Pokok betik antara tanaman berbuah yang paling mudah untuk dibiakkan dan cepat mengeluarkan hasil dari biji benih. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa buah betik amat sesuai untuk ditanam di dalam pasu.
Banyak manfaat yang anda perolehi melalui kaedah tanaman betik di dalam pasu. Saiznya tidak begitu tinggi namun hasilnya tetap optimum seperti yang ditanam terus di atas tanah. Selain itu juga, ia amat sesuai buat anda yang mempunyai kekangan ruang untuk bercucuk tanam seperti di anjung. Untuk pastikan pokok betik berpasu mudah dialihkan apabila perlu, medium tanaman harus lah ringan seperti yang dilakukan oleh wanita ini
Bahan-bahan:
Pasu plastik saiz 50-60 cm
2 guni sabut kelapa (cocopeat)
4 biji batu bata
Anak pokok betik berukuran 30cm tinggi