SEMBANG DEKOR bersama pelakon yang satu ketika dahulu menjadi kegilaan ramai di luar sana dengan raut wajah tampan dan ketinggian beliau. Siapa lagi kalau bukan Dazrin Kamarudin yang kini telah melebarkan sayapnya ke dunia hiasan dalaman. Dazrin dan isteri, Nur Fazulin Razali kini bergabung tenaga untuk memajukan perniagaan Al-Aqsa Carpets Factory Outlet. Sebagai Pengarah Urusan Inovasi Al- Aqsa Carpets banyak pasangan ini lakukan untuk memastikan kualiti dan perkhidmatan yang mereka berikan pada pelanggan memuaskan.
Sesungguhnya, bukan sekadar karpet yang murah banyak lagi barang kelengkapan rumah yang lengkap di Al-Aqsa ini, kalau anda pergi melihat dengan mata anda sendiri pastinya rambang mata. Tapi kali ini, IMPIANA bukan ingin kongsikan tentang Al-Aqsa Carpet, tetapi rumah Pengarah Urusan Inovasi Al-Aqsa ini. Kata Dazrin, buatlah apa sekali pun di rumah anda, asal kan anda dan keluarga selesa dengan gaya dan cara kediaman anda.
Betul apa yang di katakan Dazrin ini, kerana rumah adalah miliki peribadi seseorang itu jika kita terlalu mendesak dengan sesuatu yang mungkin diluar kemampuan akan membuatkan kita menjerat diri. Jadi hiaslah rumah anda mengikut citarasa tersendiri dan kepuasan ahli keluarga. IMPIANA ambat berbesar hati kerana Dazrin dan isteri sudi berkongsi ruang dalam kediaman mereka.
Jika anda ingin tahu pasangan ini mempunyai minat yang berbeza dalam dekorasi, Dazrin gemarkan konsep yang agak klasik manakala Zulin pula lebih gemarkan konsep moden dalam penataan. Tetapi pasangan ini tidak mempunyai masalah dalam menghias rumah mereka, kerana bijak mengabungkan dua citarasa ini dalah satu kediaman yang cukup harmoni.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang cukup comel, Dasuki Dazrin, 3 tahun yang selesa dengan susun atur dalam kediaman rumah ini. Bijak Zulin mengayakan tata rias dalam rumah yang lebih lapang dan luas untuk si manja bermain tanpa perlu risau akan kecederaan yang mungkin kita tidak mahu seperti terhantuk pada meja, kabinet atau pasu hiasan dan sebagainya. Bagi Dazrin dan Zulin selagi mempunyai anak kecil ini memang tak boleh ada hiasan yang banyak, takut bahaya kepada si comel.
Setiap sudut dan ruang pastinya hamparan permaidani yang cukup cantik menjadi hamparan pada lantai kediaman mereka, mana lagi kalau bukan karpet Al-Aqsa manjadi pilihan mereka. Terdapat juga ruang santai outdoor, rumput karpet tiruan jadi kemasan agar lebih selesa dan sejuk mata memandang. Dazrin dan isteri banyak menghabiskan masa di rumah jika waktu cuti, jadi bagi Dazrin dan Zulin rumah adalah syurga untuk meraka dan anak kesayangan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI