Laman

(VIDEO) Pekebun Indonesia Suntik Pokok Untuk Hasilkan Buah Tanpa Musim

Share

Terdapat pelbagai cara untuk pastikan pokok menghasilkan buah tanpa mengikut musim, bersaiz besar dan sebagainya. Kebiasaanya, amalan yang dilakukan adalah dengan memberi pupuk atau baja dan dibantu dengan hormon tanaman. Namun, bagi pekebun di Indonesia mereka berupaya menuai buah tanpa musim. Bermakna, pokok mereka sentiasa berbuah. Apa yang mereka lakukan?

Pekebun dan peladang Indonesia telah melakukan suntikkan pada pokok buah mereka. Jika baja dan hormon yang diberikan diserap melalui akar akan mengambil masa. Tambahan belum tentu hormon dan baja yang diberikan dapat diserap sepenuhnya oleh tanaman. Silap-silap terurai disebabkan oleh air  dan menguap tanpa sempat diserap akar.

Tapi dengan kaedah ini ia terus dibekalkan pada batang pokok dan di agih terus keseluruh bahagian tanaman. Ini mempercepatkan proses penyerapan dan penerimaan nutrisi pada keseluruhan pokok. Sebab itu, buah merka dituai tanpoa mengikut atau mengenal musim. Jom kita belajar cara suntik buah.

  1. Lubangkan sekeliling batang bahagian pangkal pokok dengan menggunkan mesin gerudi yang mempunyai mata berdiamerter 1 cm dengan kedalam 7cm. Pastikan posisi ketika digerudi 45 darjah
  2. Suntik 10cc larutan baja NPK dan sebarang hormone buah [klik sini untuk dapatkan resepi hormon buah]
  3. Setelah disuntik, tutup lubang dengan menggunkan potongan styrofom bagi mengelak ancaman penyakit dan serangga terutamanya cedawan dan kumbang
  4. Selepas sebulan, pokok akan mula berbunga. Berikan baja tinja kambing atau ayam siap proses. Namun sebelum baja tinja ditabur, buat parit kecil di sekeliling pokok dan tanam baja di dalam parit tersebut
  5. Terus lagukan sirman sepenuhnya untuk memastikan baja yang ditabur tadi larut dan disrap akar segera

Sumber: https://kabartani.com

 

 

Published by
Impiana