Jika awal kewujudan Gabion adalah untuk tujuan penyelesaian jurutera mengukuhkan lereng bukit, kini ia diolah menjadi sebahagian elem dekorasi sama ada di dalam mahupun di luar kediaman. Nilai arkitektural yang ditonjolkan oleh struktur gabion ini sangat menarik terutama nya jika anda pandai bermain dengan susunan batu dan jenis material yang memenuhinya.
Secara asasnya, anda perlu tahu cara untuk membina gabion terlebih dahulu.
Kebiasaannya, gabion akan dipenuhi dengan batuan seperti granit. Namun atas hasil kreativiti terdapat material lain juga yang digunakan untuk membina gabion seperti kaca, botol, kayu dan sebagainya.
Gabion amat suai untuk kediaman yang berkonsepkan minimalis dan industri. Reka bentuknya yang ringkas dan asli bukan sekadar menyerlahkan lagi karakter kediaman anda, malah memberi identiti tersendiri. Antara olahan gabion di laman adalaha;
Elemen Air
Pagar gabion
Kotak tanaman gabion
Bangku dan meja taman gabion
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY Pantry Ini Akan Menyelesaikan Masalah Kelaparan Waktu Malam Anda
Anda mempunyai rumah yang dalamannya sangat kecil dan sempit? Mari saya beri satu idea yang menarik bagi seseorang yang anda ruangan kecil di dalamnya, iaitu, membuat diy sendiri pantry. Pantry yang saya maksudkan ini adalah tempat letak makanan yang anda boleh senang untuk di ambil dan kebiasaannya pantry ini, orang suka letak makanan-makanan ringan macam snack atau jajan ke. Itulah yang kebiasaannya pantry digunakan. Tapi kan, persoalannya, macam mana nak buat pantry tu? Apa Langkah-langkahnya yang betul dalam membina sebuah pantry? Mari saya kongsikan kepada anda.
Pertama sekali adalah mencari ruangan yang sesuai. Ini penting kerana anda perlu memikirkan ruangan yang statik untuk anda senang mengambil dan mencapai makanan tersebut. Kalau saranan saya, lebih baik hanya tambah sedikit ruangan di dapur untuk asingkan kawasan pantry sahaja. Itu saja sudah memadai sebenarnya.
Selepas itu, anda mesti ada almari atau membina sebuah tempat letak makanan tersebut, yang simple-simple sahaja. Tetapi dalam simple itu pun, lagi bagus kalau ia nampak minimalis atau megah. Walaupun ia nya sebuah pantry, jika kita membinanya dengan betul dan cantik, ia boleh menceriakan dan mencatikkan ruangan rumah kita.
Dan yang terakhir adalah, memasang langsir untuk menutupi ruangan pantry tersebut. Seperti mana saya katakan tadi, jika kita pandai mencantikkan sesuatu seperti ia hanyalah sebuah pantry, ia dapat memeriahkan ruangan dalaman rumah kita. Jadi, pemasangan langsir ini juga boleh menambahkan lagi kecantikkan dan kemegahan pantry ini. Walaubagaimanapun, ini hanyalah rekomendasi.
Maka dengan itu, selesailah saya dalam memberi tips untuk diy pantry di rumah. Anda boleh cuba dahulu jika berminat. Kalau jadi, boleh sarankan kepada rakan-rakan anda.
Sumber: Kongsi Resepi (https://kongsiresepi.my/shopee-check/nak-dapur-kemas-buat-pantry-sendiri-yang-simple-macam-ni-boleh-jimat-dari-buat-kabinet.html)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Transformasi Dapur Gaya Modern Classic
Menjengah ke ruang dapur milik Siti Haryana Abdul Ghani penampilan begitu homey dengan pilihan rona pastel yang menyejukkan pandangan.
Transformasi yang dilakukan oleh team The tukang nyata memberi kepuasan kerana dapur idaman berjaya direalisasikan. Dapur bergaya open concept ini luas dan tanpa sekatan.
“Sejujurnya saya tidak menyukai idea untuk adakan wet and dry kitchen. Tapi di Malaysian ia normal. Pada saya dapur satu, sama ada dapur basah atau kering keduanya perlu dijaga dan dibersihkan. Bila disatukan secara automatik akan dijaga rapi,” akui Yana.
Bukan mudah untuk menghasilkan dapur idaman ini. Perbincangan demi perbincangan dengan pereka sebelum kata putus diambil.
Menurut Syaiful yang bertindak sebagai pereka dapur ini mengatakan apa yang diinginkan oleh pemilik ialah dapur serbaguna, di mana keperluannya sebagai seorang isteri,ibu dan juga wanita yang bekerja dapat diharmonikan dalam satu reka bentuk masa kini.
Renovasi dan penggunaan material
Setiap proses renovasi tentunya ada rintangan yang dihadapi, namun tanggungjawab yang diberikan menjadikan team pereka The tukang berjaya atasi cabaran sepanjang renovasi dapur ini.
Dapur pemilik yang dirancang dengan baik dan teliti bukan sahaja dapat hasil yang cantik, malah ia juga dapat memudahkan urusan ketika berada di dapur.
“Saya juga ada minta pereka untuk adakan cat area untuk ditempatkan dalam ruang dapur ini. Dapur dilengkapi pot filler untuk mudahkan urusan memasak. Selain itu saya minta adakan Pocket door. Rumah ini tidak mempunyai dapur basah. Inilah dapur utama saya. Pocket door sangat membantu to get everything in. Barang-barang penggunaan harian ada di dalamnya,”ujar Yana.
Bahan kabinet dapur ialah papan jenis blockboard sebagai body atau carcass. Manakala bahagian pintu menggunakan papan yang dirawat iaitu high moisture resistance board.
Dapur seluas 336 Kps ini membenarkan pemilik mewujudkan island sebagai ruang ekstra untuk penyediaan bahan memasak, ruang makan dan sebagainya.Table top island dan kabinet menggunakan porcelain marble finish. Backsplash dan table top menggunakan design yang sama bertujuan untuk mewujudkan rasa harmoni di pandangan mata.’
Pilihan rona kabinet dan ruang simpanan
Pemilihan warna adalah dari persetujuan bersama setelah kami mencuba beberapa sample yang disembur atas permukaan kayu. Cabaran juga mahu mendapatkan warna yang diingini pemilik.
“Warna cerah memang cantik namun perlukan lebih usaha. Maka selepas memasak saya akan pastikan dapur dibersihkan terus.Dapur sebelum ini berwarna putih. Bila nak buat yang baru ni tak mahulah putih juga. Mahukan warna cerah. Kini tona warna kelabu menjadi pilihan.
Bagi menambah aura dan mood di ruang dapur, peranan lampu sangat penting. Penggunaan spot light di ruang dapur memberi mood indah di dapur ini.
Pemegang dapur menggunakan material stainless steel. Bagi kemudahan mencuci, reka bentuk sinki undermount deep stainless steel digunakan.
Ruang penyimpanan bergantung pada saiz dapur dan juga kepakaran pereka bentuk dalam menggunakan ruang yang ada.
“Untuk storage, saya memang berbincang dengan designer apa yang saya mahukan di ruang dapur, storage untuk letak apa. Jadi dia akan design dan allocate apa keperluan yang saya inginkan. Pull out shelving sangat banyak membantu untuk penstoran barang. Selain itu pull out dustbin satu kemestian. Dapur ini jelas menggambarkan gaya hidup dan personaliti diri saya.” akui Yana.
Nama pereka Dapur: The tukang
Konsep Dapur: Modern Classic
Keluasan Dapur: 336 Kps
Jenis Kediaman: Superlink Terrace
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
4 Bahan Boleh Dapat Dari Dapur Ini Berkesan Hilangkan Lumut Pada Jubin
Jubin pada lantai atau dinding yang kotor dan berlumut adalah perkara turn off yang dapat merosakkan imej tandas anda. Bukan itu saja, jika tetamu lihat pun pasti mereka berasa geli nak masuk. Malu nya!
Memang tidak dapat dinafikan, nak memastikan tandas sentiasa dalam keadaan tip top dari segala aspek adalah satu hal yang memenatkan dan merumitkan tetapi ia penting untuk menjaga kebersihan dan juga bagi memastikan keharmonian rumah tangga yang berpanjangan. Salah satu bahagian paling susah nak di maintain adalah pada jubin serta grouting kerana jika kita lalai sedikit pasti lumut dan kotoran mula melekat dan kalau dibiarkan lama-lama nanti susah nak tanggal. Tapi jangan risau, anda tak perlu lakukan renovasi besar besaran di tandas pun. Hanya perlu jadikan tugas mencuci tandas sebagai rutin. Yang menariknya, tak perlu guna sebarang sabun. Hanya dengan bahan dapur sahaja.
Serbuk Penaik
Untuk sesi pembersihan minor seperti tompokan air, saki-baki tumpahan shampoo dan debu, serbuk penaik adalah bahan yang sesuai menggantikan sabun pencuci lantqi. Celupkan span lembap ke dalam mangkuk serbuk penaik dan gosokkan pada jubin, grout atau mana-mana permukaan yang kotor. Bilas dengan teliti menggunakan air suam. Cucian seperti ini ideal dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Cuka
Antara bahan dapur yang sesuai dijadikan sebagai bahan pembersih jubin adalah cuka. Sifat berasid cuka mewujudkan persekitaran yang menghalang pertumbuhan kulat, cendawan dan bakteria. Ia juga bahan yang boleh menembusi buih sabun, deposit mineral, bintik-bintik air dan banyak lagi.
Campurkan cuka dengan air ke dalam botol dengan nisbah yang sama kemudian semburkan saja bancuhan tersebut ke permukaan jubin. Biarkan campuran tadi di permukaan selama beberapa minit sebelum menyental dengan berus atau span. Untuk kotoran yang degil, tambahkan serbuk penaik ke dalam bancuhan cuka.
Cuka juga boleh berfungsi sebagai agen pencegahan untuk kegunaan setiap hari. Jadi anda boleh semburkan campuran ini pada jubin dan permukaan kaca sebelum anda keluar dari bilik mandi.
Garam
Garam berkuasa untuk membunuh organisma sel tunggal, seperti kulat dengan cara menegringkan mereka. Tapi jangan terkejut, untuk memastikan cara ini berkesan, kawasan kulat perlu dibiarkan lembap, barulah dapat lihat kebolehan garam yang sebenar. Untuk jubin lantai atau permukaan rata yang lain, anda boleh lapkan kawasan itu dengan kain lembap dan taburkan garam, sebelum menyental ke dalam bahagian-bahagian tertentu. Biarkan ia semalaman sebelum menyambung kerja-kerja pembersihan disebelah pagi keesokan harinya. Sebarang jenis garam kasar, termasuk garam Epsom, boleh digunakan.
Jus Lemon
Jus lemon kegemaran di kalangan pencinta bahan semula jadi kerana keupayaannya untuk membersihkan kotoran serta meringankan masalah kulit dengan efektif. Begitu juga tindak balasnya terhadap jubin. Seperti cuka, jus lemon segar mengandungi asid yang agak kuat menjadikan nya sebagai musuh utama buat kulat dan cendawan. Ia juga berfungsi dengan baik apabila digabungkan dengan serbuk penaik.
Itulah antara bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk kerja pembersihan jubin. Anda boleh lakukan semuanya sendiri, tidak perlu runsing lagi. Selamat membersih!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI