
Ramai dah tahu resepi baja roti expired ni. Tapi, ramai juga tak tahu bahawa baja roti expired ni mempunyai jangka hayat yang pendek iaitu 14 hari. Tak habis pakai kan rugi.
Antara kegunaan baja roti expired ni adalah:
1. Menghijaukan daun pokok. Amat sesuai untuk pokok yang kurang Nitrogen
2. Menghasilkan saiz tanaman atau daun yang lebih lebar
3. Sesuai untuk pokok yang kedekut bunga
Tapi, En Adam Akmal ada cara nak jadikan baja roti expired tadi boleh tahan selama 6 bulan sehingga setahun. Bahan-bahan dan cara buat tersedia di dalam video Youtube yang dikongsikan oleh En. Adam
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Resepi Bebola Ikan Sihat Dan Sedap Dari Bonda Rozita Guna Ikan Selayang Je

Fishball atau bebola ikan memang makanan kegemaran anak-anak tidak kira di dalam apa jua juadah yang sesuai. Sama ada dibuat sup, campuran bahan dalam mee goreng, nasi goreng dan sebagainya. Namun, bebola ikan yang dibeli di pasaran agak was-was bukan sahaja dari segi kebersihan, malah kandungan yang digunakan.
Apa kata, kita buat sendiri. Tak susah pun. Terdapat banyak perkongsian resepi bebola ikan ni di laman sosial. Namun, kebanyakannya menggunakan ikan-ikan mahal seperti tenggiri, todak, dorry, ikan merah dan sebagainya. Tapi, IMPIANA tertarik dengan resepi bebola ikan dari Bonda rozita kerana ia menggunakan ikan selayang atau kembung je. Jom kita saksikan bahan dan cara-cara membuat bebola ikan di dalam video yang telah disediakan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
7 Idea Kreatif Elak Balkoni Jadi Tempat Sidai Kain

Tip IMPIANA pada kali ini khas untuk semua pemilik kediaman yang mempunyai balkoni. Tidak kiralah sebesar mana pun ruang balkoni anda, dekor tetap dekor.
Amat sedih apabila kita lihat mahligai indah yang mempunyai pemandangan cantik tetapi dibiarkan begitu sahaja tanpa hiasan yang sesuai sehinggakan ianya dibiar kosong begitu sahaja serta menjadi tempat sidaian kain basahan.
IMPIANA kongsikan beberapa idea balkoni menarik dan praktikal agar anda boleh merenovasikan balkoni anda menjadi segar dan sedap mata memandang, jangan sampai ruang tamu serta dapur cantik, tetapi balkoni hambar.
1) Susun atur sofa L Shape di balkoni
Jangan ingat ruang tamu sahaja anda boleh letak L-Shape sofa, di balkoni juga anda boleh muatkan sofa ini dengan memilih secara teliti mengikut ukuran saiz balkoni yang anda miliki. Pulang kerja selain daripada melepak di ruang tamu, balkoni juga berupaya untuk menjadi ruang rehat yang memuaskan disulami angin bayu.
2) Ruang pejabat mini
Untuk pemilik kediaman balkoni bukan open air, anda boleh jadikan ruang balkoni anda ruang pejabat mini. Di kala anda tidak punyai idea yang bernas, apa kata rehat sebentar sambil menghirup secawan kopi sambil menikmati pemandangan indah. Mana tahu, tiba-tiba pelbagai idea awesome datang. Who knows!
3) Makan malam romantik
Dari berbelanja mewah di restoran hanya untuk makan malam romantis, lebih baik anda masak sendiri hidangan serta juadah dan fully utilized balkoni kediaman anda untuk menyambut hari istimewa bersama pasangan. Percayalah, pasangan anda lebih menghargainya daripada berbelanja besar di restoran mewah. Hari-hari lain anda boleh jadikan ianya sebagai ruang makan tidak kira sarapan atau makan tengahari. Ianya milik anda, tidak perlu book table pun.
4) Merasai pengalaman Marakesh, Morocco di balkoni sendiri
Untuk mereka yang gemarkan idea dekorasi timur tengah. Anda boleh pasangkan ruangan balkoni dengan lampu malap yang cukup untuk menerangi ruangan balkoni. Hanya tambah sofa yang selesa dan pastinya jug Shisha untuk menambahkan lagi elemen timur tengah. Jangan lupa untuk pasang sliding door kedap udara. Anda pastilha tidak mahu cemari ruang tamu anda dengan asap shisha sehingga menimbulkan ketidakselesaan tetamu yang berada di dalam.
5) Cucuk tanam di tengah kota
Idea biasa tetapi menarik untuk dilaksanakan di balkoni anda. Jadikan ianya ruang untuk anda bercucuk tanam secara kecil. Anda boleh tanam cili, daun sup, daun pandan, daun kari, kunyit, pokok selasih, daun kesum, serai dan sebaginya lagi. Tetapi ingat, anda kena jaga dengan betul segala tanaman yang diusahakan, takut nanti balkoni anda menjadi sarang untuk tetamu yang tidak diundang.
6) Rumah untuk si comel
Daripada kita biarkan si comel duduk di luar rumah dan berpotensi besar untuk diganggu penduduk lain, apa kata anda gunakan balkoni anda sebagai taman permainan buat kucing kesayangan anda. Mereka akan bebas daripada gangguan haiwan lain serta orang ramai pun tidak akan mengata jika mereka membuang air besar. Kucing anda, tanggungjawab anda.
7) Parti BBQ di balkoni
Siapa kata nak anjurkan parti BBQ di rumah kondominium atau apartment tidak sesuai. Kalau persiapan keselamatan anda mantap, ianya tidak menjadi masalah. Yang penting anda kena pastikan pemisah antara balkoni dan ruang dalam kediaman adalah sliding door yang kedap udara. Tinggal di kediaman kompak, persiapan BBQ anda juga seharusnya berskala kecil untuk tetamu yang tidak ramai.
Bagaimana dengan paparan yang IMPIANA sajikan, jika anda berpuas hati, realisasikannya mengikut kreativiti anda dan jangan lupa untuk tag FB page IMPIANA agar idea menarik anda dapat diikuti oleh pembaca lain. Salam dekorasi!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Buat Rak Hiasan Diperbuat Daripada Batang Ais Krim, Bukan Sahaja Tampak Cantik Tapi Lebih Jimat!

