Rekaan ruang pengstoran di dapur bukan sahaja untuk tujuan penyimpanan barang optimum, ia juga perlu mengambil kira teknik atau cara penggunaan ruang dapur tersebut untuk memastikan segala kerja yang dilakukan menjadi mudah dan terurus. Jika sesebuah organisasi memntingkan ISO atau QMS (Sistem pengurusan kualiti), dapur pun ibarat sebuah organisasi yang perlu diperincikan. Setiap perletakkan dan ukuran perlu ikut saiz dan keselesaan pengguna.
Rupanya, rekaan dapur praktikal bukan sahaja banyak digunakan oleh masyarakat moden sekarang. Malah, ia telah diasaskan sejak 1949 secara “blueprint” oleh United States Department of Agriculture. Rekaan dapur yang dihasilkan bukan sahaja mengikut sistem pengurusan kualiti yang masih boleh diguna pakai sehingga kini, malah ia langkah penjimatan ruang yang disarankan. Nak tahu lanjut, tonton video yang disediakan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Cendawan Batu Gunakan Surat Khabar, Botol Terpakai dan Simen
Ornamen di laman walaupun kecil, kehadirannya menghidupkan suasana reka bentuk landskap kediaman anda. Namun harga ornamen di pasaran boleh tahan juga. Satu biji cendawan bersaiz medium pun boleh capai harga lebih RM 50. Apa kata kita buat sendiri je ornamen cendawan dari bahan terbuang dan simen seperti yang dilakukan oleh puan Suhaila Ahmad ni
Bahan-bahan:
Campuran simen (1:3) simen+Pasir
Botol kaca terpakai
Pinggan sebagai acuan cendawan
Surat khabar lama
Dawai jaring
Cat mengikut kesesuaian
Gam art putih
Plastik
Cara-cara:
1. Alas pinggan dengan plastik dan tuangkan simen sedikit di dalam pinggan dan letakkan lapisan dawai jaring mengikut bentuk pinggan. Jangan lupa posisikan botol kaca di bahagian tengah simen yang masih basah sebagai batang cendawan. Biarkan simen kering 48 jam.
2. Untuk bentukkan bonjolan di bahagian atas cendawan. renyukkan surat khabar lama. Bentukkan surat khabar tersebut menjadi bulat dan gamkan di atas simen cendawan yang telah di tanggalkan dari acuan pinggan tadi.
3. Potong dawai jaring ,e,bentuk kondan letakkan di atas surat khabar tadi. Tutup dawai jaring berbntuk kon tadi dengan surat khabar dan gam kan dengan menggunkan gam art
4. Gulung surat khabar dan tampalkan pada bahagian botol untuk membentuk tekstur pada batang cendawan.
5. Dah kering sepenihnya surat khabar yang dilekatkan pada cendawan tadi. Tutup keseluruhan permukaan surat khabar tadi dengan simen mengikut kesesuaian ketebalan dan bairkan ekring
6. Apabila telah ekring sepenuhnya, Cat atau warnakan cendawan simen anda secara kreatif
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Tak Perlu Beli Kepala Paip ‘Shower’ Mahal, Buat Sendiri Guna Paip PVC Lebih Jimat & Mudah!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hasil Hias Sendiri Kediaman Serba Biru Yang Nyaman
+ INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik: Mohd Yusri b.Yusof & Noor Akmar bt.Mohamed Azmaili
Jenis Kediaman: Semi-D Dua Tingkat
Konsep: Moden Glam
Keluasan: 35×70 kaki persegi
Spesifikasi: 4 bilik tidur, 5 bilik air
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini sememangnya mempunyai bakat dalam menyusun atur kediaman. Ruang kediaman yang telah dihuni selama tujuh tahun ini telah menjadi kanvas buat Puan Noor Akmar berkarya dan mendalami hobi mendeko yang telah dipupuk sejak dari dulu lagi.
Sebaik sahaja melangkahkan kaki di pintu utama kediaman, pengunjung akan disajikan dengan ruang serba elegan bersama kemasan yang telah dipilih dengan teliti, menepati citarasa tuan rumah. Susunan tiga buah bingkai gambar dengan motif pohon merimbun yang juga merupakan salah satu item kegemaran pemilik telah menjadi titik fokal dalam ruang ini. Dinding biru tidak ketinggalan dengan palitan bingkai cermin berona emas, diserikan lagi dengan meja konsol yang disusun rapi.
Selain itu, pemilik juga bijak memadankan karpet hitam putih yang kelihatan lebih moden agar ruang tidak kelihatan terlalu sarat dengan elemen glam dan klasik. Keseimbangan dalam menghias telah menjadi kunci untuk menjamin ruang yang nyaman serta selesa.
GARAPAN ELEGAN YANG MEMUKAU
Di ruang tamu kediaman ini pula, penulis berpeluang melihat sendiri eksperimen kombinasi warna yang bukan sahaja memberikan rasa sejuk dan nyaman malah masih mampu memberikan vibe elegan dan mewah.
Dinding ruang ini telah dicat biru dan putih, menjadikan pilihan warna kelabu dan krim untuk sofa pilihan yang tepat. Terdapat juga dua buah armchair biru untuk memberi impak yang lebih menarik disudut tingkap. Posisi langsir yang digantung tinggi menjadikan ruang tamu ini tampak lebih besar selain sebagai penambah perisa elemen kemewahan yang telah ditonjolkan sejak awal lagi. Menariknya, pemilik berpandangan bahawa tidak semestinya golongan berduit sahaja mampu menghias kediaman. Sesiapa pun boleh merealisasikan impian memiliki rumah idaman jika berdisiplin, sabar dan kreatif.
“Bagi saya, tidak perlu beli semuanya sekali gus. Lakukan secara berperingkat dan tetapkan sasaran perabot atau item mana yang mahu dibeli sebelum mula mengumpul duit setiapbulan. Semua orang mampu mempunyai kediaman yang cantik jika kita bijak berbelanja.”
BIJAK MANFAAT RUANG
Perancangan yang teliti sebelum menyusun atur setiap ruang memainkan peranan penting agar semuanya lebih teratur, praktikal serta menepati citarasa pemilik. Gagal merancang boleh membuatkan sesebuah ruang tampak serabut atau tidak terurus.
Kesinambungan elemen biru dari satu ruang ke sebuah ruang yang lain telah dirancang dengan teliti tanpa ia kelihatan keterlaluan. Pelan atau susun atur yang praktikal juga telah memberi peluang buat pemilik menyerlahkan kretiviti beliau dengan lebih mudah.
Masih lagi mengekalkan dominasi warna biru, ruang makan dan sudut membaca bawah tangga kediaman ini juga mempunyai elemen kaca yang sudah sinonim dengan konsep elegan mewah. Padanan dengan warna neutral seperti hitam dan putih juga telah menjadikan segenap ruang lebih moden dan tidak kelihatan terlalu sarat.
PERKONGSIAN CETUS INSPIRASI
Di tingkat satu kediaman ini pula terletaknya bilik tidur utama yang semestinya memenuhi citarasa peribadi pemilik kerena ruang ini bukan sahaja tempat untuk berehat dan tidur semata-mata. Ia juga merupakan ruang privasi yang mencerminkan keperibadian pemilik.
Penggemar tegar warna biru ini juga merupakan seorang blogger yang suka berkongsi idea dan tidak lokek memberi tips deko buat pembaca setia. Kini, melalui laman Instagram miliknya, Puan Noor Akmar masih lagi aktif memuatnaik hasil dekorasi beliau disamping menjawab pertanyaan berkaitan yang diajukan oleh para pembaca.
Beliau berharap agar minat ini dapat ditanam dan dikongsi bersama agar lebih ramai yang boleh menikmati kediaman nan indah tidak kira bajet mahupun saiz.
+ TIP DEKORASI
1. Gantungkan bingkai gambar pada eye-level agar tetamu tidak perlu mendongak ke atas untuk melihatnya.
2. Sediakan kotak simpanan mainan untuk anak-anak mengikut kategori dan wujudkan ruang khas untuk mereka bermain agar kawasan lain tidak terjejas.
3. Selain cermin, saiz karpet juga memainkan peranan dalam memberikan efek luas pada sesebuah ruang.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Program i-MILIKI Kini Menawarkan Pengecualian Duti Setem 100 Peratus Bagi Pemilikan Rumah Pertama
Khabar gembira khusus bagi anda yang masih belum memiliki rumah pertama kerana kerajaan kini telah mengumumkan pengecualian duti setem 100 peratus bagi pembelian rumah berharga RM500,000 dan ke bawah menerusi program inisiatif Pemilikan Perumahan Keluarga Malaysia (i-MILIKI).
Manakala, bagi pemilikan rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta akan berpeluang mendapat pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus.
Pengumuman program i-MILIKI tersebut telah dimaklumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.
Katanya lagi, kerajaan melakukan pelbagai cara untuk memudahkan pemilikan rumah kediaman dalam kalangan Keluarga Malaysia seperti pemberian insentif pengecualian cukai duti setem bagi perjanjian pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman.
Inisiatif i-MILIKI melibatkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama secara peringkat atau tier harga rumah.
“Pengecualian itu adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023,” katanya semasa berucap pada pelancaran Home Ownership Programme (Program Pemilikan Kediaman) (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah di Pusat Pameran Mid Valley di sini hari ini.
Sebelum ini insentif berkenaan diperkenalkan sejak HOC yang dimulakan pada 2019 hingga 2021 dan masih diteruskan bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000 sehingga 31 Disember 2025.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sumber: Astro Awani
Baca artikel seterusnya di bawah;
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI