Musim durian menjelang lagi. Tahun 2019 ni, Nampak gayanya musim durian menjadi tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Jika dulu durian harganya RM3-5/KG dan ada kalanya ia boleh menjadi susut sehingga 50sen untuk harga durian kampung, kini dengan langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan memasarkan durian ke peringkat antara bangsa merubah landskap industri pertanian Malaysia secara mejor. Bukan sahaja di import ke luar negara, tuaian durian Malaysia turut menjadi salah satu tarikkan industri pelancongan.
Dek sebeb permintaan durian yang tinggi, ada antara pemilik kebun atau dusun telah mengambil langkah menukar tanaman yang kurang menguntungkan kepada durian. Namun, durian memerlukan tempoh 3-5 tahun untuk mencapai usia matang dan berbuah. Namun, dengan beberapa amalan dan teknik tanaman tertentu, tempoh atau tahap matang pokok durian boleh di percepatkan. antara teknik yang di lakukan adalah cantuman tunas sama ada dari pokok dewasa yang tidak produktif atau cantuman anak benih. Di pasaran, cantuman anak benih di jual pada harga RM 15-25 bergantung kepada saiz. Bagi yang memerlukan dalam kuantiti yang banyak, apa kata kita buat cantuman sendiri.
https://www.facebook.com/pengetahuanbertani/videos/302402040620766/
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bingkai gambar atau lukisan pembangkit seri bagi sesuatu ruang. tapi, untuk memperolehi atau membeli sebuah bingkai lukisan yang bersaiz besar satu dinding, harganya boleh tahan ratusan juga walaupun hanya jenis cetakkan.
Tapi, Barbie Daeng dan suami ada idea yang tersendiri.
Saja nak kongsi hasil idea kami dengan semua. Mana-mana rumah yang yang ada banyak dinding kosong dan tak tahu nak tampal apa, boleh buat macam idea kami ni. Bajet hanya beli karpet 3D viral dan double side tape dan gam gajah.
TIP IMPIANA: Untuk elak cat tertanggal akibat double side tape atau gam gajah tadi, boleh tampal maskin tape (pita pelekat kertas) terlebih dahulu sebelum tampalan gam dan karpet dilakukan
Nak dekor rumah untuk nampak cantik tak semestinya kene beli barang-barang mahal. Janji hasilnya menawan
Wah saban hari, dapur merupakan destinasi yang cukup penting untuk kita lewati. Masakan tidak, inilah tempat yang dikatakan jantung sebuah kediaman. Dapur telah lama mengalami perubahan drastik dalam sejarah seni bina dunia. Dari zaman purba sehinggalah ke hari ini. Dari menggunakan kayu sehinggalah menggunakan teknologi moden seperti hari ini. Dari hanya tungku , kabinet kayu yang ringkas kepda kabinet yang luar biasa rekaannya termasuk pergerakan pintu kabinet itu sendiri yang sofistikated. Nyah bunyi dan sebagainya.
Kini dapur umpama komponen kediaman yang cukup hebat. Malah warnanya juga cukup menampakkan keberanian pereka mencabar cita rasa pengguna. Hitam dan kelabu, dua warna tabooo di dapur kini dipinang kembali sebaga penyeri ruang ini. Luar biasa bukan? Bagaimana kita boleh mengadaptasi idea ini di kediaman sendiri?Pencahayaan yang pintar dan kemasan kaunter yang menarik booleh memberi keseimbangan sempurna bagi dapur anda. Bak kata orang, utamakan juga aspek keselamatan.
Pemilihan material juga sangat penting. Ramai yang gemarkan material high gloss. Mudah dilap dan mudah dijaga. Namun ada juga yang sukakan matte sebagai satu karakter unik untuk sebuah dapur. Itu semua bergantung kepada kehendak pelanggan. Bagaimana ia melaras sebuah dapur. Pemilihan rona kedua juga membaantu menghidupkan seri ruang. Merah, antara warna popular kerana tarikan di dapurnya memberi kita seakan amaran untuk berhati-hati serta membantu menrangsang selera makan.
Kini rekaan dapur moden lebih sofistikated. Bentuknya begitu kemas dan rapi. Malah sekilas pandang sudah jauh tidak seumpama rekaan dapur klasik yang biasa kita lihat. Lebih mirip kepada rekaan kapal angkasa di dalam filem sains fiksyen. Inilah yang dikatakan perubahan seni kehidupan yang cukup kreatif dan innovatif. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebeanrnya, Tak sesuai mencuci periuk menggunakan teknik sentalan lebih-lebih lagi dengan berus dawai. Ia bukan sahaja menyebabkan periuk anda calar, malah lapisan anti lekatnya pun hilang. Tapi kalau tak sental, tak hilang pula kotoran degil tu lebih-lebih lagi pada bahagian bontot.
Hal ini turut dikongsikan oleh Zalina Slc di dalam group #kemasrumahwithhani. Dari perkongsian ini, terdapat pelbagai cadangan. Namun, kebanyakannya menggunakan produk mahal termasuk lah tuala kayagan tu.
Ada sesiapa boleh bagi petua nak tanggalkan kotoran ni..nak sental dengan berus besi anti rosak pula. Guna “cif” pun masih tak tanggal..
Tapi, IMPIANA tertarik dengan beberapa perkongsian super jimat dan mujarab iaitu dengan menggunakan Abrasive sponge dari kedai RM 2.10 je. Rupanya banyak kegunaan Abrasive sponge ni seperti perkongsian Shima Mia
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.