Sudah ketandusan idea dekorasi yang menarik untuk ruang tamu di rumah anda? Pada masa sama, anda juga menghadapi masalah kekangan bajet yang terhad bagi menghasilkan dekorasi yang baharu untuk ruang tamu anda?
Jangan anda khuatir atau pun berasa bimbang, ini ada satu idea dekorasi menarik untuk ruang tamu rumah yang boleh anda lakukan. Apa kata, anda hasilkan sendiri rak hiasan di ruang tamu anda seperti ini.
Untuk menghasilkan rak hiasan seperti ini, apa yang menariknya anda tidak perlu pun untuk berbelanja besar dengan hanya menggunakan dua bahan sahaja iaitu batang ais krim dan ‘hot glue gun’ sahaja. Ini pastinya akan dapat menjimatkan wang poket anda.
Hanya dengan menggunakan kedua-dua bahan ini sahaja, anda boleh menghasilkan sendiri rak hiasan yang cantik dan menarik. Jadi, dengan adanya rak hiasan seperti ini, ruang tamu anda akan tampak lebih estetik.
Bagaimana caranya? Mudah sahaja, apa yang anda cuma perlu lakukan adalah lekatkan kepingan batang ais krim tersebut berulang-kali menggunakan ‘Hot Glue Gun’ mengikut ketebalan dan reka bentuk rak hiasan yang anda inginkan seperti contoh Hexangon. Selain Hexagon, anda juga boleh hasilkan ia dengan berbentuk empat segi (Square).
Selain itu, ada pelbagai pemilihan warna batang ais krim yang dijual di pasaran luar antaranya warna asli, merah, kuning, jingga dan macam-macam lagi. Jadi sebelum menghasilkan rak hiasan ini, anda pilihlah warna batang ais krim kesukaan anda!
Anda tidak tahu di kedai mana anda boleh mendapatkan barangan alat ‘Hot Glue Gun’ seperti ini atau mahu pun batang ais krim tersebut? Jangan bimbang, anda boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Sila klik di sini.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Ingin Hasilkan Dekorasi Dalaman Rumah Bertemakan ‘Scandinavian’? Ini Senarai Aksesori Yang Wajib Anda Ada!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI