Air dekat stop cork meleleh je. Itu mungkin tanda getah di dalam stop cork dah rosak. Macam mana pula kalau pemulas patah? Tapi, macam mana nak tuka? perlu ke panggil kontraktor semata-mata nak tukar getah stop cork atau ganti yang baru?
Ijoy Rudies berkongsi cara untuk tukar stop cork di chenal Youtube. Mudah je rupanya. Jom kita lihat video yang disediakan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Terlebih Nitrogen Punca Pokok Cili Lebat Daun Tapi Kedekut Buah
Pokok cili antara tanaman mesti ada dikebun rumah. Ia mudah untuk ditanam namun sangat sensitif terhadap serangan perosak sam ada dari virus mahupun serangga. Itu, antara punca utama hasil cili tidak menjadi walaupun telah diberi baja yang mencukupi. Selain itu, ada beberapa perkara punca cili kedekut buah. Antaranya:
NITROGEN BERLEBIHAN
Masalah lain dengan cabai yang tidak berbunga atau berbuah adalah nutrisi yang tidak mencukupi. Tanaman dengan terlalu banyak nitrogen menjadi subur, hijau dan besar dengan mengorbankan buah sehingga akan mengakibatkan tanaman yang tidak berbuah.
Nak lebih tip berkebun di rumah? Jom sertai bengkel online IMPIANA bersama pakar dari Jabatan Pertanian. Untuk penyertaan, boleh daftar terus di link yang disertakan Kebun Dalam Rumah! Apa Teknik Betul – Toko Ideaktiv
Cili memerlukan fosforus dan kalium untuk mengahasilkan bunga dan buah yang banyak. Cara mudah untuk atasi masalah ini adalah semburkan tanaman dengan campuran 1 sudu teh garam yang dilarutkan ke dalam 940ml air suam. Ia akan membekalkan magnesium yang mempercepatkan proses penghasilan buah. Ulang langkah yang sama setiap 10 hari hingga ia berkesan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Yeast Dan Gula, Buat Perangkap Siput Perosak Tanaman Malam Hari
Isi Kandungan
TogglePagi hari ke kebun nak siram pokok, sekali tengok anak pokok tinggal batang nye sahaja. Sayur-sayur berdaun berubang-lubang. Cari serangga perosak, puas dibelek-belek tak jumpa. Kesan kehadiran sahaja yang ditinggalkan. Kebiasaanya serangga perosak yang aktif di waktu malam adalah siput. Yang paling sukar dikesan adalah siput trumpet kerana ia akan duduk di dalam tanah diwaktu siang.
Selain menggunakan semburan pemusnah, ada cara semulajadi dan organik untuk menyelesiakan maslah siput persoak tanaman di kebun.
Bahan-bahan:
1 cawan air
1 sudu gulua
1/2 yeast
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dan letakkan di dalam caran plastik pakai buang
2. Tanam cawan berisi air yeast tadi di dalam tanah berhampiran tanaman yang sering diserang. Pastikan mulut cawan sama aras dengan medium tanaman untuk memudahkan siput masuk ke dalam perangkap
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Indah Dipenuhi Buku, Jom Cedok Idea Dekorasi Inggeris Kediaman DIAN SASTRO!
Siapa tak kenal dengan pelakon dan selebriti negara seberang, Dian Sastrowardoyo. Kecantikannya yang alami sahaja mampu mencairkan mata yang memandang. Tapi siapa sangka disebalik kecantikkannya bintang Ada Apa Dengan Cinta (AADC) ini bijak mengatur dekorasi di rumah juga.
Berkongsi ‘isi rumah’ miliknya bersama peminat sebelum ini menerusi Instagram Biasalah Anak Muda, ruang mahligai bintang filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’ tersebut menarik perhatian peminat sampai viral di media sosial.
Mana tidaknya, ini adalah pertama kali Dian berkongsi setiap sudut rumahnya kepada umum. Daripada foto dan video yang dikongsikan, jelas kelihatan rumah agam aktres ini penuh estetik, sarat dengan hiasan moden kontemporari serta buku!
Siapa sangka, Dian Sastro rupa-rupanya seorang ‘ulat buku’. Kalau tengok segenap sudut kediaman pasti ada saja bahagian untuk meletakkan bahan bacaan. Tidak hanya ditempatkan di ruang kerja, tetapi buku-buku ini turut disusun kemas dalam rak di ruang tamu. Sampai ke bilik mandi pun ada!
Rumah dua tingkat selebriti 39 tahun ini juga memiliki suasana redup dan dihiasi dengan pelbagai tanaman hijau. Susun atur kediaman juga lebih terbuka dan mempunyai pencahayaan penuh.
Meskipun terdapat dekorasi moden namun kecintaan Dian terhadap seni estetik tradisi tetap menyerlah. Buktinya, dia memiliki beberapa koleksi piring pelbagai bentuk dan rekaan yang dihias di ruangan dinding kediaman. Kata Dian, dia berkongsi minat tersebut dengan ibu tersayang.
Paling mencuri tumpuan ialah ruang kerja Dian Sastro yang kelihatan tidak ubah seperti perpustakaan. Dinding ruang berkenaan dilengkapi dengan rak buku hingga ke siling dan peminat menyamakan ruang tersebut seperti pejabat Dumbledore dalam filem Harry Potter.
Tidak hairanlah sebab Dian seorang personaliti terkenal di Indonesia yang berpelajaran tinggi dan amat mementingkan pelajaran. Pada tahun 2007 ketika kerjaya seninya berada di puncak, jelitawan ini dilaporkan telah berjaya menamatkan pengajian Sarjana dalam bidang Falsafah dari Universiti Indonesia.
Dia kemudian menyambung kembali pengajian dalam bidang ekonomi di universiti sama. Sedar akan kepentingan ilmu khususnya dalam kalangan wanita, Dian tampil mendirikan yayasan miliknya sendiri yang dikenali sebagai Yayasan Dian Sastrowardoyo (YDS) pada tahun 2009.
Dian mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hati, Maulana Indraguna Sutowo pada tanggal 18 Mei 2010. Hasil perkongsian hidup selama 12 tahun, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan iaitu Syailendra Naryama Sastraguna Sutowo dan Ishana Ariandra Nariratana Sutowo.
Cantik bukan rumah Dian, memang syurga buat kaki buku!
Kredit foto: Instagram Dian Sastro
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI