Bunga kertas antara tanaman “less maintenance” dan tak kedekut bunga. Tambahan, bunganya yang pelbagai warna menjadikan tanaman yang kusam kelihatan ceria dengan kehadirannya. Namun, umum tahu pokok bunga kertas kebiasaannya dijadikan sebagai tanaman bonsai atau sesuai di dalam pasu.
Ada satu lagi kaedah atau cara tanam pokok bunga kertas yang ramai tak tahu. Pokok bunga kertas juga sesuai ditanam di dalam pasu tergantung. Namun, ia perlukan cantasan yang kerap bagi mengawal tumbesaran dan merangsang penghasilan bunga yang banyak selain pembajaan.
Nak tahu macam mana tanam bunga kertas dalam pasu? Tonton video yang disediakan
https://www.youtube.com/watch?v=TBWG1Rjqrc0
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Gemarkan Konsep Dekorasi Bertemakan Nordic? Ini Mungkin Boleh Jadi Sumber Inspirasi Untuk Anda!
Ada tak di kalangan anda yang amat mengemarkan konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan Nordic seperti ini? Bagi yang yang tidak mengetahui secara mendalam mengenai konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan Nordic atau lebih popular Scandinavian ini telah dipelopori oleh negara di Sweden, Denmark dan Norway.
Untuk maklumat anda, tema ini menampilkan gaya ringkas dan bersederhana yang sememangnya menjadi pilihan ramai bagi yang mahukan wujudkan suasana tenang dalam dekorasi hiasan dalaman rumah.
Jadi, tidak mustahil lah konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan Nordic atau Scandinavian ini sentiasa menjadi pilihan ramai dari seluruh negara.
Bagi anda yang sedang mencari ilham dan sumber inspirasi dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan seperti ini, perkongsian ini mungkin boleh dijadikan sebagai contoh serta panduan kepada anda semua.
Sumber: Facebook Kakideko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Dekorasi Hiasan Dalaman Bertemakan Gaya Ala-Ala New York City, Tampak Lebih Bergaya & Moden Urban
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
3 Trik Ceriakan Rumah Deepavali Ini
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tepung Jagung Penyelamat Organik Hebat Di Kebun Sayur
Isi Kandungan
ToggleKegunaan bahan dapur di kebun seperti cuka, baking soda dan pelbagai lagi umum dah tahu. Tapi, ada lagi satu bahan dapur yang mempunyai kebaikkan kepada tanaman yang IMPIANA baru baca hasil perkongsian di Balconygadenweb.com iaitu, tepung jagung. Berikut 5 kegunaan tepung jagung di laman
Nak beli biji benih sayuran berkualiti, menjadi tapi murah, boleh beli online dekat sini https://invol.co/cl13dtb
1. Mempercepatkan pertumbuhan biji benih
Jika sebelum ni impiana pernah kongsi tip untuk campurkan serbuk kayu manis dengan biji benih supaya tak diserang perosak. Kali ni, balconygardenweb.com berkongsi tip untuk pastikan biji benih cepat bercambah dengan mnggunakan tepung jagung. Sebelum semai, gaulkan sedikit tapung jagung bersama biji benih Ia akan menyebabkan biji benih sentiasa dalam keadaan hangat dan benih cepat bercambah
2. Meningkat sturktur tanah pesisir pantai
Tanah yang mengandungi pasir yang tinggi sukar untuk pembiakkan tanaman terutamanya dari jenis yang memerlukan kelembapan seperti sayuran. Cara untuk memulihkan struktur tanah berapsir agar mempunyai peganggan kelembapan yang tinggi adalah dengan mencampurkan sedikit tepung jagung ke dalam medium taanamn yang berpasir
Menurut North Carolina Agricultural and Technical State University tepung jagung berupaya mengubah struktur tanah
3. Mengekalkan kelembapan tanah
Campurkan 2 sudu tepung jagung ke dalam 1 gelen air siraman. Ia akan akan mengekalkan kelembapan di dalam tanah untuk tempoh yang lama. Namun teknik siraman ini tidak sesuai di lakukan setiap hari kerana ia akan merosakkan struktur tanah
4. Untuk mengalawal pencemaran nitrogen
Kadar urea yang tinggi akan menyebabkan tanah tercemar. untuk mengatasi masalah ni, taburkan tepung jagung pada bahagian yang tercemar untuk mengawal kesan tidak baals nitrogen pada permukaan tanah
5. Musnahkan semut di kebun
Tepung jagung adalah kaedah paling efektif memusnahkan semut di kebun secara alami. Letakkan gula yang telah dicampur bersama tepung jaging berhampiran dengan sarang semut. Semut yang makan gula tersebut akan mengalami masalah pencernaan. Yang lebih menarik, sifat semut yang suka membawa makanan ke dalam sarang akan menyebabkan koloni tersebut mengalami masalah yang sama
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI