
IMPIANA tertarik dengan video yang berdurasi 1:09 minit ini. Melihat kebun sayur Tunku Azizah yang rapi dan cukup sempurna. Kebun sayur ini juga boleh dijadikan inspirasi untuk kita semua mula bercucuk tanam dihalaman sendiri.
Seperti mana yang IMPIANA selalu kongsikan tidak semestinya mempunyai laman yang luas sebegini rupa baru boleh bercucuk tanam. Boleh mula bercucuk tanam di dalam pasu dan planter box yang sesuai dengan ruang kediaman anda.
Sebelum kita lihat video kebun sayur Tunku Azizah, Jom join komuniti GENG LAMAN IMPIANA di TELEGRAM
https://www.youtube.com/watch?v=ktE51i3WvZ4
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pakar Ini Kongsi Panduan Beli Rumah Apartment Agar Tak Menyesal Kemudian Hari

Harga rumah sekarang yang semakin menggila buat kita sebagai pembeli kadang-kadang rasa sangsi untuk membeli, Rumah landed jangan cakaplah harga melambung tinggi yang memang tak tercapai dek akal. Dengan bajet terhad ini, memang rumah tinggilah yang sesuai dengan bajet kita. Tapi jangan tergesa-gesa sebelum membeli kerana kita bukan membeli sehelai pakaian yang harga berpuluh -puluh ringgit. Kita membeli sebuah rumah yang makan ratusan ribu dan hutangnya makan tahun. Baca 15 panduan yang disediakan Pakar Hartanah ini sebelum anda mendatangani sebarang kontrak.
15 Panduan Membeli Rumah Apartment
- Beli apartment yang tak lebih dari 500 unit dalam satu bangunan Semakin padat kediaman, semakin banyak masalah yang akan datang.
- Elakkan beli unit yang bawah sekali, risiko kecurian dan kebersihan susah dikawal nanti.
- Semakin tinggi kita beli semakin rendah tekanan air nanti.
- Beli apartment yang status tanahnya kediaman dan bukan komersial. Bil utiliti, bayaran pengurusan jadi tinggi jika beli yang komersial nanti.
- Jika dapat setiap tingkat tak lebih dari 10 unit rumah, semakin banyak rumah semakin banyak masalah aras tersebut.
- Unit kita jangan menghadap matahari petang (west) isteri kita akan seksi sepanjang malam. Untung masa depan ?
- Semak tahap keselamatan ada berapa peringkat, sebaiknya tak kurang dari 3 peringkat.
- Pastikan apartment kita yang 3 bilik dan 2 bilik jangan beli yang kurang dari itu.
- Jangan beli yang rendah silingnya, sebaiknya lebih dari 8’kaki tinggi. Bila pasang kipas agar tak putus jari.
- Pastikan ada ruang ampaian yang sesuai, takkan baju nak hantar dobi dan sidai diruang tamu.
- Jangan ambik unit dekat lif, kawasan lif selalu bising dan tempat pertemuan seluruh dunia.
- Beli dari pemaju yang terkenal dan ada nama, jangan beli yang baru nak buat kali pertama. Lawat projek lepas mereka, kualitinya bagaimana?
- Semakin banyak fasiliti yang disediakan semakin baik, ada ruang gym, dewan, library dan ruang kawin lagi.
- Pelan yang bagus ada dua zone ruang, satu ruang tamu, makan dan dapur, satu lagi zone privacy iaitu bilik kita dan keluarga.
- Pastikan dapat parking, jika dapat 2 parking percuma lebih baik. Satu parking boleh disewakan bagi bayar duit selengara.
Kredit: Azizul Azli Ahmad
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kilatkan Sinki “Stainless Steel” Jadi Macam Baru Dengan Langkah Mudah Ini

