
Isi Kandungan
ToggleHampir semua orang lebih selesa menggunakan papan pemotong yang berwarna putih tu kan? Kalau anda nak tahu material papan pemotong tersebut diperbuat dari plastik dan memang tahan lama, ringan dan mudah digunakan. Malangnya, ia mudah dilekati dengan daki dan kotoran bukan? Berikut ialah cara pantas yang dapat kita lakukan untuk membersih, memutihkan dan membunuh mikroorganisma di permukaan tersebut
Siapa kata susah? Hanya gunakan 3 bahan ini ;
Limau /Lemon
Baking Soda
Apple Vinegar
1) Potong limau/lemon mengikut kesesuaian
2) Taburkan baking soda pada keseluruhan papan pemotong.
3) Gosok papan menggunakan lima/lemon yang dipotong tadi.
4) Biarkan selama 10 minit.
5) Selepas 10 minit, gosok semula papan menggunakan baki limau/lemon itu tadi.
6) Bersihkan menggunakan apple vinegar.
7) Sambung sental papan sampai puas hati!
8) BIla dah puas hati, bersihkan menggunakan air untuk dibilas. Settle!
https://www.youtube.com/watch?v=jHqojMPHW4A
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sayur Ceylon Spinach Yang Ramai Tak Tahu Khasiatnya

Sayur Ceylon Spinach Yang Ramai Tak Tahu Khasiatnya. Remayong atau ceylon spinach merupakan tumbuhan tropika yang tumbuh menjalar di kawasan bertanah lembap. Lebih dikenali dengan nama botaninya Basella spp. dipercayai berasal dari India Selatan.
Di Asia, remayong dikenali dengan berlainan nama seperti bayam Ceylon, bayam Malabar, mana choy (Cina), mong toi, mung towi (Vietnam), alugbati (Filipina), pui saag (Bengali), genjerot, gondola (Indonesia), Phakpang, phakplang, plakplang yai (Thailand) dan baselle atau brede (Peranchis).
Walaupun tumbuhan remayong biasanya sangat gemar ditanam di kalangan keluarga Asia Selatan, kini ianya mula popular dikalangan penduduk negara beriklim tropika dan sederhana di Amerika, Australia, dan Eropah kerana ianya digemari kerana berkhasiat dan lembut.
Pokok remayong adalah tumbuhan saka dan tumbuh sebagai tanaman herba yang sesuai ditanam di tanah yang subur dengan iklim panas dan lembab. Mudah dibiakkan dengan menggunakan biji benih atau keratan batang. Ia mudah dibiakkan namun mempunyai jangka hayat yang pendek.
Pokok remayong mengeluarkan bunga berwarna putih atau putih-merah muda bergantung kepada spesies dan ungu dari tangkai yang mempunyai buah beri hitam. Remayong boleh dituai selepas 35 – 45 hari ditanam dengan memotong bahagian pucuk. Pucuk remayong enak jika digoreng bersama perencah udang atau bilis seperti memasak kangkong atau bayam.
Remayong adalah sayur-sayuran berdaun hijau yang digemari dalam masyarakat Asia Timur kerana profil fitonutriennya yang sihat. Remayong didapati sangat rendah kalori dan lemak (100 gram daun mentah menyediakan hanya 19 kalori). Walau bagaimanapun, ia memegang sejumlah besar vitamin, mineral dan antioksidan.
100gm Remayung = 8000 IU Vitamin A atau 267% daripada keperluan harian yang disyorkan
Daun segar remayong hijau adalah sumber yang kaya dengan beberapa antioksidan pigmen karotenoid, penuh dengan kadungan penting seperti ß-karoten, lutein, zeaxanthin. Sebatian ini mampu bertindak sebagai pelindung terhadap radikal bebas dalam oksigen dan spesies oksigen reaktif (ROS) yang memainkan peranan penyembuhan dalam penuaan dan pelbagai proses penyakit.
Dalam 100 gm daun segar dapat menyediakan 8000 IU atau 267% daripada keperluan harian yang disyorkan oleh RDA. Selain dari itu remayong mempunyai lebih banyak kandungan vitamin C, vitamin B kompleks seperti folat, vitamin-B6 (pyridoxine), riboflavin dan zat besi yang mampu membantu tubuh manusia mengembangkan daya tahan terhadap agen-agen berjangkit dan membuang radikal bebas oksigen berbahaya.
KLIK Di Sini Untuk membeli Benih Bunga Rose
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bidai Roman Dari Wallpaper, Mudah Dilap Dan Tak Perlu Cuci

Roman shade memang nampak cantik dan kemas. Namun adakalanya, keinginan terbantut dek harganya yang agak mahal. Namun bagi Fazlina Samsuddin kaedah diy adalah jalan terbaik untuk memperolehi bidai ini. Menariknya Fazlina Samsuddin tidak menggunakan fabrik untuk membina bidai roman shade ini. Hanya menggunakan wallpaper kerana lebih jimat dan tahan lebih lama.
Nak tahu macam mana? Jom kita belajar cara membuat roman shade Fazlina Samsuddin ini
Bahan-bahan:
Wallpaper kalis air
Gam serbaguna
Pita pelekat kertas
Double side tape
Tali (macam tali jala tu)
Gunting
Pisau
Stapler tembak
Kayu 1 inci
Skru cangkuk
Velcro tape
Lidi sate (kalau ada kayu halus yang panjang seperti saiz lidi sate lebih sesuai. Potong hujung lidi yang tajam
Cara-cara:
1. Ukur saiz tingkap yang akan diletakkan roman shade. Ukuran diambil tinggi x lebar.
2. Dah dapat ukuran, potong wallpaper mengikut keperluan tingkap. dan lipatkan dua (anggaran 1.2″) di bahagian atas wallpaper dan gam kan. Guna double side tape pun boleh, Bahagian tepi pun lipat juga dan gam kan. Ini bermakna, dari ukuran asal tingkap tadi anda perlu lebihkan 1.2″ di bahagian atas, bawah dan sisi sebagai kemasan
3. Mulakan lipatan seperti kipas dari bawah wallpaper. Untuk lipatan pertama, anda perlukan ukuran 7 inci dan berikutnya 8 inci sehingga atas. Untuk lipatan yang paling atas bagi basinya lebih sedikit lebih kurang 2 inci untuk nampak lebih cantik. ini bermakna, lipatan paling atas keseluruhanya 10 inci tinggi.
4. Buat batang penyokong roman shade dari lidi sate. Untuk cantumkan lidi tadi jadi panjang gunakan pita pelekat kertas
5. Aturkan batang lidi yang telah siap dicantum tadi atas garisan lipatan pada wallpaper dan lekatkan dengan pita pelekat sepanjang lidi. Hanya tinggalkan ruang kanan dan kiri (6 inci) dari sisi tidak terlekat sebagai tempat ikat tali nanti.
6. Ambil kertas lain atau wallpaper yang sama, tampalkan di bahagian belakang wallpaper sebagai kemasan. Jangan lupa tebuk lubang untuk tujuan kita ikat tali untuk tarik pada bahagian yang tidak dilekat dengan pita pelekat kertas
7. Ikat tegang dan kemas tali pada bahagian yang tidak dilekatkan tadi dan biarkan basi banyak di bahagian atas sebagai tempat pemegang untuk ditarik. Perlahan-lahan tarik tali yang melekat pada batang sokongan roman shade. dah hampir siap dah.
8. Bahagian atas, lekatkan velcro tape untuk memudahkan ia digantung pada bingkai
9. Untuk tempat menggantung, gunakan batang kayu 1 inci dengan panjang mengikut kelebaran roman shade tadi. Balutkan kayu tersebut terlebih dahulu dan letakkan skru cangkuk sebagai tempat pemegang tali dan tape velcro di bahagian hadapan sebagai tempat tampal wallpaper tadi. Setelah siap, drill kan kayu tersebut pada bahagian atas tingkap.
p/s: dalam gambar ni saya guna polystren dulu sementara nak cuba letak di dinding
10. Dah drill kayu pada tingkap, masukkan tali pada penyangkuk skru tadi dan pastikan basi kedua-dua tali terletak di sebelah kanan untuk memudahkan ia di tarik. Lekatkan velcro tape pada wallpaper terus di atas bingkai kayu 1 inci tadi. SIAP
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cuci Baju Sekolah Putih Berseri Guna Sabun Lux Je

Untuk cuci baju sekolah dan menjaga kebersihannya agak sukar lebih-lebih lagi baju sekolah anak yang harus kekal bersih sepanjang masa di sekolah. Ramai ibu bapa berusaha untuk memutihkan baju anak mereka yang lasak supaya bersih dan tidak kelihatan kusam namun sudah banyak cara dan sabun pencuci yang digunakan tetapi keputihan baju tidak seputih mana.
Baca juga: Tempat Simpan Baju Dan Keperluan Sekolah Anak Dari Rak RM 9.99
Sebenarnya, cara basuh baju putih dengan menggunakan sabun mandi Lux Rose telah lama dipraktikkan oleh ramai ibu atau surirumah yang mengamalkan dengan cubalah Sudah lama saya R&D dengan berbagai jenis formula dan brand sabun untuk menjadikan baju sentiasa putih. Tetapi tidak pernah menjadi. Guna clorox, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna Vanish, kos agak tinggi atau agak mahal.
Disebabkan perkara itu, saya bertanya kepada sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang berkerja sebagai seorang Nurse. Apakah rahsia semua jururawat menjaga pakaian seragam atau uniform mereka untuk sentiasa kelihatan putih bersih? cuci baju sekolah Gunalah Lux
dengan trik yang disenaraikan ini, tugas menggosok mak-mak lebih mudah dan cepat. Tak perlulah sampai berjeruk ketiak menggosok baju. Antara yang boleh dipraktikkan adalah;
1. Pastikan setiap kali cucian akhir baju, masukkan pelembut pakaian. Nanti bila nak gosok, pakaian jadi lebih lembut dan mudah
2. Gantung atau hanger terus pakaian yang telah di cuci. Lebih baik, anda jemur dengan menggunakan hanger. Ia mambantu mengurangkan kedutan pada pakaian
3. Letak lapisan aluminium foil di bawah alas papan gosok. Aluminium foil tadi akan memantulkan semula haba yang diterima dari seterika. Ini secara tidak langsung menjadikan ke dua-dua bahagian pakaian anda digosok serentak
4. Jangan gosok secara membulat ia akan merosakkan tekstur fabrik anda.
5. Bila menggosok sesuatu yang bersaiz besar seperti langsir dan alas meja, letak dua biji kerusi di bahagian hadapan iron board anda. Tarik bahagian yang telah siap digosok untuk digantung terus pada kerusi
6. Alas permukaan fabrik anda dengan kain nipis seperti napkin atau kain cotton untuk menggosok fabrik jenis sensitif dan mengelakkan kesan kekuningan selepas di gosok. Hal ini biasa berlaku pada pakaian satin berwarna putih
7. Gosok fabrik jenis tebal seperti baju kemeja di bahagian dalam terlebih dahulu. Kemudian baru bahagian luar.
8. Mulakan menggosok dengan pakaian yang tidak memerlukan haba yang tinggi dan fabrik lembut seperti sutera dan satin. Ia mampu mengelak masalah anda salah suhu ketika menggosok. Jika tidak, pakaian anda mudah terbakar
9. Gosok bahagian kolar, cuffs tangan dan hems terlebih dulu untuk mengelak bahagian tersebut berkedut ketika menggosok bahagian lain
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI