Laman

(VIDEO) Semai Kobis Dalam Pasu Dari Keratan Beli dari Pasar Pun Menjadi

Share

Kebiasaanya nak kobis ditanam melalui biji benih yang dibeli dari pasaran. Namun pernah anda lihat semai kobis dibiak dari kobis yang dibeli dari kedai? bukan itu sahaja, kobis tersebut telah dipotong kepada 2 bahagian dan hanya tinggal batang tengah dan pangkal daun.

Hasilnya, kobis yang ditanam dari keratan batang tadi berjaya mengeluarkan bola kobis yang baru apabila tiba masanya. Tak percaya, jom tonton video yang disediakan.

Baca juga: Tanam Bunga Kobis Dalam Plastik Beras Je, Tak sampai 3 Bulan Dah Boleh Tuai

Tak susah rupanya semai kobis ni. Yang menjadi fokus utama adalah penghasilan buah atau kelopak daunnya yang membulat seakan bola. Puan Norhayati Ismail berkongsi teknik tanam kobis di dalam pasu yang memang menjadi walaupun di ruang yang sempit

Step 1: Penyediaan biji benih
Sediakan biji benih kobis (boleh beli dari nursery/ online/pusat beli belah). Tabur biji benih kobis (kaedah semaian) dalam pasu besar dan tunggu sehingga bercambah dalam 1/2 minggu.
Letak tempat teduh tapi masih dapat cahaya matahari…

Step 2: Medium tanah
Penyediaan tanah pula mestilah menggunakan tanah cocopeat atau tanah polos tidak padat untuk menyemai biji benih. Boleh beli di nursery.

Step 3: Pindahkan anak semaian.
Setelah semaian bercambah daun pucuk 3/4 helai baru pindahkan ke pasu besar yg bersesuaian dengan campuran tanah sawit(tanah hampas sawit) dan tanah organik(beli di nursery).

Step 4: Menanam
Jangan dedahkan pada matahari secara langsung selama 1 minggu dan siram secukupnya. Lepas seminggu baru slow2 dedahkan pada cahaya matahari.


Jom sertai bengkel smart farming bersama Mommy Mai. Untuk pendaftaran klik link yang tertera https://toko.ideaktiv.com/product/impiana-workshop/Step 5: Kaedah menyiram
Jangan siram sehingga bertakung air dalam pasu. Elok sekadar biarkan tanah itu lembab sahaja.

Step 6: Baja
Baja yang sesuai mempengaruhi tumbesaran kobis. Baja ezigrow sangat sesuai utk proses pembesaran kobis sehingga boleh dituai. Siram baja seminggu sekali.

Step 7: Tuaian kobis
Biasanya kobis boleh dituai sekitar 3/4 bulan selepas di tanam. Kalau lambat tuai kobis boleh pecah sendiri.

Kobis, hanya boleh tuai apabila mencecah usia 3-6 bulan. Tapi kebiasaanya, selepas dituai sisa pokok akan dicabut hingga ke akar dan dimusnahkan. Sebenarnya selepas dituai, tinggalkan sisa pokoknya untuk beberapa tempoh. Untuk tahap ini, kobis akan menghasilkan lagi anak pokok di sekekliling bahagian tunggul yang dipotong

Published by
Impiana