(VIDEO) “Step By Step” Selenggara Unti Air-Cond Indoor, Modal Tak Sampai RM 10

Share

Penyaman udara mungkin antara alatan yang kerap digunakan. Ini bermaksud anda perlu tahu cara penjagaan penyaman udara anda supaya ia dapat berfungsi dengan lebih lama dan lebih baik. Penggunaan secara kerap juga menyebabkan unit penyaman udara penuh dengan kotoran, habuk, bakteria berbahaya, kuman dan juga kulat. Ini bermaksud anda sentiasa bernafas dalam udara yang tercemar dan berpotensi kepada penyakit dan risiko kepada kesihatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak atau yang mempunyai masalah pernafasan.

Sebab itu, sebaiknya unit indoor perlu diselenggara setiap bulan. Namun, nak panggil orang servis setiap bulan, bocor juga poket sebab harganya bukan murah. APa kata, anda buat je sendiri. Cara-caranya boleh tonton video yang dikongsikan oleh Youtube Chanel ProjekHauz. Dengan hanya modal RM 10 dan tidak memerlukan peralatan yang rumit, unit indoor aircond anda boleh diselengara dan di cuci bersih.

Published by
Impiana