Sinki dari keluli tahan karat atau stainless steel memang telah menjadi kebiasaan di rumah penduduk Malaysia. Sinki jenis ini tahan lasak, murah dan mudah didapati diman-mana. Ia juga amat mudah dibersihkan setiap kali selepas guna. Tetapi, lama-kelamaan sinki stainless steel juga boleh pudar dan kusam.
Untuk mengembalikan kilat sinki stainless steel, IMPIANA ingin kongsikan langkah mudah ini yang boleh anda cuba sendiri di rumah. Jom kita semak.
BAHAN-BAHAN
1. Sabun pencuci yang dibancuh siap siap dengan air panas
2. Tuala kecil
3. Tepung gandum
4. Span cuci pinggan
CARA-CARANYA
1. Basahkan sinki dan basuh menggunakan bancuhan sabun dengan air panas
2. Lapkan sinki menggunakan tuala sehingga kering
3. Ambil tepung gandum dan taburkan pada keseluruhan permukaan sinki
4. Kemudian gosok sinki menggunakan span kering. Lakukan sehingga kotoran tertanggal dan sinki kelihatan lebih berkilat
5. Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk hasil yang lebih mantap dan berpanjangan
Selamat mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Penting! Anda Perlu Tahu Khasiat Daun Semambu

Kebaikan Daun Semambu Untuk Kesihatan, Pahit Tetapi Berkhasiat.
Daun Semambu adalah sejenis tumbuhan yang sering digunakan sebagai ramuan herba untuk merawat pelbagai penyakit. Tumbuhan ini biasanya ditemui di pelbagai negara tropika seperti Malaysia, India dan Pakistan.
Walaupun rasanya sangat pahit dan sukar dikeluarkan selepas penggunaan, daun semambu memiliki banyak faedah yang boleh dijadikan ubat untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit berikut.
- Cirit birit
Selain daun jambu batu, daun semambu juga boleh merawat penyakit cirit-birit. Sekiranya anda mengalami cirit-birit, anda boleh mengatasinya dengan membuat daun semambu sebagai ramuan herba.
Caranya, sediakan segenggam daun semambu dan kemudian tambahkan kulit batang semambu sebanyak dua jari kemudian potong menjadi kepingan kecil, masak dengan 600 ml air. Kemudian rebus sehingga warna air berubah, keluarkan dan tunggu sehingga sejuk. Akhir sekali, penapis dahulu dan minum 2 kali sehari.
2. Tambah selera makan
Bukan hanya halia, salah satu khasiat daun semambu juga boleh meningkatkan selera makan. Anda boleh menggunakannya setiap hari secara rutin dengan cara direbus. Dengan cara ini, selera makan anda akan meningkat dengan perlahan dan semulajadi.
3. Redakan Selesema
Apabila anda terkena selesema kerana cuaca tidak stabil dan imuniti badan rendah, daun semambu boleh menjadi penyelesaian.
Caranya, sediakan beberapa helai daun semambu kemudian keringkan di bawah sinar matahari. Selepas itu, rebus bersama-sama dengan halia kemudian masak sehingga mendidih. Terakhir, tapis terlebih dahulu dan kemudian minum semasa masih hangat. Minum ramuan ini dengan kerap sehingga keadaan badan mula membaik.
4. Boleh membersihkan luka dan menyembuhkan penyakit kulit
Daun semambu juga boleh menjadi alternatif kepada Betadine yang berkesan dalam merawat luka luar seperti lebam atau calar.
Anda boleh melakukan ini dengan menggunakan air rebusan daun semambu untuk mencuci dan membersihkan bahagian yang luka.
Di samping itu, daun semambu yang mempunyai ciri-ciri antibakteria juga boleh merawat penyakit kudis, kurap atau penyakit kulit lain dengan cara meminum air rebusan daun semambu dua kali sehari secara teratur.
5. Mencegah dan melambatkan sel kanser
Ekstrak dari daun semambu yang diminum secara berkala dan berkesan dipercayai mampu menyekat sifat karsinogenik dalam tubuh.
Oleh itu, daun semambu dipercayai mempunyai potensi untuk mencegah kanser dan memperlambat pertumbuhan pelbagai jenis sel kanser.
Itulah beberapa khasiat daun semambu dalam mencegah dan mengubati pelbagai jenis penyakit.
Sumber
IDNtimes
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI