah penyediaan baja, teknik siraman, penggunaan bekas tanam dan pelbagai lagi. Selagi mana berhasil dan mudah, pasti menjadi ikutan.

Seperti kaedah tanaman secara vertikal. Ada yang menggunakan botol minuman terpakai, tong drum, paip PVC dan pelbagai lagi. Tapi kali ini LAMAN impiana nak ajak anda tiru cara HGTV buat vertical garden atau mereka panggil strawberry pot 

dengan menggunakan pasu terpakai.

Bahan-bahan: 

– 3 biji pasu terpakai (Sebagai pilihan, kami cadangkan anda untuk gunakan besen)
– Paip PVC diameter 1 inci dan panjangnya mengikut ketinggian pasu atau besen. Lebihkan dalam 1/2 kaki panjang.
– Penutup atau topi PVC
– Cat semburan (jika perlu)
– Medium tanaman
– Batu kerikil
– Tanaman

1) Tebuk lubang sebagai ruang tanaman dengan menggunakan hole saw. Tebuk secara berselang dan pastikan jarak antara lubang bersesuaian dengan jenis tanaman.

2) Tebuk lubang pada bahagian bawah pasu/besen sebagai lubang saliran

3) Tebuk lubang kecil pada batang paip PVC untuk tujuan saliran dan pasang penutup pada hujung dan pangkal batang paip

4) Untuk lebih menarik, Sembur permukaan pasu/besen dengan cat semburan

5) Alas bekas dengan Landscape fabric. Kalau tak ada boleh guna plastik batas

6) Letakkan 2 inci lapisan batu kerikil untuk tujuan saliran

7) Masukkan medium tanaman sedikit

8) Buatkan lubang di tengah-tengah untuk anda letakkan paip PVC yang berfungsi sebagai saliran

9) Tambah tanah sehingga hampir penuh

10) Siram air pada medium dan padatkan

11) Letakkan pula pasu/besen untuk lapisan ke dua dan lakukan perkara yang sama seperti bekas yang pertama

12) Potong lebihan landscape fabric untuk kelihatan lebih kemas

13) Tebuk lubang pada pada ruang tanaman yang telah disediakan dan masukkan tanaman/pokok

14. Lakukan siraman terus melalui batang PVC yang telah disediakan.

Sumber: HGTV
Published by
Impiana