Kerja membersih kadang-kadang buat kita tak ada mood memikirkan banyak benda kena buat dan ambil banyak masa. Dengan trik mudah ini anda tak perlu lagi bersusah payah dan gunakan tenaga yang banyak. Selamat mencuba!
https://www.youtube.com/watch?v=wp0FT2tQ-8c
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY Backsplash Dapur Dari Kertas Hiasan Dinding
Kebiasaanya, jubin menjadi pilihan sebagai kemasan dinding di bahagian belakang tempat masak atau “backsplash”. Ini kerana permukaan material tersebut mudah untuk dicuci dan tahan lasak. Tambahan, terdapat pelbagai pilihan reka bentuk jubin yang menarik sesuai dijadikan sebagai “backsplash”.
Namun tidak bagi wanita ini. Kediaman yang baru didiami bahagian dapur memasak tidak dilengkapi dengan “backsplash”. Oleh itu, bagi memastikan dinding putihnya tidak kotor dengan percikan makanan ketika memasak pemilik telah melakukan sedikit ubahsuai tanpa perlu kerja-kerja yang terlalu berat seperti menyimin dan memecahkah dinding. Namun hasilnya, Pilihan waran dan corak yang disuai padan sebagai “backsplash” menjadi sebuah “statment piece” di ruang dapur.
Bahan-bahan:
Wallpaper mengikut saiz dan ruang “backsplash” yang ingin disediakan
Cermin kaca tahan panas
Papan lapis
bolt dan nut
Cara-cara:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Servis Sendiri Penyaman Udara Yang Dah Tak Sejuk Dengan Modal RM20, Pemuda Ini Tunjukkan Caranya
Penyaman udara atau aircond kini merupakan satu kemestian dalam setiap kediaman. Jangan hanya pandai guna sahaja, pemilik juga perlu ambil tahu serba sedikit tentang cara penjagaan perkakas tersebut.
Apabila sampai waktunya, aircond akan terasa panas dan tidak sesejuk seperti ketika baru dibeli. Ini menandakan aircond anda perlu di servis. Kebiasaannya kita akan panggil orang untuk seleggara aircond, tetapi melalui perkongsian saudara Ahmad Aqari ini, anda boleh servis sendiri aircond di rumah dengan modal lebih kurang RM20 sahaja!
Dalam video yang dimuat naik, Aqari ada menjelaskan step-by-step bagaimana untuk servis sendiri aircond di kediaman anda menggunakan satu bahan sahaja.
Jom kita semak pautan di bawah. Selamat mencuba!
Disebabkan PKP ni takde orang yang boleh datang rumah ke rumah untuk servis aircond. So, aku decide untuk servis sendiri aircond ni dengan hanya bermodalkan RM20 dan sedikit kerajinan. Korang pun boleh buat juga dekat rumah. Senang je. Yang penting sejuk.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
3 Bahan Dapur Ini Berkesan Hapuskan Lipas Dalam Kereta
Setelah bermacam-macam cara dan petua hapuskan lipas yang dilakukan, pemuda ini mendapat tip paling berkesan dari neneknya sendiri!
Hanya dengan menggunakan TIGA bahan dapur yang boleh didapati di kedai runcit, Muhammad Ridhwan Abdul Rashid telah berjaya menangkap lebih 30 ekor lipas dengan percubaan pertama.
Bahan Yang Di Perlukan :
- Minyak masak terpakai
- Susu Pekat
- Marjerin
Campurkan ketiga-tiga bahan tadi dalam satu bekas dan letak di dalam kereta.
Biar semalaman dan bersedia untuk lihat keberkesanan petua nenek! Keesokan hari mesti anda boleh lihat berpuluh-puluh lipas yang telah mati terapung dalam bekas tersebut.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI